" Jadi, Cik Leya adalah isteri kepada bos kita" kata Mariam terpinga-pinga. Gambar yang dilihat mereka berdua sungguh mengejutkan. Siapa sangka, sungguh kecil dunia ini.
" Kamu berdua kenal ke wanita dalam gambar ini?' tanya Julia, salah seorang pekerja di Fikri Mega. Mereka berdua serentak menggelengkan kepala.
" Kenapa Kak Ju?" tanya Hana.
" Dah setahun lebih rasanya Puan Sri Aleya hilang. Dan dalam setahun lebih jugak Tan Sri work from home" kata Julia lagi.
" Habis meeting company, siapa handle?" tanya Mariam lagi.
" Saiful dari Financial Management. Itu pun Tan Sri taka da tanya khabar sama ada meeting tu macam mana. Langsung tak mintak report sampai akak pulak yang kena bawak report pergi rumah dia." jawab Julia lagi.
" Kenapa sampai jadi macam tu kak?" tanya Mariam lagi.
" Akak adalah dengar cerita dari kita-kita jugak. Katanya isteri dia lari sebab dah tak tahan dengan perangai panas baran dia tu. Memang Tan Sri tu tegas kat office tapi tak sangka tegas dia sampai ke rumah.
Meriam dan Hana mula terfikir sama ada ingin beritahu Cik Leya tentang gambarnya di Fikri Mega. Bau kari ayam yang dimasak oleh Cik Leya mula menusuk hidung. Perut mula berbunyi tanda kelaparan. Makanan sudah terhidang di atas meja makan. Hanya perlu disantap sahaja. Cik Leya hanya tersenyum melihat dua anak gadis dihadapannya. Sudah dianggap seperti anak sendiri.
" Cik Leya, kalau Yam tanya ni, Cik Leya jangan marah atau kecil hati ye?" tanya Meriam. Cik Leya hanya mengangguk tersenyum.
" Masa kita orang nak pergi kerja tadi. Kita orang nampak gambar Cik Leya kat sana. Jadi kita orang dah tahu yang Cik Leya ni merupakan isteri kepada majikan kami, Tan Sri Fikri" kata Cik Leya. Raut wajah Cik Leya mula berubah keruh. Tidak sangka, setelah setahun lebih, dia mendengar nama lelaki yang membuat hidupnya derita. Air mata mula menitis tapi pantas diseka,
" Ye, dia suami Cik Leya. Alhamdulillah jika dia masih ingat pada Cik Leya" ujar Cik Leya sambil menguis-nguis nasi.
" Boleh tak ceritakan kepada kami apa yang berlaku, kami bukan nak menyibuk tapi kami tak nak apa-apa jadi pada Cik Leya nanti" pujuk Hana sambil mengenggam tangan Cik Leya. Cik Leya menghembuskan nafasnya. Bersedia untuk menceritakan peristiwa tersebut.
YOU ARE READING
Hana
RomanceNur Hana , gadis desa yang hidup bersama dengan datuknya, Pak Hamid. Walaupun kehidupan mereka sangat susah tapi mereka bahagia dan cukup bersyukur dengan kehidupan mereka. Pak Hamid berjanji akan melindungi cucunya sehingga akhir nafasnya. Pak Ham...