Bab 7

2.6K 23 0
                                    

Bunyi lonceng berbunyi keras menandakan waktu rehat. Pukul 11 nanti, keputusan SPM akan keluar. Hana hanya mampu berdoa dan tawakal kepada Allah. Dia sudah berusaha, hanya Allah yang menentukan.

"Hai Hana, lama tak nampak awak Hana" sapa Nazril.

"Eh Naz, apa khabar Naz? Awak buat apa sekarang ni?"tanya Hana ramah.

"Saya buat Sijil Seni Bina dekat Kolej Komuniti sambil tu saya tengah apply nak mohon degree" jawab Nazril dengan penuh senyuman.

"Oh yeke. Kira sekarang awak tunggu Nadia ambil result ye" cakap Hana.

"Ye saya. Hana sekarang macam mana? Pak Hamid macam mana ? Sihat?"tanya Nazril.

"Atuk sihat. Kadang-kadang je dia lelah sikit. Biasalah dah tua. Kenapa awak ambil Sijil . Tak terus ke Degree" tanya Hana kembali.

"Habis je STPM, rezeki tak memihak pada saya. Saya harap lepas ni ada rezekilah" jawab Nazril tenang. Hana hanya diam sahaja. Meriam melambai-lambai memanggil Hana untuk masuk ke dalam dewan. Jantung Hana sudah mula berdegup laji.

Apabila habis sahaja ucapan pengetua, guru penolong kanan membacakan nama pelajar serta memberi slip peperiksaan kepada semua bekas pelajar .

Sudah tiba giliran Hana, Hana peroleh 9A+. Hana bersyukur. Akhirnya, keputusan itu pasti akan buat Pak Hamid bahagia.

"Atuk oh Atuk !"panggil Hana. Melilau mata Hana mencari Pak Hamid. Dari ke bilik hingga ke ruang tamu di cari Pak Hamid. Tiba-tiba...

Puan Aleya termenung di tepi kolam . Tangannya leka memberi makanan kepada ikan-ikan. Setiap kali memberi ikan makan, setiap kali itu jugak hatinya keluh kesah. Sampai bila aku harus bertahan, luah hati Puan Aleya.

"Aleya, kau buat apa termenung kat sini. Kau tengah fikir cara macam mana nak buat anak aku derita lagi?" Sinis sungguh kata Puan Sri Zainab.

"Puan Sri, saya bukan orang berdendam. Saya juga bukan orang yang suka menjadi batu api. Cukuplah Puan Sri, saya dah cukup rasa terseksa sekarang ini" luah Puan Aleya berani.

"Dah pandai melawan rupanya. Tak padan dengan pembunuh. Hei Aleya, sepatutnya kau patut bersyukur yang anak aku tak buat laporan polis pasal kau. Ikutkan hati aku ni, dah lama aku tendang kepala kau tapi aku kenangkan anak aku je . Kalau tak , mati kau. Dan satu lagi, aku nak satukan anak aku dengan Giena. Anak Datin Rogayah. Kau nak atau tak nak, kau benarkan anak aku kahwin lagi satu" kata Puan Sri Zainab dengan nada yang cukup menyakitkan hati.

"Saya redha Puan Sri" kata Puan Aleya sambil meninggalkan kawasan itu. Puan Sri Zainab hanya tersenyum kepuasan.

Tan Sri Fikri yang melihat isterinya itu berasa pelik. Kenapa sunggul sungguh muka isterinya.

"Kenapa kau ni Aleya?"tanya Tan Sri Fikri.

"Puan Sri cakap dia dah calonkan awak dengan anak kawan dia" ujar Puan Aleya.

"Awak ada masalah ke kalau saya kahwin lain?" Duga Tan Sri Fikri.

"Awak, hampir 18 tahun awak dingin dengan saya. Hampir 18 tahun awak palitkan derita pada saya. Jika awak nak kahwin lain, saya benarkan tapi saya merayu dan memohon tolong lepaskan saya" rayu Puan Aleya bersungguh-sungguh.

Tan Sri Fikri mula mengamuk. Terasa kejantanan dia mula dicabar oleh isterinya itu.

"Aleya, kau dah lupa agaknya aku kutip kau dari mana. Kau lupa, aku beli kau dengam tokey bapak ayam. Kau dah lupa yang kau sanggup jadi hamba aku kalau aku kahwin dengan kau. Dari seorang pelacur macam kau, aku tingkatkan martabat kau dengan gelaran Puan Sri. Dan hari ni, aku tak sangka pulak perkataan "lepaskan" dari mulut seorang bekas pela..." belum sempat Tan Sri Fikri menghabiskan perkataan. Puan Aleya terus menampar mulutnya itu. Menggigil Puan Aleya menahan marah. Tan Sri Fikri terkesima.

HanaWhere stories live. Discover now