LAPAN;

684 59 0
                                    

" When The Moonlight Comes, You and I Become ONE. "

Mira melepak di rumah Amanda terlebih dahulu sementara waktu temu janji mereka berdua dengan Dania di Sunway Pyramid.

Sengaja dia duduk di rumah Amanda buat sementara waktu memandangkan ibu bapanya dan Amanda masing-  masing sibuk bekerja untuk menyara mereka.

" Weh Amanda. Kau tak rasa kesian ke dengan budak miskin tu tadi? " Soal Mira sambil mengunyah gula- gula getah Doublemint yang dicurinya daripada pelajar tingkatan 1.

Amanda menjungkitkan kening kirinya. " Asal? Kau dah kesian pula dengan budak tu? Taubat dah? " Amanda tertawa perlahan.

Dahi Mira berkerut. Dia tak ada cakap pun nak kawan dengan Melissa!

" Hello aku tak ada cakap pun nak kawan dengan dia. Please lah. Cuma aku kesian je tengok budak tu kena belasah teruk dengan Dania. " Ujar Mira keras.

Amanda sekadar memandang tanpa membalas apa- apa. Malas mahu memanjangkan cerita tentang Melissa. Bikin rosak moodnya sahaja.

" Ni bibik aku dah siapkan maggi goreng basah yang kau nak tu kat bawah. Turunlah makan. Aku nak mandi jap. " Kata Amanda kemudian terus meninggalkan Mira sendirian.

Mira mengeluh kasar. Segera dia membawa langkah untuk turun ke bawah. Meja makan dituju. Memang sudah terhidang sepinggan maggi goreng basah dan jus oren yang diminta tadi.

Mira melabuhkan punggung di atas kerusi. Tangannya laju menyuap mi ke dalam mulut seiring dengan dirinya yang laju mengunyah makanan itu. Kanji di dalam mi dibantu oleh enzim amilase untuk dicernakan semasa berada di dalam mulut kemudian bertukar bentuk menjadi bolus untuk melalui esofagus yang menjalankan proses peristalsis agar masuk ke dalam perut.

Tapp! Tapp! Tapp!

Mira menoleh melihat sekelilingnya. Dia seperti terdengar bunyi seseorang  yang sedang berjalan menghampirinya.

' Tak ada orang pun? ' Desis hati Mira.
Dia cuba memanggil Amanda dan bibik pula. " Amanda? Kau ke tu? Amanda? " Jeda. " Bibik? Bibik? " Panggilan Mira terbiar sepi.

' Mungkin perasaan aku je. ' Fikir Mira. Mira ingin meneruskan suapan namun tindakannya mati.

Tiba- tiba mi yang dimakannya mengandungi ulat yang bermaharaja lela di dalam pinggan tersebut. Matanya terbuntang luas.

Mira cemas. Dia terus berlari ke singki di dapur untuk memuntahkan semula apa yang ditelannya tadi. Dia mual! Geli! Loya!

***

" Seratus persen cintaku...  hei hei hei hanya untukmu... seratus persen cintaku.... hei hei hei rela untukmu.. " Amanda lantang menyanyi lagu Cintaku 100% oleh Mas Idayu ketika dia sedang mandi di bilik air.

Prakk! Tiba- tiba botol syampu rambut yang terletak elok di sinki terjatuh ke bawah. Amanda diam. Dirinya segera membalut tubuhnya dengan bathrobe usai sahaja mandi kemudian menunduk untuk mengambil syampu yang terjatuh tadi.

Amanda pelik. Tiada angin tiada ribut. Bagaimana syampu boleh terjatuh? Jika kerana licin, pasti sahaja semua sabun mandiannya juga terjatuh ke lantai namun dalam kes ini hanya syampu sahaja yang terjatuh.

Malas mahu berfikir panjang, Amanda terus meletakkan kembali syampu itu ke tempatnya tadi. Namun saat ini tubuhnya terkaku.

Matanya membuntang membaca tulisan berdarah di cermin yang berada betul- betul di atas singki.

Amanda terkumat- kamit membaca tulisan itu.

" Pulangkan rantai tangan itu kepada tuannya! Kau tidak layak! Berhenti mengganggu gadis milikku! "

Dada Amanda berombak laju. Bulu romanya menegak. Dia mahu segera keluar daripada bilik mandi yang dirasakan berpuaka itu. Amanda teresak- esak menangis. Dia takut!

