satu lapan

340 43 8
                                    

"Tutup bonet tu eh,"

Aku hanya mengangguk mendengar pesanan Harith. Tangan naik memegang pintu bonet seraya mata merenung dia yang berjalan masuk ke rumah sambil membawa plastik yang terisi buah duku. Buah rambutan pula dah dihantar tadi bersama kek comel umi.

Pintu bonet aku hempas perlahan. Tangan ditepuk-tepuk perlahan menyahkan debu-debu yang terlekat. Aku kerling jam di pergelangan tangan. Dah lewat, 6.50 petang. Sekejap lagi dah nak maghrib. Hampir sempurna puasa untuk hari ini.

"Assalamualaikum!"

Tiba-tiba, ada suara menegur memberi salam dari belakang. Aku berpusing menoleh. Serta-merta mataku tertancap pada seorang lelaki yang lengkap dengan baju melayu berseluar slack. Terjungkit kening aku. Nak tanya masjid kat mana ke? Haha.

Tapi, baru aku perasan. Rupa dia seakan familiar. Aku merenung dia lama. Ingin menggamit memori di mana aku pernah jumpa dia. Tak lama, satu imbasan masuk ke dalam otak.

"Hello?" Dia tegur aku. Mungkin pelik aku tenung dia macam tenung ikan duyung naik ke darat.

"Mikael?" Tak sedar, nama itu terlepas dari bibirku. Lelaki itu mengerutkan kening.

"Kenal saya ke?" Soalnya sambil menuding jari ke dada sendiri.

Aku gigit bibir bawah. Baru perasan aku sebut nama dia. Alamak, kantoilah aku selalu stalk Harith!

"Aaa..." Kelu lidah nak menjawab. Tak tahu nak kelentong apa.

"Mika!" Aku mengeluh lega. Suara Harith yang menegur Mikael menyelamatkan aku. Aku lihat Harith berjalan menuju ke sini dengan tangan terangkat menegur. Eh, macam aku tegur dia masa kantoi tengok dia kat kantin haritu lah haha!

"Yow!" Mikael membalas sapaan Harith. Mereka bersalam cara lelaki. Perlahan-lahan aku berundur, ingin masuk ke rumah sebab aku seorang saja perempuan di sini. Awkward, tahu?

Salam diberi dan aku melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Harith. Aku pandang sekeliling. Terpegun dengan hiasan dalaman rumah ini. Sangat cantik! Berwarna putih suci sebagai warna utama. Ada chandelier besar di tengah-tengah ruang tamu. Bunga-bunga di dalam pasu sebagai penyeri.

"Yan,"

Terpusing kepala aku mendengar nickname itu. Dan dan aku nampak Haikal dari satu arah menuju ke sini dan berhenti tak jauh dari tempatku berdiri. Dia panggil aku Yan? Mana dia dapat mandat nak panggil aku Yan, hah? Harith sorang je boleh panggil aku Yan.

Okey cringe. Next, please!

"Apa?" Aku menyoal dia. Lupakan pasal nickname tadi.

"Harith kat luar ke?"

"Huh? Oh, haah. Dengan erm.. Mikael." Teragak-agak aku menjawab. Nama Mikael aku sebut perlahan. Mesti dia pun pelik macam mana aku kenal Mikael tu.

Tapi lain yang berlaku. Haikal tersenyum sinis dengan jawapanku. Tapi dia tak kata apa-apa. Tak merespons jawapanku dan tak tanya di mana aku kenal Mikael.

"Tolong panggil dia dengan Mika. Cakap kat diorang dah nak berbuka. Thank you!" Laju dia berpusing dan terus berlalu meninggalkan aku terkebil-kebil mencerna ayat dia. Dahla bercakap laju  macam keretapi!

Aku berkira kira sendiri. Malasnya nak keluar balik! Tapi melihatkan tiada tanda-tanda Haikal bergurau menyuruh aku memanggil Harith dengan Mikael, akhirnya aku berpusing semula ke pintu. Mahu keluar memanggil manusia dua ketul tu yang berborak macam tak ingat puasa.

"Tunang kau eh tadi tu?"

Terpaku kaki aku di lantai mendengar soalan daripada Mikael itu. Aku buka telinga luas-luas, nak dengar dia orang sembang apa. Ha, mengumpat!

[C] ENCIK TUNANGWhere stories live. Discover now