tiga enam

417 54 17
                                    

Perjalanan yang sungguh awkward. Mungkin sebab organ dalam badan aku dapat merasakan yang ada aura lain di sini. Aura yang tak pernah wujud masa balik kampung. Aura yang terlebih hensem!

Oke mengarut. Sepanjang perjalanan ni hanya Ayden saja yang berborak dengan Harith. Afif pula awal lagi dah tumbang. Sebab dia memang tak boleh main phone dalam kereta, kalau tidak nanti dia muntah. Mungkin sebab banyak sangat main phone atas darat jadi bila gerak laju-laju otak takleh brain.

Jadi, apa yang aku nak cakap sekarang?

Oh, aku nak cakap yang aku langsung tak sembang dengan Harith. Entah bila pula awkward dengan dia pun aku tak tahu sebab rasanya sejak-sejak tunang ni banyak kali je aku sembang dengan dia. Rasanya sebab lepas balik dari lawatan haritu tak ada sembang langsung kut dan kali terakhir aku sembang dengan dia ada pada hari kertas terakhir SPM.

Lepastu, jumpa pun tidak. Kalau jumpa sebab sama ada family dia datang rumah kami atau keluarga aku pergi jalan-jalan rumah dia. Tapi banyaknya dia tak ikut. Biasalah, lelaki. Aku pulak berjalan pun aku suka, duduk rumah pun aku suka. Mana-mana pun boleh. Lagipun cuti baru sebulan lebih. Tak akanlah setiap minggu nak gi jalan rumah orang.

Apatah lagi Afif dah mula bersekolah. Bila entah cuti tetiba dah mula sekolah. Tingkatan 4 dah dia. Aku ni masih lagi menunggu keputusan temuduga masuk tingkatan 6 dekat sekolah lain sebab sekolah aku sampai tingkatan 5 je. Tapi lama betul menunggu pun. Kang aku apply universiti dengan result trial kang melepas pulak sekolah tu nak budak bijak macam aku ni. Trial aku lawa tau.

Heh.

Kereta yang tiba-tiba berhenti turut menghentikan lamunan aku dari terus-menerus memikirkan masa depan yang belum pasti. Aku tegakkan tubuh, memandang ke luar tingkap kereta. Bila kawasan yang agak lapang ini menyambung pandangan aku, tahulah aku yang kami dah sampai rumah Tokma dengan Tok Ayah.

Parents umi.

"Adik-adik, bangun! Kita dah sampai!" Ayden menjerit separa kuat dari depan. Itu tak kesah sangat, yang kesahnya bila dia pusing volume radio tu semaksima yang mungkin. Secara tiba-tiba. Sampai terkejut member sebelah.

"Woi!" Aku ketuk kepala Ayden dengan botol air mineral di tangan. Lantaklah lepas ni dia nak jadi bodoh ke apa ke. Harith pula turunkan kembali volume. Lepastu dia tekan punat off. Kereta sunyi tiba-tiba.

"Dah sampai ke?"

Dan suasana sunyi itu dipecahkan dengan suara Afif yang baru dapat adapt dengan sekeliling. Tadi dia bangun mengejut sebab kerja Ayden tu. Lepastu terpinga-pinga sendiri macam mak hilang Tupperware.

"Dah. Nak maghrib dah pun. Sila turun sekarang." Ayden matikan enjin kereta. Pintu dibuka dan dia terus keluar dari dalam kereta.

Aku juling mata ke atas. Menyampah betul dengan Ayden ni. Kami buka pintu kereta. Turut sama keluar memandangkan aku nampak pintu rumah dah dibuka. Siapa lagi kalau bukan Ayden tak tahu malu terjah rumah orang macam rumah sendiri tu.

"Eh sapa doh! (Dah sampai)" Ayden yang tercongak kat tepi diabaikan Tokma malah Tokma berjalan laju mendekati aku di tangga dan dia peluk aku erat.

"Apeni Tokma, An sampai dulu kan. Peluk la An dulu!" Ayden merengek di tempat dia berdiri.

Aku tayang smirk dekat Ayden. Kening aku jongket dua tiga kali dengan tangan buat peace macam tak ada apa padahal dengan nganjing dia. Pelukan Tokma aku balas balik siap cium-cium pipi salam tangan lagi.

"Orang rindu Tokma hehe,"

"Tokma pung rindu Fira." Tokma cium pipi aku. Ya, aku memang cucu kesayangan Tokma muahaha!

[C] ENCIK TUNANGWhere stories live. Discover now