Tanpa dia sedar, dirinya tersilap langkah dan akhirnya jatuh tergelincir kerana berlari di lantai bilik mandi yang licin.

" Arghhhhhhhhh!!!! " Gadis itu pengsan.

Mira yang mendengar jeritan Amanda bergegas naik ke bilik Amanda yang berada di tingkat atas. Dirinya panik. Dia melihat Amanda pengsan di dalam bilik air dan yang lebih mengejutkan ialah tulisan berdarah di cermin itu.

Mira ketakutan. Terketar- ketar tangannya mencapai telefon pintar dan mendail nombor ibu Amanda untuk meminta bantuan wanita itu.

" To- tolong.. aun- aunty... Amanda pengsan.. " Teresak- esak Mira berkata kepada ibu Amanda.

30 minit kemudian.

Amanda sudah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Takut- takut jika ada kecederaan dalaman semasa Amanda jatuh menyembam ke lantai bilik mandi.

Aunty Su memandang Mira tajam.      " Cuba cerita dengan aunty apa yang jadi. Jangan tipu aunty, Mira. " Tegas suaranya bertanya kepada Mira. Risau  terjadi apa- apa kepada Amanda kesayangannya.

" Sum-   sumpah aunty.. Mira tak tipu. Mira.. Mira nampak mi tu ada ulat. Mira muntah kat singki. Tiba- tiba dengar Amanda jerit. Bil- bila Mira naik atas, tengok Amanda dah pengsan lepastu ada tulisan berdarah kat cermin bilik mandi tu aunty..." Cerita Mira panjang lebar namun tidak dipercayai oleh Aunty Su.

" Mira, aunty tak suka Mira buat cerita macam ni. Aunty dah tengok dengan mata kepala aunty sendiri. Tak ada pun ulat kat makanan tu, and tak ada pun tulisan berdarah macam yang Mira cakap ni. " Aunty Su mengurut pelipis.

" Sudah, aunty dah call teksi untuk Mira. Pergi balik rumah. " Aunty Su mengeluarkan arahan.

Mira mengetap bibir. Kenapa aunty tidak percayakannya? Dia berkata benar!

" Tapi aunty... Mira- "

Cepat Aunty Su memotong bicara rakan anaknya itu. " Sudah! Aunty kata balik! " Jerit Aunty Su. Wanita itu semakin berang.

Akur dengan arahan Aunty Su, Mira keluar dari rumah agam itu dan memasuki perut teksi untuk pulang ke rumah.

***

Dania sedari tadi tidak berhenti menggaru pergelangan tangannya yang gatal. Kawasan itu sudah memerah dan luka.

Matanya memandang orang yang lalu- lalang di Sunway Pyramid. Jam sudah menunjukkan angka 4 petang namun kelibat dua orang rakannya itu masih tidak kelihatan.

Tangannya mendail nombor Amanda. Tidak diangkat. Dicuba pula nombor Mira. Kali ini dia bernasib baik kerana rakannya itu menjawab panggilannya.

" Mana korang ni? Dah sejam aku tunggu batang hidung pun tak nampak! " Tanpa salam Dania menengking Mira kerana marah dibiarkan seperti orang gila menunggu di mall itu.

Mira mengeluh nafas kasar. Dia menceritakan kejadian yang berlaku di rumah Amanda kepada Dania.

Dania ketawa sinis. " Kau ingat aku nak percaya cerita dongeng kau ni? Lain kali kalau tak nak keluar tak payah deal la sial! Buang masa aku je tau tak! " Terus Dania mematikan panggilan. Semakin lama berada di atas talian semakin panas hatinya. Manakala Mira di sebelah sana sudah tergamam.

Ingat dia mahu percaya cerita karut Mira? Apa? Perempuan murahan tu ada pakwe hantu pulak? Rantai tangan tu kena pulangkan? Bodoh jelah alasan tu semua!

Dania laju melangkah ke kawasan parkir kereta.

" Arghh sakit! " Dania mendesis kuat. Luka di pergelangan tangannya semakin teruk. Rantai tangan itu terasa sangat panas.

Matanya dibawa memandang tangannya itu. Matanya terbeliak. Rantai tangan itu bertukar menjadi warna merah seperti warna api.

Tiba- tiba angin bertiup kuat. Dirinya terpaksa berpaut ke pintu kereta mewahnya.

" Pulangkan rantai tangan itu! "

Hiyaaaaa! Ada yang nervous or excited tak untuk next chapter?

Jangan lupa vote and comment tau! Muah!

MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now