dua enam

298 45 16
                                    

"Oi, intai apa?"

Ternaik bahu aku apabila disergah begitu. Serentak aku dan Haura menoleh ke arah punca suara. Terus mata bertembung dengan Harith yang terjungkit sebelah keningnya memandang kami yang sedang mengendap ini.

"Ayokk.. Iz ngintai mamat tu. Hensem katanya," Haura tolak-tolak bahu aku dengan senyum senget. Dia menuding jari ke arah lelaki yang tadi. Lelaki itu kini sedang menempatkan begnya di atas kerusi kayu itu. Para pelajar pun nampaknya sudah mula berkumpul di ruangan lobi besar itu.

"Woi!" Aku tepis tangannya kasar. "Tipu. Bukan akulah! Kau kan!" Tak pasal-pasal aku menggelabah. Lagi-lagi bila melihat kening berkerut Harith. Eee Haura ni! Saja je!

Haura ketawa mengekek.

"Mana satu?" Harith kalihkan kepalanya mencari lelaki yang tidak diketahui namanya tadi. Terjenguk-jenguk mahu mengendap sama.

"Tu weh, tu. Yang pakai hoodie hitam tu," Haura dengan senang hati menunjukkan lelaki itu kepada Harith. Dia berdiri di sebelah Harith, mahu menunjukkannya dengan lebih jelas.

"Ish, sikit sikit sudahlah tunjuknya. Nanti dia nampak, malulah." Aku jatuhkan tangan Haura ke bawah. Menolak dia sedikit jauh daripada Harith. Ee suka suka je nak dekat dengan tunang orang. Member tak member.

Tak semena-mena Harith menjuih bibir.  Bebola mata diputar ke atas. "Aku lagi hensem," dan dan kenyataan itu meluncur keluar dari bibirnya. Dengan tangan yang diseluk ke dalam poket jeans

Haura tepuk tangan sekali.

"Kan! Apalah Izyan ni. Laki tu bagi kat aku jelah. Kau ni punn.." tambah Haura. Ada aura-aura nak bergaduh ya disitu.

Terlongo aku dengan bicara dua manusia itu. Hei, apa semua ni?

"Mende!" Aku tolak bahu Haura sedikit kuat. Haura yang terundur ke belakang tergelak besar. Pipi aku terasa panas tiba-tiba. Haura ni, memang nak kena dengan aku.

Harith tersenyum senget. Mungkin mahu ketawakan kami yang bagai mahu berperang ini. Aku hanya pandang dia sekilas. Malu la mak! Tak sanggup nak tentang mata lawa dia lama-lama.

"Assalamualaikum," tiba-tiba, ada satu suara halus menegur. Serentak kami menoleh. Terbantut terus pergaduhanku dengan Haura tadi. Sama-sama memandang ke arah si pemberi salam.

Ada seorang perempuan– pelajar, mungkin– cantik bertudung bawal berwarna cream lembut yang ditindih dengan sweeter ungunya dengan blaus labuh paras lutut berwarna putih. Berseluar slack longgar dan sedang tersenyum memandang kami.

Automatik bibir aku melarik senyum membalas senyuman manisnya.

"Waalaikumussalam," serentak aku dengan Haura membalas. Harith pula diam tak berkutik di sebelah kami. Aku mengerling dia sekilas.

Harith nampak terkelu melihat perempuan ini. Mata sedikit membulat, seperti terkejut dengan sesuatu.

Kenapa?

"Hai! Erm sekolah..." Aku mengalih semula mata aku kepada perempuan tadi apabila dia seperti mahu menyebut nama sekolah kami. Tapi mungkin dia terlupa, jadi ayatnya mati di tengah jalan. Lantas aku ukir senyum bersama anggukan kecil.

"Haah,"

"Oh, saya Qurratul A'yuni. Boleh panggil Ayuni saja." Dia memperkenalkan diri. Tersenyum manis sambil menghulur salam.

Aku tak tahu kenapa, dia seperti membawa aura ketenangan. Aku lorek senyum manis juga, menyambut salamnya.

"Izyan. Izyan Syafira."

"Saya Haura. Hawa El-Haura'." Haura di sebelah turut memperkenalkan diri. Menyambut salam yang dihulur Ayuni itu.

Dia berkalih kepada Harith. Mahu menegur sang jejaka yang diam menyepi tiba-tiba. Mungkin niat di hati mahu berkenalan dengan rakan baru. Yelah, kami kan akan bersama di resort ini.

