BAB 11

1.4K 15 1
                                    

"Hana, dah sebulan dah kita kerja sini. Alhamdulillah. Kita dah mampu menyewa rumah kita sendiri" ujar Mariam.

" Alhamdulillah. Walaupun hanya kerani biasa tapi aku bersyukur sangat. Kat bandar besar ni, aku cuma ada kau je Yam " kata Hana sambil peluk Mariam.

" Tiba-tiba aku teringat Nazril pulak kat kampung" kata Mariam tiba-tiba. Hana terpinga-pinga bila nama Nazril bermain dibibir Mariam.

"Kalau rindu dengan Nazril, call lah dia Yam oii" usik Hana. Mariam hanya ketawa sahaja.

Puan Sri Aleya memerhati pokok-pokok yang ditanam di tepi rupanya. Menghirup udara segar di pagi hari memang itu menjadi rutin harian  Puan  Sri Aleya. Hatinya menjadi sayu bila melihat bunga-bunga , dulu masa dia mengandung, dia sangat suka dengan bunga-bunga.

"Aleya" sebaris nama itu dipanggil dengan suara yang agak garau. Lamunan Aleya terhenti.

"Dulu tempat ni, aku buat untuk anak aku. Walaupun dulu kita susah, tapi aku bahagia. Sekarang, kita dah senang tapi aku tak bahagia" kata Tan Sri Fikri kejam.

"Maafkan saya bang" sebak Puan Sri Aleya. Tan Sri Fikri hanya memandang wajah isterinya kosong lalu beredar dari situ. Puan Sri Aleya teresak-esak.

Dari jauh, ada sepasang yang memerhati. Wajah turut mencuka melihat dua pasangan itu berbual di taman. Entah apalah dorang ni berbual, bisik hati Puan Sri Zainab.

"Fik , mama ada benda nak cakap" ujar Puan Sri Zainab. Tan Sri Fikri hanya mengangguk sahaja.

" Macam mana cadangan mama nak satukan Fik dengan Giena" tanya Puan Sri Zainab penuh berharap.

" Oh pasal tu, first of all, Fik tak akan setuju dengan cadangan merepek mama. Walaupun Leya dah lukakan hati Fik, Fik takkan sekali-kali untuk dua kan dia ma" tegas Tan Sri Fikri

" Tapi kamu perlukan zuriat" nada Puan Sri Zainab.

" I dont care about Zuriat. I just want my daughter back" ujar Tan Sri Fikri. Puan Sri Zainab terpempan. Bagaimana  Fikri boleh tahu anak kandungnya sendiri perempuan?

HanaWhere stories live. Discover now