PROLOG;

1.6K 75 1
                                    

"When The Moonlight Comes, Then You and I become ONE."

AKU menoleh ke belakang. Terasa seperti ada yang memerhatikan diriku tetapi tiada bayangan sesiapa pun di kawasan ini sekarang.

Aku melajukan langkah. Sungguh, aku berasa amat seram. Sampai tegak bulu roma aku ni ha! Kawasan padang sekolah aku lihat kembali. Tiada apa yang mencurigakan.

Jam jenama BONIA di tangan aku kerling sekilas. Tepat pukul 7 malam. Ya, hanya aku sendirian di sekolah. Hari ini, berlangsung aktiviti sukan sekolah. Aku perlu mengemas kembali semua peralatan yang digunakan untuk acara sukan tadi.

Aku?

Nama aku Melissa Puteri. Aku tidak mempunyai ibu bapa, terus terang aku katakan, aku seorang yang miskin. Ibu bapa aku mati dibunuh kerana dendam dan sehingga sekarang pembunuh mereka tidak diberkas oleh pihak polis.

Melisaa tersengih sinis. Dunia, dunia. Sudah pasti pembunuh itu menyuap duit ke segelintir pihak berkuasa yang tidak bertanggungjawab. Jika tidak, masakan siasatan itu tiba- tiba sahaja dihentikan?

Penipu.

Aku mangsa buli. Disebabkan aku yang hidup sebatang kara dan miskin, aku dijadikan bahan ejekan pelajar- pelajar kaya di sekolah elit ini. Huh, aku dapat belajar di sini pun atas tawaran biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang seperti aku. Nerd students, i guess.

Mulanya aku memang menolak, tetapi setelah didesak oleh pengetua sekolah lamaku, aku menerima tawaran tersebut. Lagipula, rumah dan duit belanja juga disediakan. Aku tiada alasan untuk tidak menerimanya dan menjadi pelajar di sekolah ini.

"Melissa?" Tegur seseorang.

Aku menoleh ke belakang. Terdapat satu susuk tubuh lelaki di balik dinding stor sukan. Aku mengerutkan dahi. Siapa tu?

"Melissa Puteri." Kini nama panjangnya pula diseru. Melissa cuba memberanikan diri untuk bersuara.

"Awak ni siapa?" Soal Melissa perlahan. Matanya cuba dikecilkan untuk melihat dengan jelas susuk tubuh yang kelihatan samar- samar itu.

"Your admire, my princess." Jawab lelaki itu kemudian diiringi dengan gelak ketawa di hujung ayatnya.

Melissa berundur setapak ke belakang. Mukanya tergambar riak cemas dan takut. Macam- macam persoalan bermain- main di minda Melissa. Tapi dihadam untuk dirinya sahaja. Apa yang dia mahu sekarang ini ialah pulang ke rumah. Pergi dari situ dengan kadar segera.

"Hati- hati bila pulang ke rumah, sayang. Saya sentiasa bersama awak. Seru namaku, Megat Danial. Dan pasti aku akan datang menemani kau, puteriku."

Itu kata- kata terakhir sebelum tiba- tiba susuk tubuh lelaki itu hilang ibarat dibawa angin lalu.

💋


MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now