" When The Moonlight Comes, You and I Become ONE. "
Dania tergesa- gesa masuk ke dalam rumah. Pintu rumah dikunci rapat.
Dirinya diselubungi rasa takut. Masih terngiang- ngiang suara yang menyuruhnya menyerahkan semula rantai tangan itu kepada Melissa.
Langkah dibawa ke biliknya di tingkat atas. Sebaik sahaja dia menutup pintu bilik. Bulu romanya meremang. Seram sejuk dirasakannya. Pergelangan tangannya pula semakin memerah. Luka- luka semakin teruk serta bernanah. Amanda meringis sakit.
Aghhhh!
Tiba- tiba dirinya dihempas kuat ke pintu bilik.
Dia tidak dapat bergerak. Tubuhnya seakan terpaku pada pintu itu. Dania membuka matanya. Terpacul sosok tubuh seorang lelaki tetapi tidak dapat dilihat mukanya. Biliknya tadi yang terang- benderang terus menjadi gelap- gelita. Mustahil daddynya tidak membayar bil elektrik.
Sosok tubuh lelaki itu semakin mendekat. Dania menangis kuat. Dia cuba menggerakkan tubuhnya namun tidak boleh.
Dia sungguh takut..
" ahakkkk! Aakkk " Dania terjerit namun suaranya tersekat di kerongkong. Tangan lelaki tiu mengcengkam kuat lehernya. Dania dicekik! Suara rintihannya bergema di dalam bilik.
" Ini balasan untuk manusia tak guna seperti engkau! " Suara itu keras dan nyaring.
Automatik Dania terkencing di dalam skirt yang dipakainya. Dia sungguh takut! Hendak membuka mata pun dia tidak mampu!
" Pulangkan rantai tangan itu kepada pemiliknya! Kau tidak layak! Manusia durjana!!! " Suara itu menengking kuat berserta angin yang tiba- tiba bertiup kuat. Habis jatuh barang- barang yang berada di atas almari solek. Frame gambar pada dinding bilik juga jatuh berderai.
Semakin kuat raungan Dania. Namun raungan itu ibarat tidak didengari oleh penghuni rumah yang lain.
Dania sangat menyesal. Dia menyesal kerana mengusik Melissa. Dia menyesal kerana mengambil hak perempuan itu. Sungguh dia menyesal!
Pergelangan tangannya sungguh sakit ibarat dibakar di atas api. Nanah itu tiba- tiba meletup dan memancut ke mukanya.
" Pulangkan rantai tangan itu! Jangan ganggu dia lagi!!!! " Suara itu menjerkah lagi. Berdesing di pendengaran Dania. Dania tersedu- sedu.
Tidak lama kemudian angin yang bertiup kencang itu sudah berhenti. Dania membuka matanya perlahan- lahan apabila merasakan tiada lagi tangan yang mencengkam lehernya. Dirinya cuba digerakkan dan berjaya.
Dania mengetap bibir. Dirinya teresak- esak menangis. Melihatkan keadaan biliknya yang seperti dilanda ribut taufan dan pergelangan tangannya yang luka teruk menjadikan Dania sedar. Dia silap bermain dengan api.
Melissa Puteri bukan perempuan sembarangan.
Dia akan pulangkan rantai tangan itu esok.
***
Dania menunggu ketibaan Mira di pintu pagar sekolah. Sebaik sahaja kenderaan Mira tiba, dia terus mendapatkan rakan baiknya itu.
" Mira, kau kena tolong aku pulangkan rantai tangan ni kat Melissa. " Ujar Dania tegas.
Mira mengetap bibir. Matanya memandang tajam Dania yang seperti orang terdesak di hadapannya.
Mira menolak kasar bahu Dania. " Ni semua salah kau lah Dania! Aku dah cakap awal- awal kita tak payah ambil barang Melissa tu! Kau degil! Sekarang ni Amanda dah masuk hospital, mak dia dah tak bagi aku kawan dengan Amanda tau tak?! Bodoh!" Suara Mira naik seoktaf. Dirinya marah. Seharian dia berasa takut! Semua angkara Dania!
Dania meraup wajahnya kasar. " Eh Mira. Kau nak menjerit ke apa dah tak guna lah sial. Kau dah pun terlibat dalam hal ni! " Terus tangan Mira ditarik mendekati Melissa yang baru tiba di sekolah.
Melissa yang sedang berjalan perlahan menghentikan langkahnya. Figura dua orang perempuan di hadapannya dipandang tanpa perasaan.
" Err Melissa. Aku minta maaf pasal aku buli kau. " Ujar Mira perlahan. Dirinya menyenggol tangan Dania yang kaku disebelahnya.
Dania yang tersedar terus membuka rantai tangan itu dengan laju. Terus dihulurkan rantai tangan itu kepada Melissa.
Melissa yang melihat huluran itu hanya diam.
Dania menggigit bibir. " Ak- aku minta maaf sebab buli kau. Aku nak pu- pulangkan semula rantai tangan ni. Ambillah. " Mira hanya memandang sepi. Dia berharap agar Melissa menerima permohonan maaf mereka.
Melissa menghela nafas perlahan. Senyuman nipis dihadiahkan walaupun terpaksa. Orang dah minta maaf kan? Takkan nak tolak?
Huluran Dania diambil. " Okay. " Ucap Melissa sepatah namun berjaya membuatkan Dania dan Mira tersenyum lebar.
Melissa terus mengorak langkah meninggalkan Dania dan Mira. Dia membawa diri ke tempat yang selalu menjadi destinasi perjumpaan dia dan Megat Danial.
Terlihat figura lelaki itu tersenyum lebar ke arahnya.
Melissa tersenyum juga. Dia melabuhkan punggung berhadapan dengan lelaki itu.
" Awak! Saya dah dapat rantai tangan daya balik! Tengok ni! " Tunjuk Melissa kepada Megat Danial dengan ceria.
Megat Danial tersenyum manis. Gembira dia melihat senyuman di bibir gadis pujaannya.
" Ya sayang, saya tahu. Saya gembira untuk awak. " Ucap Danial lembut. Tangannya naik mengusap kepala Melissa yang bertudung. Melissa hanya tersengih. Entah kenapa Melissa tidak dapat menolak sentuhan daripada lelaki itu. Sudah acap kali dia mengingatkan dirinya dan lelaki itu bukan mahram. Berdosa besar.
Namun masih sahaja dia tidak mampu menolak.
" Mel sayang.. " Seru Megat Danial lembut. Lelaki itu memandang tunak mata gadis pujaannya.
" Saya sayangkan awak... " Sambung Megat Danial. Bibirnya naik mengucup dahi Melissa.
" Melissa Puteri! " Jerit seseorang.
Megat Danial mendengus kasar. Pengacau!
Melissa bagaikan tersedar. Terus dia menoleh. Arif Azizun berlari- lari ke arahnya. Melissa menoleh semula ke hadapan untuk mencari Megat Danial namun tiada.
Hairan Melissa dibuatnya. Mana Danial?
" Melissa awak buat apa sorang- sorang kat sini? " Soal Arif .
Melissa berkerut dahi. " Mana ada saya seorang diri kat sini, Arif. Saya berbual dengan Megat Danial tadi. "
Arif tergelak kecil. " Megat Danial mana ni? Saya tak kenal pun? "
" Ada lah.. dia senior sini. " Balas Melissa namun hanya disambut dengan gelengan oleh Arif.
Arif yang berasa tidak sedap hati terus mengajak Melissa itu masuk ke dalam kelas.
Dia akan siasat siapa Megat Danial nanti.
❤
Jangan lupa vote and comment! Muah!
YOU ARE READING
MELISSA : TWO WORLDS
خارق للطبيعةSTATUS : COMPLETED✔️ "Awak ni siapa?" ~ MELISSA PUTERI "Seseorang yang amat meminatimu, gadisku." ~ MEGAT DANIAL "Itu semua fantasi awak je, Melissa. Mana ada senior nama Megat dekat sekolah ni?" ~ ARIF AZIZUN "Ikut saya, Melissa. Tempat awak di sis...