ENAM BELAS;

234 20 0
                                    

" When The Moonlight Comes, You and I Become ONE. "

"Ayuni!" Si dia menoleh. Terlihat Arif Azizun di belakangnya. Nafas lelaki itu sedikit tercungap- cungap. Namun persoalan itu dapat dijawab apabila melihay Arif memakai baju ragbi.

"Arif, kalau kau nak tanya aku pasal Mel, aku pun dah buntu! Dah tiga minggu dia hilang tak datang sekolah. Aku pergi rumah dia, rumah dia kosong, tak ada orang," leter Ayuni Mayuri. Mahu pecah kepalanya kerana satu- satunya sahabat karib itu hilang tanpa khabar berita.

Arif mengetap bibir.

"Rumah family?" Soal Arif lagi.

Ayuni hanya menggeleng. "Mel tu anak yatim piatu, kau pun tahu kan?"

Ayuni mengambil tempat di atas bangku koridor. Matanya mula bergenang dengan air jernih.

"Aku dah tak tahu nak cari Mel kat mana, Arif.." setitis air mata jatuh ke pipi Ayuni. "Dia tak pernah buat perangai macam ni. Mel yang aku kenal, dia budak yang baik dan aku yakin dia bukan orang yang akan menghilang macam ni.."

Huluran tisu daripada Arif disambut perlahan. "Aku dah buat report, dah merata aku cari dia.. tapi dia tak ada, Arif.."

Arif melepas keluhan berat. Tempat di sebelah Ayuni diambilnya.

"Yuni, aku dah cuba cari dekat kawasan rumah lama dia tapi dia tak ada. Aku dah cuba tanya semua orang dia kat mana, tapi aku lupa.. dia tak rapat dengan sesiapa selain kita."

Ayuni menoleh memandang Arif dengan wajah memerah kerana menangis. "Kalau apa-apa jadi dekat Mel, macam mana Arif?"

Dahi Ayuni dan Arif berkerut. Risau dengan keberadaan Melissa yang tidak diketahui sesiapa.

"Yuni?" Tiba- tiba Arif teringat akan sesuatu.

"Ha?"

"Kau ingat lagi pasal budak lelaki yang Mel selalu sebut tu dulu? Right before dia hilang kan, dia rapat dengan budak tu?"

Ayuni terdiam. Siapa nama dia? Me- Megat Danial!

"Kau kenal siapa lelaki tu?" Tanya Arif.

Ayuni menggeleng. "Nama dia Megat Danial tak silap aku. Tapi, aku tak kenal dia, Arif. Muka dia pun aku tak pernah nampak."

Arif diam sejenak, memikirkan sesuatu. Dahinya berkerut- kerut.

"Aku rasa Mel hilang ada kaitan dengan lelaki tu."

"Maksud kau?"

"Aku dah pernah cakap kat Mel, yang aku tak pernah jumpa lelaki nama Megat Danial dalam sekolah kita ni. Aku dah cari rekod hari tu, kita memang tak ada senior nama Megat langsung."

Sambung Arif lagi, "Lepas tu, kau tak pelik ke cctv hari last dia kat sekolah ni, tak ada pun footage dia keluar daripada kawasan sekolah ni."

Kepala Ayuni semakin sakit. "Apa kau cakap ni, Arif?"

"Kau tak rasa Mel hilang ada kaitan dengan makhluk halus?"

Ayuni bercekak pinggang. "Arif, kau jangan serabutkan otak aku dengan benda merepek ni boleh tak?"

"Kau dengar dulu apa aku nak cakap ni, Yuni. Kau tak tahu cerita ke budak yang selalu buli Mel tu semuanya cedera sebab kena kacau dengan benda yang kita tak nampak ni?"

"So kau nak cakap Megat tu hantu?" Bentak Ayuni. Semua ni tak masuk akal baginya.

"Yuni, dalam Quran sendiri ada sebut kewujudan makhluk halus yang kita tak nampak ni! Apa lagi yang kau nak pertikaikan?" Arif sudah hilang sabar.

"Yuni, kita ikhtiar cara ni ya? Kita cuba cari ustaz. Ayah aku ada kenal seorang ustaz yang ada pusat perubatan Islam ni."

"Tapi.."

"Tak salah kalau kita cuba kan?"

Akhirnya Ayuni bersetuju dengan Arif.


***


"Mel, bangun nak.." terasa ada sentuhan di bahuku.

Terpacul wajah seorang nenek tua di hadapanku, automatik aku terkejut dan dadaku berombak laju.

"Jangan takut..."

Namun pujukan itu langsung tidak menenangkan.

"Melissa, anak kena keluar daripada tempat ni.."

"Ke- keluar dari sini?" Tergagap- gagap Melissan Puteri membalas.

"Tempat anak bukan di sini, keluar dari sini, sebelum semuanya terlambat nak.."

Dalam sekelip mata nenek itu menghilang seperti dibawa angin. Melissa diserang panik.

"Nek? Nenek!"

Tersentak! Melissa tiba- tiba terjaga daripada mimpi itu.

"Ya Allah.." Melissa mengusap dadanya perlahan. Apa maksud mimpinya tadi? Siapa nenek tu? Kenapa dia suruh pergi?

Kedengaran pintu bilik yang dia diami diketuk.

"Ma- masuk!" Melissa cuba menjawab walaupun rasa takut itu masih ada. Kemudian tombol pintu itu dipulas dari luar dan bonda masuk ke dalam bilik bersama senyuman tipis.

"Melissa baik- baik saja? Bonda terdengar kamu menjerit tadi."

"Oh, tak ada apa, bonda. Mel cuma mimpi." Aku senyum segarit.

"Mimpi apa?"

"Ada seorang nenek ni tadi dia datang suruh Mel balik.." Melissa menggaru tengkuknya yang tidak gatal. "Mel pun tak faham mimpi tu bonda."

Bonda hanya mengangguk. "Mainan tidur tu. Mel pergi mandi dulu ya? Sebentar lagi bolehlah kita menjamu sarapan bersama," ujar bonda sambil tersenyum.

Setelah memastikan Melissa benar-benar telah masuk ke bilik mandi, bonda mengatur langkahnya laju ke arah anakandanya, Megat Danial.

"Megat, "panggil bondanya.

"Ya bonda?"

"Anakanda tahu Melissa sudah mula bermimpi nenek itu? Itu tandanya masa dia di sini hampir habis, anakanda harus segera menghantarnya pulang."

Raut wajah Megat Danial bertukar bengis. Rahangnya diketap.

"Megat tak mahu!"

"Anakanda sendiri tahu padahnya jika gadis itu tak pulang ke tempatnya!"

Megat Danial bangun dari duduk dengan laju, seraya menendang pintu kayu disebelahnya dengan kasar.

"Dia milik Megat! Tempatnya di sini!"

"Megat Danial!"

MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now