Bab 1

11.7K 42 1
                                    

"Burn, kenapa comot sangat ni . Buat apa tadi ?" tanya gadis kecil yang bernama Hana ini sambil mengusap lembut kepala kucing buntal ini. Kucing ini melihat tuannya sahaja.

"Hana ! Masuk ! Mari makan nak" panggil Pak Hamid. Hana yang terkejut terus terketuk kepala si Burn . Burn terus lari kerana takut.

"Atuk ni, terkejut Hana. Kenapa panggil Hana ni tuk. Hana tengah main dengan Burn lah.

"Dah petang ni Hana, kau tak makan lagi ke ? Hana, kau kena makan. Kau perlu khasiat" nasihat Pak Hamid.

"Hana bukan tak nak makanlah atuk, tapi Hana tak selera. Hana dah nak PT3 lah atuk. Jadi Hana rasa macam Hana nak demam" adu Hana.

Pak Hamid merenung cucunya dengan pandangan penuh kesian.

"Kesian cucu aku, Hana cuma ada aku je. Kalau aku dah tak ada dalam dunia ni , siapa lagi nak jaga cucu aku" ujar hati Pak Hamid.

Hana melihat sekeliling kampung. Rumahnya terletak betol-betol di tengah bendang sawah padi. Angin yang bertiup kencang itu sesekali menampar pipinya yang halus mulus itu. Langit sudah gelap menandakan hari mahu hujan. Hana menutup jendela lalu mencapai buku matapelajaran Matematik yang disumbangkan ke orang kampung . Hana memang seorang tekun belajar.

Pak Hamid memandang langit.

"Ya Allah, dah nak hujan ". Pak Hamid segera naik ke rumah. Risau dengan cucunya. Sayu hati melihat Hana tertidur sambil duduk itu.

"Hana, maafkan atuk nak. Gara-gara atuk, kita hidup susah macam ni. Kalaulah atuk tak berjudi , kita tak akan hidup sesusah macam ini. Kita hanya mengharapkan bantuan orang kampung. Maafkan atuk ye Hana" luah Pak Hamid. Sedih bila mengenangkan masa dia muda dahulu.

Segala jenis maksiat semua dia lakukan. Dari perempuan, arak dan judi semua di lakukan oleh Pak Hamid. Hasilnya, hubungan Pak Hamid bersama isterinya berakhir dengan teruk sekali. Pak Hamid memukul isterinya semasa Pak Hamid di bawah pengaruh alcohol. Semasa Pak Hamid menceraikan isterinya , Pak Hamid tahu isterinya itu sedang mengandung.

"Mungkin Zainab dah gugurkan anak itu . Aku tahu Nab, kau benci kat abang. Maafkan abang Nab, sampai bila-bila , dosa abang pada kau Nab, abang bawa sampai ke liang lahad" sebak hati Pak Hamid bila mengenangkan kisah lama. Pak Hamid memegang dadanya, sungguh perit bila terkenangkan kisah lama.

"Allah uji aku Nab, ada orang buang Hana. Katanya bapa Hana itu adalah anak kandung aku dengan kau Nab. Tapi kenapa Nab, kenapa secara tiba-tiba anak aku buang anaknya depan rumah aku ? " luah kesal Pak Hamid.

Pak Hamid teringat kisah 15 tahun yang lepas, semasa dia kalah berjudi, dia terdengar ada bayi menangis di belakang rumahnya. Bila melihat, benar ada bayi . Dan disertakan surat beranak bayi ini. Surat itu masih disimpan .

"Encik Hamid, anak ini merupakan cucu kandung kau. Dulu kau ceraikan aku semasa aku benar-benar perlukan kau. Ini adalah cucu kau . Aku tidak merestu perkahwinan anak aku bersama ibu bayi ni. Jadi aku bertindak untuk membuang bayi ini. Kau jagalah sebagai satu tebusan dimana kau sendiri tidak pernah besarkan anak sendiri , tapi aku beri peluang untuk kau jaga cucu kau sendiri" -Puan Sri Zainab-

Maafkan aku Nab

HanaWhere stories live. Discover now