BAB 14

1.2K 21 1
                                    

Hana sedang menilik pakaian. Melihat sahaja tanda harga, terus dia letak kembali. Hari ni, hari yang sungguh menyenangkan. Siapa yang tak suka dengan hari cuti kan? Hana ketawa sendirian. Sambil menilik pakaian lain, tanpa sedar Hana tak sengaja terlanggar seseorang. Dari penglihatan matanya, wanita ini seperti ketakutan.

" Nak, Auntie nak mintak tolong" rayu wanita itu. Hana hanya menurut sahaja tanpa tahu niat sebenar wanita itu. Bersangka baik sahajalah, desis hati Hana. Hana membawa wanita itu di restaurant. Mereka memilih kawasan yang agak tersembunyi dari pandangan orang ramai.

" Nak, Auntie nak mintak tolong. Auntie nak mintak tumpang tinggal dirumah. Dalam sebulan. Auntie akan bayar berapa sahaja" rayu wanita itu.

" Kenapa ni Auntie?" tanya Hana.

" Auntie faham, awak takkan mudah setuju untuk bagi stranger macam auntie duduk rumah awak. Tapi auntie terlampau terdesak sangat" rayu wanita itu. Kali ini, dia memegang tangan Hana seolah-olah mahu Hana yakin bahawa dia berniat baik.

" Macam nilah, Auntie panggil saya Hana sahaja. Marilah kerumah saya. Saya tinggal dengan sahabat saya, Meriam" ajak Hana. Kesian pula apabila melihat wajah wanita itu. Tidak mengapalah, aku yakin dia berniat baik, desis hati Hana.

Rumah mewah itu sungguh riuh dan bingit. Habis pasu-pasu import Puan Sri Zainab pecah. Siapa lagi yang suka pecahkan barang jika tengah mengamuk. Tan Sri Fikri sungguh marah kali ini. Mana tidaknya, Hassan beritahu yang isterinya berjaya melarikan diri apabila terserampak di bangunan lama itu.

" Apa ni Fik!" jerit Puan Sri Zainab.

" Mama, better go to your room. I'm not in mood now" perlahan suara Tan Sri Fikri apabila melihat Puan Sri Zainab.

" No, Fik tell mama, what going on?" paksa Puan Sri Zainab.

" Leya lari" ringkas jawapan dari Tan Sri Fikri.

" Fik carilah dia. Tak guna Fik nak marah-marah dalam rumah. Leya takkan balik pun" nasihat Puan Sri Zainab dengan lembut. Tan Sri Fikri sedikit terkejut apabila mamanya bersuara lembut dan tidak menghasut seperti selalu.

" Mama, apa mama cakap dengan Leya sampai Leya tinggalkan Fik?" tanya Tan Sri Fikri lagi.

" Mama tak ada cakap apa-apa dengan Leya. Mama rasa mama dah lama tak jumpa dia dalam rumah ini. Mama ada banyak masalah sekarang ni Fik. Mama nak naik atas dulu" kata Puan Sri Zainab. Dia mahu mengelak dari berbual lama dengan anaknya. Risau jika rahsia yang disimpannya pecah.

" Mama stop". Puan Sri Zainab memberhenti langkahnya apabila melihat anaknya sedang menatap wajahnya. Air liur ditelan.

" Mama. Mama tahukan, hanya Aleya sahaja nyawa Fik. Fik dah hilang anak Fik. Fik tak nak hilang isteri Fik lagi" ucap Tan Sri Fikri. Ada nada kesedihan disitu. Puan Sri Zainab diam. Dia melihat anaknya. Dia terbayang arwah bekas suaminya, Hamid. Hamid, ayah kandung Tan Sri Fikri. Puan Sri Zainab mendekati anaknya.

" Fik, mama nak mintak maaf. Mama banyak salah pada kamu" ucap Puan Sri Zainab sedikit menggigil. Tiba masa untuk dia memperjelaskan hal sebenar. Biarlah dia menghadapi kebencian dari anaknya asalkan dia bebas dari dendam yang membuatkan dia hilang kepermanusiaannya. Tan Sri Fikri terdiam dan cuba mencari maksud kata-kata dari mamanya itu.

" Banyak perkara yang kamu tak tahu. Kamu tak tahu mama ini seorang yang sangat jahat. Kamu tahu tak, ayah kandung kamu, Hamid baru sahaja meninggal dunia" sebak kata Puan Sri Zainab. Tan Sri Fikri terkejut.

" Mama kata ayah dah meninggal. Kenapa mama tipu Fik?"

" Mama benci dengan ayah kamu. Dia ceraikan mama. Dia pukul mama masa tu. Masa dia ceraikan mama, mama tengah mengandungkan kamu. Mama bawa diri ke Kuala Lumpur. Lepas je melahirkan kamu. Mama terus berkerja sebagai pelukis, seller dan sampailah mama jumpa daddy Norman. Mama menaruh dendam pada ayah kamu. Mama aniaya dia. Sampailah kamu besar, kamu cakap nak berkahwin dengan seorang perempuan. Perempuan yang kamu nak kahwin tu adalah perempuan kelab malam. Kamu tak tahu betapa sakitnya hati mama bila dapat tahu Hamid ceraikan mama kerana perempuan kelab malam" cerita Puan Sri Zainab lagi.

" Tapi Leya bukan perempuan kelab malam , Leya bukan pelacur. Leya kerja disitu sebagai cleaner. Dia ditipu oleh kawan dia. Masa tu Fik muda sangat. Hanya dengan kahwin dengan dia, Fik dapat selamatkan dia dari terus dikacau oleh lelaki durjana kelab tu" jelas Tan Sri Fikri mempertahankan isterinya. Puan Sri Zainab mengangguk. Dia tahu hal itu.

" Mama tahu. Mama Ego. Kerana dendam dengan Hamid. Mama butakan mata kebenaran itu. Mama tahu Leya perempuan baik. Maafkan mama Fik" rayu Puan Sri Zainab mengenggam tangan anaknya.

" Tak apalah mama. Fik tak kisah pun. Benda dah lepas, tak usah dikenang lagi. Lagipun Leya dah tinggalkan Fik. Dia dah putus asa dengan relationship kami" jawab Tan Sri Fikri merenggangkan sedikit badan.

" Fik, carilah Leya balik. Leya tak salah. Yang salah dalam hal ni, ialah mama" kata Puan Sri Zainab lagi.

" Apa makud mama?" pelik Tan Sri Fikri.

" Ada rahsia lagi yang mama tak beritahu kamu. Tapi hari ni, mama akan ceritakan"

HanaWhere stories live. Discover now