Namun sesaat kemudian, riak wajah Ayuni tertukar gamam. Matanya yang bersabung dengan mata Harith itu membulat besar. Tak semena-mena, bibirnya nampak sedikit ketar. Terkejut. Aku ketap gigi. Apa ni? Bila Haura menyiku pinggangku perlahan, aku pejam mata sejenak.

Tak ada apa pun kan?

"Ha.. Harith..." Berkecai monolog dalamanku mendengar sebaris nama itu meluncur keluar dari bibir merah Ayuni. Ditambah pula dengan mata berkaca itu, buat hatiku rasa sesuatu.

Ayuni kenal Harith? Kenapa dengan reaksi itu?

Telinga aku menangkap bunyi dari Harith yang menarik nafas dalam. Turut terkejut sama mendengar namanya disebut oleh Ayuni.

"Ayyen..."

Dang! Nama itu!

***

Kain baju Haura di sebelah aku genggam erat, cuba menenangkan diri. Nama itu.. nama itu aku pernah dengar ketika Harith bersembang dengan Mikael. Tapi hanya disebut oleh Mikael, tapi tidak oleh Harith. Harith seolah-olah mahu mengelak dari nama itu. Jadi, siapa Ayyen ini?

Aku tarik nafas panjang, memenuhkan paru-paru yang hilang oksigen sekejap tadi. Lengan Haura aku genggam erat. Dapat aku lihat dahi Haura berkerut, tak faham akan situasi ini. Aku pandang pula pasangan di depan kami. Masih sama-sama terkedu sambil memandang antara satu sama lain. Seakan ada sesuatu di sebalik pandangan itu. Lagi sekali aku mahu bertanya, siapa Ayyen ini pada seorang Harith?

"Ayyen?" Suara aku keluar bertanya. Seakan pelik dengan nama Ayyen yang disebut Harith sedangkan tadinya dia memperkenalkan diri sebagai Ayuni. Walaupun aku cuba berlagak biasa, tetap aku rasa suaraku sedikit bergetar.

Hanya dengan itu, tatapan dua pasang mata itu terputus. Dapat aku dengar bunyi halus seakan terkejut dari Harith. Seakan dia baru sedar wujudnya aku dan Haura di sini.

Aku jungkit kening bila Harith mahupun Ayuni, keduanya serentak menoleh kepada kami, terkejut. Ayuni dengan mata membulat, dan Harith dengan riak gusar. Dari matanya dia seakan-akan mahu berkata sesuatu.

Aku abaikan dia, pandang Ayuni dengan sebelah kening ternaik. Mahukan jawapan darinya. Nama itu seperti istimewa sebab tadi dia tidak memperkenalkan dirinya sebagai Ayyen.

"Sa- Ay- " tergagap Ayuni mahu berkata. Aku hela nafas perlahan. Baiklah, aku tak akan desak dia. Aku sendiri pun tak mahu tahu siapa Ayyen ini. At least, not now. Mungkin boleh bertanya kepada Mikael? Kan? Siapa tahu. Since Mikael pun kenal Ayyen ni, rasanya tak salah untuk aku tanya.

"Tak apalah." Aku tepis tangan dengan dia ala-ala tepis lalat, konon tak kisah kalau dia tak mahu jawab sekalipun. "Kitorang nak ke pantai ni. Pergi dulu, eh? Bye! Nice to meet you, Ayuni!"

Aku lambai tangan kepadanya. Langsung menarik lengan Haura untuk berlalu pergi. Haura pula dengan terpinga-pinga hanya menurut. Maaf, Haura. Nanti ada masa aku ceritalah hehe.

"Izyan!"

Terhenti sejenak langkahku. Aku berpusing laju ke belakang. Jungkit kening kepadanya macam tak ada apa yang berlaku. Lagipun, memang tak ada apa pun tadi, kan.

Aku tarik senyum senget. "Ya, ada apa? Nak ikut sekali ke? Amareylah!"

Harith tampak terkedu. Tapi peduli apa aku. Bila dia senyap saja, aku berpusing semula ke hadapan, menarik Haura dan kembali menyambung langkah ke pantai.

Meninggalkan Harith bersama Ayuni di belakang.



____________________


Makin bosan la.. dahla hambar arghhh sedihnyaaaa !

HAHAHA

okelah, thanks singgah. jangan lupa vote and comment, okeh

[C] ENCIK TUNANGWhere stories live. Discover now