" When The Moonlight Comes, You and I Become ONE. "
PAGI ini amat cerah sekali. Hari ini hari Jumaat. Melissa Puteri sudah bersiap- siap hendak ke sekolah. Pada hari ini akan adanya kem di sekolah. Tidur di sana semalam, kemudian esok pagi sudah selesai.
Pihak sekolah tidak mahu mengadakan kem itu terlalu lama kerana pelajar masih perlu ke sekolah pada hari isnin. Jadi jika pelajar pulang pagi esok, masih ada masa untuk pelajar rehat dan menyiapkan kerja rumah.
Sarapan Melissa ringkas sahaja pada pagi ini. Roti bakar dan omelette. Teh juga dibancuh oleh Melissa. Melissa bukan penggemar kopi, jadi sama ada teh, coklat atau milo sahaja yang diminumnya jika bersarapan pagi.
" Agak- agak Megat Danial pergi tak ya? " Tiba- tiba Melissa teringat akan lelaki itu.
Automatik bibirnya mengukir senyum. Manis. Cukup untuk menggetarkan hati seseorang yang sentiasa memerhatikannya.
' Harapnya dia ada..' desis hati Melissa.
" Eh aku dah lambat! " Jerit Melissa kepada diri sendiri. Kasut sukan yang diletakkan di atas rak kasut dicapai dan dipakai dengan pantas. Pintu dikunci kemudian grill pintu rumah juga dimangga oleh Melissa. Dia bergegas ke sekolah.
Apabila Melissa tiba di kawasan sekolah, jam sudah menunjukkan angka 7.45 pagi. Matanya melilau memandang kawasan sekeliling, mencari seseorang.
" Baaaah! "
Melissa mengusap dada. Lantas tangan kanannya naik menampar lengan kawan baiknya. Siapa lagi kalau bukan Ayuni. Gadis itu saja yang suka membuat aksi tiba- tiba dengan Melissa.
" Relaxlah Mel. Tu pun nak terperanjat! " Ujar Ayuni bersama tawa.
Melissa menjeling tajam.
" Kalau ada sakit jantung dah boleh straight to alam barzakh.. "
" Okay okay sorry lepas ni tak buat dah. "
Eleh yelah tu. Ujaranmu itu sudah diulang banyak kali tetapi perbuatannya masih aja sama!
" Hi guys! " Sapa Arif yang baru tiba.
" Hi Arif, lambat hari ni? "
Arif menggaru tengkuknya yang tidak gatal. Malu juga ni. First time dia lambat. Selalunya pukul 7.15 dia dah terpacak kat pagar sekolah.
Melissa tidak mengendahkan perbualan rakan- rakannya. Sapaan Arif dibalas dengna senyuman sahaja. Irisnya masih tunak mencari figura lelaki yang semakin lama berjaya mengambil sedikit ruang di dalam hatinya.
" Cari siapa Mel? " Soal Ayuni yang perasan akan perlakuan Melissa.
Melissa menggeleng. " Ada nampak Megat Danial tak? "
" Megat mana ni Mel? "
"Alah Megat Danial. Dia senior kita lah! "
" Itu semua fantasi awak je, Melissa. Mana ada senior nama Megat dekat sekolah ni? "
Melissa sudah memuncungkan bibir. Habis tu yang dia jumpa tu siapa?
" Ada lah! " Getus Melissa.
Perbualan mereka mengenai lelaki misteri bernama Megat Danial itu terhenti apabila guru yang menguruskan perkhemahan meminta mereka berkumpul untuk sesi taklimat. Tidak lama selepas itu, pelajar mula diarahkan untuk mendirikan khemah, beg boleh disusun dan mereka harus bersedia untuk aktiviti seterusnya.
Melissa beruntung kerana guru memberi kebebasan pelajar memilih rakan tidur di dalam khemah. Akhirnya Melissa akan tidur dengan Ayuni sepanjang perkhemahan. Yelah, Melissa bukan ngam sangat dengn pelajar yang lain. Rata- rata tidak mahu berkawan dengannya kerana status miskin.
Aktiviti seterusnya adalah aktiviti membina gajet dan diikuti dengan masakan rimba pada waktu petang. Seronok, tetapi Melissa merasakan ada sesuatu yang kurang.
Ya, dia tak nampak Megat Danial pun hari ni.
Melissa mengeluh. Hatinya benar- benar mahu bertemu lelaki itu. Tak tahu kenapa. Tetapi apabila dengab Megat, Melati terasa selamat dan gembira. Dia selesa dengan lelaki itu.
Mana lah Megat pergi? Masa dia tanya hari tu Megat kata dia akan datang ke kem.Tidak mahu melayan rasa sedih, Melissa berura- ura untuk ke tandas. Sengaja Melissa menjadi orang yang mandi pada saat- saat akhir. Dia tahu jika dia pergi awal, akan berebut dengan pelajar yang lain. Melissa terpaksa mengalah juga nanti.
" Wow princess baru nak mandi! "
Aku menoleh ke kanan.
Shasha... dan Syei.
Kembar ni pula!
" Memang orang miskin mandi lambat eh? "
" Bukan Sya. Orang miskin ni nak jimat air. Tu yang bau busuk macam air longkang. Lambat mandi. Entah- entah mandi pun tiga hari sekali! "
" Ew! Selekehnya! "
Melissa hanya menunduk. Dia berjalan dengan cepat ke salah satu tandas. Baru tangannya hendak menutup pintu tandas, ada satu tangan menyelit, menghalang perbuatan Melissa.
Pintu itu ditolak kuat dari luar menyebabkan Melissa terundur beberapa langkah ke belakang. Muncul wajah Shasha di muka pintu. Syei di belakang Shasha hanya tersenyum sinis.
" Arghh!! " Melissa terjerit apabila tiba- tiba rambutnya yang diikat sanggul ditarik kuat oleh Shasha. Tudung sarung hitam yang dipakai Melissa sudah hilang direntap entah ke mana.
Shasha tersenyum jahat.
" Ya Allah sakit! Tolong lepas! "
" Betina macam kau ni memang layak macam ni! Dahlah miskin! Gatal! Mak bapak kau memang besarkan kau untuk jadi penggoda lelaki ke?! "
Air mata Melissa sudah bergenang di tubir mata.
" LEPAS! " Jerit Melissa kuat.
Shasha melepaskan pegangannya pada sanggul Melissa.
" Kau jangan nak hina mak ayah aku! Jangan berlagak macam kau tu malaikat! " Marah Melissa. Entah dari mana datangnya kekuatan Melissa untuk melawan.
" Eh sundal ni! "
Shasha yang berang dengan ujaran Melissa terus merentap kembali sanggul gadis itu kemudian kepala Melissa dihentakkan ke dinding tandas.
Pap!
Pap!
" Sial punya perempuan! "
Pap!
Pap!
Kepala Melissa dilepaskan secara kasar.
" Sha! Apa kau buat ni? " Soal Syei cemas.
Shasha yang seperti hilang pedoman tadi sudah kembali berpijak di bumi nyata. Mata Shasha tertunak pada figura Melissa di atas lantai tandas.
Darah yang mengalir dari kepala Melissa sudah membuak- buak keluar. Ada yang terpercik ke dinding kerana banyak hentakan kepala Melissa yang dilakukan oleh Shasha.
" Weh, dia tak mati kan? "
Shasha membawa jari ke bibir. Kukunya digigit. Seluruh anggota tubuhnya sudah menggigil ketakutan. Panik dan cemas.
Apa— apa dia dah buat ni?
Hi semua! Please do vote and comment yaa! Thank you!
YOU ARE READING
MELISSA : TWO WORLDS
ParanormalSTATUS : COMPLETED✔️ "Awak ni siapa?" ~ MELISSA PUTERI "Seseorang yang amat meminatimu, gadisku." ~ MEGAT DANIAL "Itu semua fantasi awak je, Melissa. Mana ada senior nama Megat dekat sekolah ni?" ~ ARIF AZIZUN "Ikut saya, Melissa. Tempat awak di sis...