TUJUH BELAS;

212 21 0
                                    

" When The Moonlight Comes, You and I Become ONE. "


AIR sungai yang mengalir jernih aku tatap dengan senyuman. Seliparku ditanggalkan dan diletakkan di tepi punggung berlabuh tempat. Kemudian, aku mencelup sedikit hujung jari kaki ke dalam air sungai.

"Sejuk!" Ucapku teruja lalu memasukkan terus kaki untuk berendam dalam air dingin semula jadi itu.

Dalam kesepian itu, fikiranku teringat kembali akan mimpi aneh semalam. Siapa nenek tu?

"Melissa," panggil Megat Danial. Lelaki tampan itu turut duduk di sebelah gadis yang dia puja.

"Hm?" Aku menoleh ke tepi. "Kenapa?"

"Awak suka tak duduk sini?"

"Tempat ni cantik," balasku bersama senyuman tipis.

Melihatkan respon positif daripada aku, si dia turut tersenyum lebar.

"Awak boleh tinggal sini selama mana yang awak nak. " Ucap Megat lagi.

Aku hanya diam tidak membalas. Aku tahu dan aku sedar Megat suka aku tinggal di sini. Dia berat hati hendak melepaskan aku pulang. Iyalah, dia mesti risau tentang kes buli itu lagi.

"Megat, awak tahu kan saya perlu balik? Nanti bila- bila kan saya boleh datang lagi.."

"Tak Mel.. sekali awak keluar.. awak takkan boleh masuk kembali.." ujar Megat perlahan.

"Apa Megat? Sorry saya tak dengar,"

Megat Danial menggeleng. Lebih baik jika Melissa tak tahu apa-apa.

"Apa kata awak tinggal sini? Saya boleh jaga awak," pujuk Megat Danial lagi.

Aku menghela nafas berat. "Megat, kalau awak risaukan saya kena buli tu, you can let your guard down now. Saya janji takkan biarkan diri saya kena buli lagi ya?"

"Melissa, awak tak faham.."

Aku mengetap bibir. Apa lagi yang aku tak faham? Semakin hari, semakin aneh perlakuan orang disekelilingku. Makin aneh suasana dan perkara yang terjadi.

Seperti...

Memberi amaran...

Yang aku sendiri tidak pasti.

"Melissa, saya sayangkan awak," luah Megat Danial secara tiba- tiba.

Kaki aku yang tadinya asyik bermain air terus terhenti. Aku menoleh memandang wajah Megat Danial, mencari sekelumit riak gurauan tetapi yang aku temui hanya wajah yang serius bersama mata yang ikhlas.

"Mel sayang, awak teman saya di sini ya? Awak tak perlu balik. Di sini tak ada sesiapa akan ganggu awak. Saya akan jaga awak sampai bila-bila."

Jemariku diambil dan diusap oleh tangan kekar milik Megat Danial. Mataku membulat. Tak- aku memang suka Megat tapi.. aku tak pernah berfikir jauh begitu.

Apabila aku hanya diam, Megat bertambah cemas.

"Mel, awak sayang saya juga kan? Saya takkan tinggalkan awak, awak pun takkan tinggalkan saya kan?"

Tanganku menyapa sesuatu yang lembut dan sedikit lembap. Aku hanya terpaku apabila Megat Danial mencium jemariku. Seperti tidak mampu bergerak, sarafku seperti mati dan otot sendiku berasa lemah.

Kenapa... Kenapa dengan aku ni?

Megat Danial tiba- tiba tersenyum lebar. Namun senyuman itu tidak bertahan lama.

"Megat Danial!" Jeritan lantang seseorang membuatkan bahuku terhincut. Automatik aku tersedar dan menarik kasar tanganku daripada genggaman Megat. Aku terus menoleh kebelakang, ternyata wajah ayahanda Megat menyapa pandanganku. Wajah lelaki separuh abad itu membengis, matanya mencerut tajam. Di belakangnya, terdapat bonda dengan wajah yang risau.

Melihatkan suasana tegang, bonda terus pergi ke arahku dan menarik tanganku untuk bangun.

"Mari masuk ke dalam, bonda sudah sediakan minum petang," pelawa bonda. Aku hanya mengangguk dan kami berdua masuk ke dalam anjung rumah yang terdapat kerusi rehat petang.

Sejurus sahaja Melissa pergi, suasana di antara bapa dan anak itu bertambah tegang. Megat Danial menepuk kasar bangku kayu yang tadi dia duduki bersama gadis kesayangannya lalu bangun berdiri menghadap ayahanda.

"Aku mahu kau hantar gadis itu pulang hari ini juga." Bicara ayahanda dengan tegas. Dia fikir Megat Danial akan berlembut dan mahu mendengar arahanya, tapi ternyata dia silap.

"Dia tak perlu balik." Jawab Megat perlahan dengan suara kasar yang cuba dikawal.

"Megat Danial!"

"Megat tak mahu dia balik! Dia milik Megat!"

Ayahanda menghela nafas kasar. Jarak dia dan anaknya itu dirapatkan. Suaranya seakan berbisik.

"Kau ingat aku tak nampak apa yang kau buat tadi?" Tanya ayahanda dengan nada keras.

"..."

"Aku nampak kau cuma gunakan mantera kasih masa kau pegang tangan budak tu tadi."

Dia menyerkap jarang. Namun, melihatkan anaknya yang diam tidak bersuara dan membela diri sendiri, rupanya telahanya itu benar belaka.

"Kau sudah gila, Megat! Kau sendiri tahu apa akibat yang bakal menimpa budak itu jika dia tak keluar dari sini dengan segera. Tak cukup dengan masalah itu, kau tambah lagi dengan memakai mantera kasih!" Lantang Megat Aris bersuara. Dahi tuanya berkerut dalam.

"Megat cintakan dia!"

"Cinta itu ada batasan. Kalau inilah yang kau maksudkan, ini bukan cinta! Ini obesesi!"

Megat Danial tersentak. Namun seperti telah nekad, dia menjawab tenang.

"Megat rela hanyut dalam obsesi ni sampai bila-bila."

Tanpa mereka berdua sedari...
Ada sepasang mata yang memerhati.

MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now