kosong satu

814 78 42
                                    

Langkah aku atur cermat untuk turun ke tingkat bawah. Sudah jam 8 pagi. Sepatutnya kena turun lebih awal, tapi lepas Subuh tadi aku terlelap. Jadi sekarang ku hanya mampu berdoa semoga umi belum start masak. Kalau tidak, habislah umi membebel. Salah aku yang tahun lepas pun umi ingat lagi haa kau jangan main-main.

Waktu masak breakfast umi tak menentu. Kadang tu, aku turun pukul 7.15, makanan dah siap terhidang atas meja. Aku baru je siap ngaji, ingat nak tolong umi masak. Sekali, makanan dah siap.

Kaki dah jejak lantai dapur. Aku pandang ruang dapur yang luas dan kemas itu. Kosong. Tiada kelibat umi. Aik? Mana umi? Jarang la umi tak ada kat dapur waktu-waktu begini.

"Umi..?" Perlahan aku memanggil umi. Jenguk ke luar pintu belakang rumah yang terletak di satu sudut dapur itu. Tiada. Aku jenguk pula tandas. Gelap. Tiada tanda-tanda umi di dalamnya. Jadi, mana umi pergi? Ghaib pula.

"Ohh umi!" Aku menjerit lagi memanggil umi. Mana pulak umi ni?

"Um- aik?" Baru saja aku nak panggil lagi sekali, aku nampak umi baru masuk ke dapur dengan berpakaian yang.. agak lawa la kalau setakat nak duduk kat dapur tu.

"Eh, Iz. Ha bangun pun. Ingat dah tak nak bangun." Ujar umi yang sedang berjalan ke meja makan. Aku yang berdiri di tengah laluan tercengang jadinya. Haa kan aku dah cakap. Bangun lewat sikit je confirm kena.

Aku abaikan kata-kata umi yang memang jelas lagi terang menyindir aku. Kadang tu aku tertanya gak, best ke sindir anak sendiri agagaga sebab boleh dikatakan hari-hari umi sindir aku huhu. Aku orak langkah ke meja makan di mana tempat umi sedang duduk sambil menuang air. Tudung saji aku bukak. You know what? Makanan dah siap terhidang. Hari ni nasi goreng cina yang campak-campak tu.

Aku ada cakap tadi kan yang aku akan turun tolong umi masak pagi-pagi, kan? Ha yang ni kau kena faham, tolong masak tu means aku tolong ke dapur, ambik senduk dari tangan umi then tolong kacau tumis. Lepastu dah siap masak aku tolong basuh pulak perkakas tadi tu. Jadi, kau faham maksud aku di sini? Maksud aku, aku tak reti masak pun haha!

Oh, baru aku perasan. Aku sebut senduk eh tadi? Sebenarnya sudip. Takkan kau nak masak tumis pakai senduk kut. Kalau aku, tak. Kalau kau aku tak tahulah. Ha tengok, senduk dengan sudip pun tertukar lagi. Agaknya nanti periuk dengan kuali pun boleh tertukar.

"Umi nak pergi mana ni lawa-lawa?" Aku menyoal sambil mengambil tempat di depan umi. Jag air teh panas yang umi pegang tadi aku ambil lalu aku tuang dalam cawan sendiri. I mean, cawan yang dah ada kat situ. Siapa punya tah. Adik aku kut.

Umi jeling aku sekilas.

"Lawa ke?"

Eh pulak..

"Lawa la kalau setakat nak duduk kat dapur ni." Balasku sambil tersengih sumbing. Hirup air dalam cawan macam tak ada apa.

Umi mencebik. "Jeles cakap.."

Tergelak aku jadinya. Umi ni..

"Umi nak pergi mana?" Aku Tanya lagi memandangkan umi belum jawab soalan aku tadi. Lawa la jugak umi pakai dengan blouse ala jubah yang.. sebenarnya jubah pastu umi potong jadi blouse sebab dah singkat dengan kain sarung batik dan tudung sarung Ariana- eh Ariani tu.

Lawa la kan?

"Nak pergi beli lauk basah la. Nak jamu makan kau orang. Kau orang ni makan je tahu. Lauk habis tak tahu." Umi dah buka bunga-bunga pembebelan. Aku sengih lagi.

"Ala ala umi.. mana Iz tahuu.." buat suara gedik-gedik dengan mata kelip-kelip.

