" When The Moonlight Comes, You and I Become ONE. "
" Megat sukakan kamu. Kamu suka dia? "
AKU menggeleng perlahan. Cuba mengusir soalan yang terngiang- ngiang di telinga sejak kelmarin.
Ada ke patut ayah kepada Megat soalnya begitu?
Seketika aku tersenyum. Megat sukakan kamu.
Mega betul- betul suka aku ke?
Tidak tahu mengapa, tapi hatiku sedikit tercuit dengan rasa gembira. Yelah, tak pernah- pernah ada yang suka. Tiba- tiba sekarang ada. Megat pada mataku sempurna serba- serbi. Lelaki itu baik, kacak dan menghormati ibu bapa. Aku seperti tertarik dengannya. Lebih- lebih lagi setelah mendengar suara Megat melaungkan azan ketika mereka solat berjemaah semalam.
Merdu, simfoni halwa telinga yang sedap didengar.
"Manisnya senyum tu. Ada apa- apa ya?" Tegur bonda dari belakang. Aku menoleh, senyuman tipis aku tayangkan.
"Tak ada apa bonda, cuma teringatkan rumah sendiri. Dah hampir dua hari Mel kat sini. Megat pun dah balik. Kalau Mel minta tolong Megat hantarkan Mel balik boleh bonda?"
Riak wajah bonda berubah yang tadi tersenyum berubah. Tangan kananku dicapai dan dipegang erat oleh bonda.
"Anak tak suka tinggal di sini?"
Aku terus menggeleng. "Bukan macam tu bonda. Mel kena balik rumah. Esok kan hari sekolah?"
"Bonda suka ada Mel di sini. Rumah ini selalu sunyi. Kalau ada Mel, Mel bolehlah temankan bonda."
" Tak apa bonda. Mel balik dulu, nanti cuti Mel datang lagi ya?"
***
" Melissa Puteri, " sapa Megat ketika aku duduk sendirian di pangkin untuk menghirup udara segar. Nyaman sekali dengan pemandangan hijau indah di hadapan menjadi santapan mata.
"Hai Megat!"
Megat mengambil tempat untuk duduk di sebelahku.
"Bonda ada beritahu yang awak nak balik?"
Aku mengangguk. "Ini bukan rumah saya, Megat. Tak manis orang tahu saya tinggal kat sini. Lagipun esok saya ada kelas."
"Boleh awak hantarkan saya balik?" Tanyaku apabila Megat hanya diam tanpa membalas.
"Megat?"
Tiba- tiba Megat menoleh untuk memandangku dengan riak wajah serius yang membuatkan aku bingung. Kenapa tiba- tiba dia nak marah?
"Kita tak perlu kisah pandangan orang lain di sini."
"Tapi-"
"Ini juga rumah awak, Mel. Awak boleh tinggal selama-lamanya di sini. Tiada siapa yang boleh halang kalau itu kemahuan awak."
Jantungku berdegup laju. Terpana dengan kata- kata Megat. Tapi aku tahu, tempat aku bukan di sini. Aku harus juga pulang.
"Megat, saya faham niat awak tapi kita bukan mahram. Ini bukan rumah saya. Saya kena juga balik, Megat."
Kini mata Megat merenungku tajam. "Itu alasan awak?"
Hilang senyumanku. Apa?
"Kalau itu alasan awak, malam ni juga kita kahwin." Megat sudah teringat akan kata- kata ayahandanya yang memberitahu Mel tidak boleh keluar dari perkampungan ini jika dia menikahi gadis itu. Wajah Megat berubah ceria kerana dia telah menemui solusi yang baik. Dia tak mahu menghantar Melissa pulang. Dia mahu gadis itu kekal di sini bersamanya.
"Megat!" Aku terjerit kecil. Agak tidak senang dengan Megat yang selamba berbicara soal kahwin.
"Awak ingat perkara kahwin ni main-main?"
"...."
"Saya kecewa dengan awak, Megat."
Megat Danial kelihatan sudah serba tak kena.
"Bukan macam tu, Mel-"
"Hantarkan saya pulang."
Megat Danial meraup mukanya. Dia memandang wajahku dengan riak wajah yang meminta belas kasihan.
"Awak tak kesian tengok bonda? Dia suka sangat awak ada kat sini."
"Megat, saya cuma-"
"Awak belum jalan- jalan lagi kat sini. Jom?"
Tak sampai hati, akhirnya aku mengangguk. Langkah Megat Danial yang berjalan perlahan mengelilingi kampung aku turuti.
Suasana kampung yang damai. Tak banyak kedai, cuma satu kedai runcit di hujung kampung, dan satu kedai makan yang berdekatan dengan laluan masuk.
"Sini tak ada pasar ke Megat? Oh, orang sini memang ke bandar lah ya kalau nak membeli barang mentah?" Soalku sambil melilaukan mata memerhati sekeliling. Tapi apa yang membuatku hairan, kenapa orang kampung memandang pelik?
Megat Danial menggelengkan kepalanya. "Kebanyakan orang di sini bercucuk tanam sendiri. Orang juga rajin menjaring ikan sendiri."
"Oh..." Aku diam sejenak. Nak tanya ke tak nak?
"Tapi kan, Megat... "
"Hmm?"
"Kenapa orang kampung awak ni pandang saya pelik je? Macam tak pernah nampak orang pula.."
YOU ARE READING
MELISSA : TWO WORLDS
ParanormalSTATUS : COMPLETED✔️ "Awak ni siapa?" ~ MELISSA PUTERI "Seseorang yang amat meminatimu, gadisku." ~ MEGAT DANIAL "Itu semua fantasi awak je, Melissa. Mana ada senior nama Megat dekat sekolah ni?" ~ ARIF AZIZUN "Ikut saya, Melissa. Tempat awak di sis...