satu enam

344 46 29
                                    

"Iz, sini kejap."

Aku yang sedang berurusan di kaunter yuran dalam pejabat sekolah mengangkat muka bila ada suara menyeru nama aku.

"Ya, saya. Kenapa, cikgu?" Aku senyum kepada akak kaunter tadi dan meminta izin untuk pergi kepada Cikgu Aisyah yang memanggil.

"Nanti kamu nak balik ke kelas, kamu lalu depan blok tingkatan 4 kan?" Cikgu Aisyah menyoal sambil tangan ligat mengemas buku yang bersepah di atas meja beliau.

Aku sekadar mengangguk. "Ya, cikgu."

"Meh sini dekat sikit." Cikgu Aisyah menggamit aku mendekatinya. Terjungkit kening aku. Tapi kaki tetap melangkah mendekati meja beliau itu. Tadi sekadar berdiri berdekatan pintu saja.

"Ni, cikgu nak minta tolong sikit. Tolong hantarkan buku-buku ni kepada pelajar tingkatan 4, boleh? Dah seminggu cikgu tanda buku ni semua, hari ni baru siap."

Aku tunduk memandang buku di atas meja itu. Buku module latihan Bahasa Melayu Tingkatan 4. Mak aih... banyaknya.

"Err... Semua kelas ke ni cikgu?" Banyak sangat ni, mustahil kalau setakat satu dua kelas je.

Cikgu Aisyah angguk buatkan aku rasa nak pengsan.

"Iya, semua kelas Iz."

Aku mengeluh dalam hati. Cikgu, banyak ni, cikgu. Tingkatan 4 ada enam kelas semuanya. Setiap kelas pula ada lebih kurang 30 orang pelajar.

Sejenak, baru aku perasan yang cikgu dah susun ikut kelas. Ada 6 kumpulan semuanya. Nampaknya cikgu tak bohong.

"Tapi banyak ni, Iz. Iz boleh angkat ke? Maaflah susahkan Iz. Cikgu kena ke klinik pula selepas ini. Anak cikgu demam pula tiba-tiba." Cikgu Aisyah bersuara risau sambil memandangku. Entah risau sebab anak dia sakit atau sebab aku kena angkut banyak ni.

"Eh, boleh saja cikgu. Semoga anak cikgu sempat sembuh." Aku senyum sekerat. Nampaknya aku kena ulang-alik dari bilik guru ni ke blok tingkatan 4 sana.

"Terima kasih, Iz. Eh, Harith!"

Mati terus senyuman aku mendengar nama itu. Aku menjatuhkan kepala sesaat sebelum mengangkat kembali bila dengar ada tapak kaki mendekati kami.

"Ya cikgu. Kenapa?"

"Harith buat apa di sini?" Cikgu Aisyah menyoal mesra. Amboi cikgu, tunang saya tu.

Eh?

Aku kerling Harith sekilas. Bertembung pula dengan pandangannya kepadaku. Laju aku tunduk semua memandang meja cikgu sambil buat-buat mengira buku.

"Jumpa Ustaz Wakeel tadi. Kenapa, cikgu?"

"Cikgu nak minta tolong sikit. Ni, cikgu minta tolong Iz hantarkan buku-buku ni dekat pelajar tingkatan 4. Tapi banyak sangat ni. Harith tolong Iz, boleh?"

Allah, cikgu! Salah server ni cikgu, bukann!

"Tolong Iz? Boleh je, cikgu."

Mungkin telinga aku silap dengar, tapi aku dapat tangkap sedikit nada teruja dalam suara itu. Sejak bila telinga aku ni telinga lintah ya?

"Terima kasih. Ni bukunya. Cikgu pergi dulu ya, pengasuh anak cikgu dah tunggu," lekas cikgu bangun dengan begnya. Nampak kalut.

Akhirnya, aku hanya memerhati cikgu keluar dari pejabat meninggalkan aku di sini.

Atau lebih tepat, kami.

Nasib baik dalam pejabat.

"Jom dating ?"

"Hah?!" Buntang mata aku mendengar ujarannya. Aku silap dengar ke? Apa jadi dekat telinga lintah aku tadi?

"Jom hantar buku," Harith ulang balik ayat dia tadi. Tapi macam panjang, jadi aku rasa dia dah tukar ayat.

[C] ENCIK TUNANGWhere stories live. Discover now