Ya, setiap kali aku tanya umi nak pergi mana dan umi jawab nak pergi beli lauk basah, itulah juga jawapan tambahan umi. Setiap minggu dengar. Hari Sabtu wajib! Sebab umi hanya ke pasar sekali seminggu. Iaitu pada hati Sabtu.

"Mana abi?" Aku tanya keberadaan abi pula. Takkan umi nak pergi pasar seorang diri kan? Mestilah pergi dengan abi. Jadi, di mana pula abi sekarang?

"Abi tengah tukar baju."

Dan aku tahu maksudnya apa. Maksudnya abi baru lepas buat kerja kat luar rumah! Banyak kerja kat luar ni ha. Berkebunlah, bagi arnab makanlah, tanam itu tanam ini, potong rumput ha banyak lagi. Rajin betul abi aku. Tak menurun dekat aku masalahnya. Adik-beradik aku apatah lagi.

"Ooo.. umi nak pergi pasar je ke?" Aku tanya lagi. Bukan apa, kalau umi nak singgah mana-mana bolehlah aku tumpang hehe.

"Pasar jelah. Pukul 8 ni mana ada pasaraya bukak lagi."

Oh, haah. Baru aku ingat. Lagi, aku tayang sengih. Ketika itulah abi masuk ke dapur mencari umi.

"Mi, jomlah. Dah lewat ni."

Tak sempat aku nak tegur say hi kat abi, abi terus keluar. Aik? Lewat nak pergi mana?

"Lewat nak pergi mana?" Aku tanya umi yang dah bangun dari kerusi. Aku turut bangun. Mengekori umi dari belakang ke ruang tamu.

"Abi ada akad nikah pukul 10 nanti." Balas umi. Aku mengangguk. Owh. Kau orang jangan salah faham pulak. Bukan abi aku yang nak nikah. Abi aku ni, selain daripada kerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah agama, abi aku juga merupakan seorang Tok Imam di masjid mukim ini. Tok Imam Tua. Tok Imam Tua kan boleh jadi Tok Kadi haa begitulahh. Jangan salah faham wei. Karang sebelum umi aku serang bakal madu dia aku dulu tolong hantar bakal mak tiri aku tu ke dalam tanah.

Na'uzubillahiminzalik! Aku tak nak la wei ada mak lain. Yang ini pun hari-hari kena leter. Karang yang lagi satu, eh lupa pulak aku cakap tadi. Dia tak sempat berleter aku dah hantar dia ke tempat lain.

Tak faham lawak aku? Tak apa biar aku sorang saja yang faham.

"Owhh.. oke!" Aku senyum pada umi. Salam umi yang berada di muka pintu. Abi dah berada di dalam kereta, panaskan enjin. Bersedia untuk pergi.

"Eh nanti tolong umi masak." Sempat umi berpesan. Aku kerut kening.

"Tolong masak? Masak apa lagi, umi? Yang kat dapur tu siapa nak makan?"

Aku ni ada tiga beradik je, tahu? Abang sorang adik sorang. Aku kat tengah-tengah, berseorangan perempuan. Sedih betul. Kalau masak banyak-banyak, siapa je yang nak makan? Adik aku tu, makan game je tahu. Aku suap phone tu karang baru nak insaf agaknya.

"Ada kawan umi nak datang. Umi ingat nak masak sedap-sedap. Iz nanti turun dapur, tolong umi masak. Nanti umi balik kita masak, okey?"

Lembut betul umi pujuk aku suruh masak. Bukan selalu ni umi nak lembut-lembut. Jadi, aku angguk saja. Kalau bukan aku, siapa lagi. Tak kan abang aku kut. Tak lekat kat rumah dia tu. Macam aku tak tahu dia pergi dating. Dasar buaya. Kalau abi tahu aku rasa dah kena kejar dengan parang dah. Mainkan lagi perasan perempuan. Aku bersimpati betul kat 'bakal kakak-kakak ipar' tak jadi aku tu.

"Okey umi. Nanti Iz turun."

____________________

Apebende aku mengarut ni HAHAHAH.

kalau sudi tekanla butang vote tu heheh thankyou.

kalau sudi tekanla butang vote tu heheh thankyou

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] ENCIK TUNANGWhere stories live. Discover now