SATU;

1K 69 3
                                    

"When The Moonlight Comes, You and I become ONE."

Aku melajukan larian. Setelah hampir 10 minit aku berlari, akhirnya aku tiba di sebuah bangunan apartment milikku. Apartment ini pun, sekolah yang tawarkan. Semua pakaianku, sekolah yang bayarkan. Entah mengapa, hatiku dirundum rasa pilu. Aku dapat semua kemewahan ini tetapi perasaanku tidak tenteram.

Apa kau ingat perasaan menjadi seorang mangsa buli itu bahagia?

Tidak. Apa yang aku rasa cuma terluka. Setiap hari aku dijadikan sasaran kerana aku satu- satunya pelajar berstatus miskin di sekolah itu. Bukan inginku untuk mendapat nasib sebegini rupa.

Langkah aku bawa untuk memasuki lif. Button berangka lima di dinding lif aku tekan perlahan.

Beep beep.
'I message from Ayuni Mayuri'. Aku menekan ikon aplikasi whatsapp untuk membaca pesanan itu. Aku tersenyum kecil. Pantas sahaja jari aku menaip semula.

Ayuni Mayuri

Assalamualaikum Mel. Kau dah sampai kat rumah ke? Sorry tak dapat teman kau kemas stor. Driver papa aku dah sampai tadi.

Waalaikumussalam. Aku baru je sampai rumah. Its okay. Aku faham. Okaylah Ayuni, aku kena pergi ni. Jumpa esok.

Aku membancuh teh selepas selesai mandi. Bathrobe masih tersarung di tubuhku. Ah, rasa malas pula hendak berbaju. Aku tersengih kecil. Membayangkan jika Ayuni tinggal bersamanya, pasti gadis itu akan terjerit kecil dan mendesaknya untuk memakai baju.

Jam Mickey Mouse di dinding  aku kerling sekilas. Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Nasib sahaja Melissa sempat untuk menunaikan solat maghrib tadi.

"Melissa..." Melissa menoleh. Dia seperti mendengar ada suara yang memanggilnya. Tiada orang. Dahi Melissa berkerut sedikit. Dia menjenguk ke balkoni.

'Eh bukan ke aku dah tutup sliding door ni tadi?' Monolog Melissa di dalam hati.

Dia mendekati sliding door dengan secawan teh di tangan. Entah di mana silapnya, cawan teh tersebut terlepas daripada genggamannya.

Prakk! Cawan itu berkecai di atas lantai. Dia memerhati kaca yang bertaburan di atas lantai sebelum mengorak langkah ke dapur untuk mendapatkan penyapu.

Tidak lama kemudian Melissa kembali ke balkoni untuk menyapu kaca yang pecah tadi.

Mata Melissa terbuntang luas. Mulutnya terlopong kemudian tangannya naik terketar-ketar menutup mulutnya yang terbuka luas. Kaca tersebut tiada.

TIADA.

Melissa meliarkan mata ke sekitar ruangan balkoni. Takut jika sebenarnya kaca itu bertaburan di tempat yang lain. Namun hasilnya tetap tiada.

"Astagfirullahalazim.." Melissa mengucap perlahan. Pantas dia menutup pintu balkoni kemudian berlari masuk ke dalam. Langkahnya dibawa ke dapur untuk meletakkan kembali penyapu dan pengaut sampah yang diambil tadi.

Matanya meneliti segenap ruangan dapur. Dia masih tertanya- tanya bagaimana kaca itu sudah tiada. Sungguh, tidak pernah kejadian aneh seperti itu berlaku selama dia menetap di apartment yang ditaja pihak sekolah ini.

Apakah ada entiti mistik di rumahnya sekarang ini? Patutkah dia memanggil ustaz untuk meninjau?

Ah! Mengarut!

'Kita hanya perlu takut dengan Allah.' Itu kata- kata yang menguatkan semangatnya ketika ini.

Melissa membuang terus tisu yang digunakan untuk mengelap peluh yang merenik di dahinya tadi ke dalam tong sampah. Seketika matanya terpaku.

Dia mendekati tong sampah tersebut, was- was jika matanya tersalah pandang.

Melissa terkejut. Automatik kakinya melangkah dua tapak ke belakang. Kelihatan serpihan cawan kaca yang pecah tadi di dalam tong sampah tersebut.

"Allahuakbar!" Melissa terus memecut ke dalam bilik tidurnya. Ayat kursi, surah Al- Fatihah dan 3 Qul dibaca bersama doa tidur. Dia menyelubung di dalam selimut.

Sungguh, hatinya berdebar- debar. Dia mahu keluar dari apartment tersebut, tetapi ke mana yang mahu dia tuju? Dia tiada tempat lain. Hakikat itu membuatkan Melissa cuba kentalkan hati.

Mungkin ini salah satu ujian dari Allah kepadanya.

***

Aku memerhatikan sosok tubuh gadis kecilku, Melissa yang enak beradu di dalam kamar.

Gadis itu sungguh memukau. Aku tahu, gadis itu sedikit terkesan dengan kaca yang tiba- tiba hilang itu.

Ya, aku yang membuangnya. Masakan aku mahu jari- jemari gadis kesayanganku itu terluka kerana serpihan kaca yang tajam?

Tidak. Aku tidak akan membiarkan sesiapa atau apa sahaja yang mahu melukakan gadisku.

Dia milikku.

💋

MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now