TIGA BELAS;

449 55 3
                                    

" When The Moonlight Comes, You and I Become ONE. "





A

KU kat mana ni?

Itu persoalan yang menyelubungku sejak aku membuka mata lima minit yang lalu. Bilik itu sungguh aneh, cantik dan klasik tetapi mewah. