Bab 21

635 21 0
                                    

Pagi-pagi lagi Cik Leya sudah masuk ke dapur untuk menyediakan sarapan. Hari ini merupakan hari penting untuk kedua-dua anak angkatnya. Hari untuk menyemak kemasukkan ke university. Oleh itu, Cik Leya ingin semuanya berjalan dengan lancar. Seperti biasa, Hana adalah orang pertama yang menjenguk di dapur. Gadis itu sungguh ringan tulang. Alangkah indah jika Hana ini benar-benar anak kandungku, desis hati Cik Leya.

" Kenapa ibu Leya tengok Hana?" tegur Hana sambil membuat air teh.

" Ibu nak berterima kasih dengan Hana dan Yam. Kalau kamu berdua tak tolong ibu. Ibu mesti dah kat mana-mana entah" jujur kata Cik Leya senyum.

" Mungkin ini takdir kita. Kalau Hana tak jumpa ibu, mungkin Hana tak akan rasa kasih sayang seorang ibu" kata Hana sebak.

" InshaAllah , doa ibu termakbul. Akhirnya ibu ada seorang anak yang bernama Hana. Allah mengantikan Hana dan Yam sebagai pengganti arwah anak ibu" kata Cik Leya. Hana memeluk Cik Leya dengan penuh rasa kasih sayang. Entahlah, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dia ketika ini.

Pagi-pagi lagi di Fikri Mega dah kecoh. Tan Sri Fikri datang ke pejabat secara mengejut. Semua jabatan masing-masing mula busy. Sebelum ni, semua buat endah tak endah je jika di agihkan kerja.

" How?" tanya Tan Sri Fikri bila terlihat Hassan.

" Minggu lepas saya datang ke Kluang dan cari gadis bernama Hana. Masing-masing kata Hana dah ke Johor Baharu untuk kerja. Katanya dia duduk dengan kawan dia. Tak silap saya namanya Mariam. Mak Mariam tu pergi ke Sabah sebab duduk dengan kakak dia. Lokasi kat mana Hana tu masih dalam pencarian" jelas Hassan.

" Kau dah pergi sekolah dia ke apa ke? Any picture?" tanya Tan Sri Fikri lagi.

" Tak ada Tan Sri" jawab Hassan. Tan Sri Fikri diam.

Tok! Tok! Tok!

" Assalammualaikum Tan Sri. Welcome back" sapa Julia mesra.

" Any appointment?" tanya Tan Sri Fikri.

" So far tak ada. Cuba kita kurang kerani" ujar Julia.

" Benda remeh. Jangan cakap benda remeh dengan saya. You know what you must to do" tegur Tan Sri Fikri. Julia mengangguk lalu beredar.

Kat mana lagi aku nak cari anak-anak aku denganLeya, desis hati Tan Sri Fikri. Buntu dia memikirnya. Tak mengapa. Aku harusmula dengan anak lelaki aku. Haikal! Dengan info yang dibekalkan oleh Puan SriZainab, Tan Sri Fikri memandu terus ke kilang perabot ,tempat anak kandungnya bekerja.

HanaWhere stories live. Discover now