Bab 24

841 25 2
                                    

" Assalammualaikum" Tan Sri Fikri memberi salam.

" Waalaikummusalam" jawab Haikal. Perlahan-lahan dia menghampiri sosok tubuh yang berhadapan dengannya. Tan Sri Fikri menahan rasa rindunya yang ingin memeluk anak lelakinya itu. Mirip Aleya, desis hati Tan Sri Fikri.

" Haikal" sepatah keluar dari mulut Tan Sri Fikri. Tangan dihulurkan. Haikal menyambut tangannya. Terasa berat genggam ditangan Haikal.

" Masuklah. Ibu tengah mandi" kata Haikal lalu masuk ke dalam rumahnya. Tan Sri Fikri memerhati sekeliling. Walaupun rumah itu tak mewah, tapi cukup selesa untuk Haikal dan ibu angkatnya. Apabila sudah nampak kelibat wanita tua dalam rumah itu, Tan Sri Fikri terus bangun,

" Saya Fikri dan saya rasa mak cik tahu pasal saya" kata Tan Sri Fikri lagi.

" Mak cik tahu. Mak kamu pun dah berjumpa dengan mak cik" kata Mak Husna.

" Anak saya tahu pasal saya?" tanya Tan Sri Fikri lagi. Mak Husna menganggukkan kepalanya.

" Anak kamu tahu pasal kamu tapi sayangnya, mak kamu datang sini, tiap-tiap tahun hasut kata kamu dan isteri kamu buang dia. Sampai sekarang dia masih tanamkan rasa benci dia pada kamu" kata Mak Husna lagi.

" Kamu cakaplah dengan dia. Pujuk baik-baik" kata Mak Husna lagi. Tan Sri Fikri faham lalu mintak izin untuk masuk berjumpa dengan anak kandungnya.

" Haikal" sapa Tan Sri Fikri.

" Sampai ke dapur tuan cari ibu saya. Setahu saya, ibu saya sudah pun berada di depan" kata Haikal lagi.

" Ayah tahu, Haikal tahu yang saya ni ayah kamu" kata Tan Sri Fikri sedikit sebak. Haikal hanya mendiamkan diri.

" Ayah mintak maaf sebab lambat sedar dengan kehadiran kamu" kata Tan Sri Fikri lagi.

" Saya rasa tuan salah orang. Saya anak kepada Ibu Husna" kata Haikal dengan suara bergetar.

" Haikal anak kepada ayah dan ibu. Kamu bukan anak haram. Kamu anak dari hasil perkahwinan kami" kata Tan Sri Fikri lagi.

" Kau penipu! Aku anak haram kau. Tiap-tiap tahun aku kena hadam yang kau tak suka aku. Kau benci aku. Mak kau kata aku ni anak pelacur. Sebab tu kau buang aku" akhirnya pecah tangis Haikal.

" Itu salah! Haikal adalah anak sah kepada ibu dan ayah. Nenek salah. Izinkan ayah bercerita pasal apa yang dah jadi" pujuk Tan Sri Fikri.

" 19 tahun yang lalu, ayah dan ibu kenal di sebuah kelab malam. Ibu bukan seorang pelacur tapi dia seorang cleaner. Dia tertipu dengan rakan sekampungnya. Ayah menyelamatkan ibu dari jadi mangsa kat situ. Ayah tekad untuk memperisterikan ibu. Tapi nenek tak restu. Nenek kata ibu pelacur. Nenek marah sebab nenek diceraikan oleh atok kamu sebab pelacur. Ayah nekad untuk teruskan perkahwinan ayah dengan ibu. Lepas tu, ayah teruskan sambung belajar dan masa itu ibu kamu tengah mengandung. Ayah hanya pulang 2 semester dan itu ayah tak balik selama 6 tahun sebab ayah sambung belajar lagi dan terus kerja. Hubungan ayah dengan ibu retak sebab masa tu kami ingat anak kami meninggal atas kecuaian ibu. Ayah marah sangat dekat ibu. 19 tahun hubungan ibu dengan ayah sangat dingin. Ayah marah, ayah cerca ibu. Ayah letakkan semua kesalahan atas bahu ibu. Ayah marah sebab ayah kehilangan zuriat ayah. Sampai satu masa, ibu tinggalkan ayah. Dia nak cari ketenangan dia. Masa tulah ayah baru dapat tahu. Yang rupanya anak ayah masih hidup. Anak ayah dijaga oleh insan yang sangat mulia. Maafkan ayah Haikal. Sebab ayah baru tahu" kata Tan Sri Fikri menangis. Haikal turut menangis.

" Maafkan Haikal ayah" kata Haikal lagi. Dia memeluk erat ayahnya seperti tidak mahu melepaskannya.

" Haikal tak salah. Tak ada siapa yang salah. Kita mangsa keadaan. Nenek pun dah tak sabar nak jumpa Haikal. Nenek dah berubah. Nenek bantu ayah cari Haikal tau" kata Tan Sri Fikri sambil mengesat air matanya.

" Nenek cari Haikal" kata Haikal senyum.

" Haikal tahu, nenek bagitahu ayah, sebenarnya masa ibu mengandung, ibu mengandung kembar. Haikal ada adik tau. Adik perempuan. Tak silap ayah, namanya Hana. Hana tu nenek letak dekat rumah atok. Tapi atok meninggal. Sampai sekarang ayah tetap cari Hana. Tapi masih tak jumpa lagi" bagitahu Tan Sri Fikri

" Tak apa. Nanti kita sama-sama cari adik dengan ibu sekali" kata Haikal lagi.

" Mak cik, saya harap sangat makcik sudi ikut saya dan anak saya tinggal bersama-sama. Ini sahaja budi yang saya dapat buat sebab makcik jaga anak saya" kata Tan Sri Fikri lagi. Mak Husna ingin menolak tapi Haikal melarangnya. Tak mengapalah, demi Haikal, tak salah aku turut jua, desis Mak Husna

HanaWhere stories live. Discover now