tigatujuh

355 48 30
                                    

Bising suasana rumah dengan kehadiran keluarga Ayah Ngah. Berbual santai dengan Ayden yang banyak mulut dan berkenalan dengan Harith. Harith perkenalkan dirinya sebagai kawan Ayden. Baguslah tu, bertunang ni tak perlu nak heboh-hebohkan. Biar kahwin saja dihebah-hebahkan.

Eh, apebende aku mengarut ni. Itu tak penting. Yang penting, kahwin tu bunyinya sungguh menakutkan.

Aku pandang ke arah rumah. Sebenarnya sekarang aku sedang duduk atas buaian depan rumah Tokma. Menarik tak menarik rumah Tokma ni, buai ni dia ikat dekat tiang rumah je. Menarik lah kan? Rumah orang lain aku tak tau la pula dia gantung kat mana.

"Sya..."

Suara yang tiba-tiba menyeru di sisi aku buat tak endah. Siapa pulak yang duk bergayut dengan makwe dekat aku ni. Tadi elok je aku bahagia kat sini sorang-sorang. Harith pun takde, kena tahan kat dalam sana.

"Sya,"

Kali ini aku menoleh. Mahu melihat siapa yang sangatlah tiba-tiba duduk kat sini macam tak ada tempat lain. Dan ketika itulah aku teringat sesuatu.

"Is?"

Hanya Isqandar seorang saja yang panggil aku Sya. Katanya lebih feminin. Aku iyakan sajalah. Dah masa tu budak lagi, baru darjah 4 rasanya. Sebelum tu dia panggil Fira jugak. Agaknya nama Fira tu macam jantan kut bagi dia.

"Termenung apa?" Tanyanya tanpa memandang aku. Dia mengambil tempat di atas pangkin tak jauh dari buaian tempat aku duduk.

"Termenung? Taklah," aku gerakkan buaian.
Cuba membuang rasa janggal yang menyelit. Rasanya last aku sembang dengan dia dua tahun lepas. Tu pun lepas dah move on. Move on olok-olok la. Aku kerash kat dia saja-saja je. Biasalah, sepupu.

Aku berani kerat kuku lah yang kau orang tak pernah tertarik dekat sepupu sendiri ha.

"Habis tu, buat apa?" Isqandar cuba memancing soalan lagi.

"Saja membuang masa," aku jawab dengan loyar buruk. Selamba.

Isqandar diam tak membalas.

"Tak rindu aku ke Sya?"

"Heh?" Laju-laju aku toleh pandang dia. Soalan apekah ini?

"Lama doh tak sembang dengan kau. Tak rindu aku ke?" Dia ulang dengan nada bergurau. Muka toya dipamerkan.

"Err..." Aku sendiri tak tahu nak cakap apa. Yelah, sembang pun sekali setahun, nak rindu apa nya? Kang kalau cakap tak terasa pulak hati member.

"Ha, dating!"

Laungan tiba-tiba itu agak menyelamatkan aku. Tapi ayatnya buat aku rasa nak lempang laju-laju. Dapat agak kan siapa? Memang tak ada orang lain dah yang meminta lagutu. Ayden seorang saja.

Kami menoleh ke arah Ayden. Dari kejauhan lagi dah nampak kelibat Ayden dengan Harith di sebelahnya. Datang dari arah dapur. Baru sudah melantak agaknya.

"Yo An!" Isqandar angkat tangan menegur. Mengajak Ayden untuk join kami di sini. Aku tak pedulikan semua tu. Yang aku ghisau sekarang ni ha Harith tu. Bahaya nyahh. Dahla aku dengan Isqandar saja di sini tadi.

"Harith." Isqandar menegur Harith pula. Harith sekadar mengangkat tangan tanda menyahut. Ramah bertegur sapa. Tadi kan dah berkenalan.

"Borak apa ni? Iz, Tokma cari kau." Ujar Ayden bila dia dah berdiri di hadapan aku. Aku mendongak melihat dia. "Apahal?"

"Manalah aku tahu. Dah, cepat bangun. Cepat cepat!" Ayden goyangkan buaian aku laju-laju sampai aku rasa nak terbalik otak. Bukan goyang ala-ala kau tolak adik kau main dekat taman tu, ini goyang tali dia aje. Aku yang duduk ni tak sempat nak bergerak lagi.

[C] ENCIK TUNANGWhere stories live. Discover now