Puan Sri Zainab sedang meniliti wajahnya yang sudah di mamah usia. Kedutan wajahnya sudah jelas nampak. Dia melihat dirinya di cermin . Hatinya mula terusik. Kalaulah bekas suaminya tak menceraikan dia. Pasti dia dah bahagia.
"Sebab kau Hamid, hidup aku dengan Fikri jadi seperti ini. Wang tak dapat beri aku ketenangan. Kenapa Hamid. Kenapa kau buang aku" rintih Puan Sri Zainab.
Selepas diceraikan oleh Pak Hamid. Puan Sri Zainab berkerja sebagai pembantu jualan di mall . Disitu dia berkenalan dengan arwah suaminya Tan Sri Norman. Tan Sri Norman yang sudi ambil dia dan anaknya dari jalanan. Kerana jasa orang itulah, Puan Sri Zainab menanam sifat dendam yang menebal pada orang yang suka berjudi dan Pak Hamid.
Suasana di restoran itu sungguh meriah sekali. Dengan adanya kumpulan muzik yang sentiasa mengalunkan muzik yang sedap di dengar. Hana dan Mariam sedang menunggu makanan yang dipesan.
"Kau rasa kita dapat tak kerja tu?" Tanya Hana.
"InsyaAllah dapat kut. Tapi kau kan tengok ramai tadi" ujar Mariam.
"Tawakal jelah Yam. Apa nama syarikat yang kita interview tadi?" Tanya Hana lagi.
"Fikri Mega Holding" jawab Mariam.
"Fikri Mega. Aku nak google kejap" kata Hana sambil mencari hp J2 nya.
Dia mencari dan mendapati Syarikat Koperat Fikri Mega ni merupakan satu syarikat besar yang melibatkan banyak sektor. Antaranya pelaburan, pertanian dan penternakan , pembangunan dan banyak lagi. Yang terbaru ialah Syarikat Fikri Mega baru membuat perjanjian untuk meluaskan empayar ke Indonesia.
Patutlah nak cari pekerja..
Tan Sri Fikri tekun menyemak laporan yang disediakan oleh pekerjanya. Dia menekan interkom dan mengarahkan supaya setiausa barunya itu masuk ke ruangan pejabatnya.
"Apa aktiviti saya pagi ni?" tanya Tan Sri Fikri.
"Untuk pagi ni tiada . Pada pukul 1 petang Tan Sri ada lunch dengan CEO VVX Holding atas urusan perlaburan di Dubai pukul 4 pula, ada meeting dengan semua ahli lembaga pengarah Fikri Mega. Dan malam , Tan Sri ada perjumpaan dengan Encik Faris" Linda membaca jadual yang telah di catit.
"Faris?" Tanya Tan Sri Fikri sambil buat muka pelik. Tidak pernah lagi dia mendengar atau mengenal dengan orang yang bernama Faris.
" Untuk apa ye si Faris tu ?" Tanya Tan Sri Fikri lagi.
"Saya tak pasti Tan Sri . Sebab Encik Faris kata dia nak jumpa Tan Sri atas alasan yang sangat penting" jawab Linda lagi. Tan Sri Fikri hanya mampu diam dan berfikir mengenai Faris. Linda yang melihat majikannya diam, terus meminta izin untuk keluar dari pejabat.
YOU ARE READING
Hana
RomanceNur Hana , gadis desa yang hidup bersama dengan datuknya, Pak Hamid. Walaupun kehidupan mereka sangat susah tapi mereka bahagia dan cukup bersyukur dengan kehidupan mereka. Pak Hamid berjanji akan melindungi cucunya sehingga akhir nafasnya. Pak Ham...