Bab 20

764 26 2
                                    

Puan Sri Zainab memerhati ikan-ikan yang berenang bebas di kolam buatan bekas suaminya Tan Sri Norman. Dia tidak akan lupa mata milik Tan Sri Fikri pada ketika dia terlepas cakap mengenai anak kandungnya. Puan Sri Zainab merasa sangat serba salah pada anaknya.

" Mama cakap apa?" tanya Tan Sri Fikri terkejut. Dahinya berkerut. Mulutnya sedikit terbuka. Tan Sri Fikri mengusap mukanya perlahan sebelum dia melihat wajah mamanya.

" Fik takkan marah mama. Cuma Fik mintak untuk mama berterus terang pada Fik tentang apa yang mama nak cakap pada Fik" pujuk Tan Sri Fikri perlahan.

" Masa mama datang ke kampung, mama cari ayah Fik. Lepas tu orang kampung kata ayah Fik dah meninggal. Manakala Hana, dah pindah" kata Puan Sri Zainab perlahan.

"Hana?" tanya Tan Sri Fikri pelik.

" Kalau Fik nak tahu, Hana tu anak kandung Fik. Anak kandung Fik dibesarkan oleh ayah Fik sendiri. Mama sentiasa ambil tahu perkembangan ayah Fik dan pada masa yang sama mama cuba nak lakukan sesuatu yang tak baik kepada anak Fik" kata Puan Sri Zainab terus terang.

" Apa yang mama dah buat?" kata Tan Sri Fikri. Suaranya sedikit gigil. Marah dan sedih sudah dah bercampur.

" Mama cuba nak bakar rumah ayah Fik. Mama berniat nak bunuh anak Fik. Setiap kali mama pandang muka Leya, setiap kali itu mama upah orang untuk kenakan ayah Fik dan Hana" esak Puan Sri Zainab. Tan Sri Fikri diam dan sesekali dia mengelap air matanya.

" Maafkan mama Fik. Mama silap. Mama salah. Mama berdosa pada Leya. Berdosa pada anak mama. Kebencian mama pada arwah ayah Fik yang membuatkan mama buta hati. Mama terlalu kecewa bila ayah Fik tinggalkan mama sebab seorang pelacur. Dia pukul mama sedangkan mama sedang mengandung anak kandungnya. Mama beri kesetiaan mama, dibalasnya dengan kecurangan" esak Puan Sri Zainab.

" Tapi yang mama hukum tu anak kandung Fik. Anak kandung yang Fik tunggu selama ini. 19 tahun Fik menangis untuk anak Fik. Fik salahkan Leya sedangkan Leya tak tahu apa-apa. Sebab Fik, Leya dah tak sayang pada Fik. Mama tahu tak, hari ni Fik happy sebab zuriat Fik dan Leya masih hidup. Dan Fik nak cari anak Fik. Fik akan cari Hana" kata Tan Sri Fikri.

" Beberapa bulan lepas, mama jumpa dengan nurse yang mama bayar dulu. Dia dah pencen dan sekarang ni dia menunggu masa untuk ajalnya. Rupanya semasa hayat dia, dia mencari Fik dan Leya sebab dia nak pulangkan hak yang sepatutnya milik Fik" kata Puan Sri Zainab lagi.

" Apa maksud mama?" kata Tan Sri Fikri pelik.

" Kamu ada anak kembar, sepasang. Nama anak kamu yang lelaki ialah Haikal. Ahmad Haikal. Mama yang mintak nurse tu letak nama anak kamu Haikal. Anak kamu tu sekarang ni tengah kerja. Kerja sebagai operator kilang. Haikal anak yang baik. Dia korbankan masa dia untuk menjaga ibu angkatnya. Dia tahu kamu ayah kandung dia. Tapi dalam fikiran dia, kamu yang taknak dia sebab mama yang hasut dia." kata Puan Sri Zainab. Tan Sri Fikri terduduk. Dia meraup wajahnya sekali lagi. Dia sujud syukur. Tan Sri Fikri bersyukur kerana dia masih diberi peluang untuk menjadi ayah kepada dua kembarnya itu.

Kali ini misinya bertambah. Menjejak isterinya serta kedua kembarnya!

HanaWhere stories live. Discover now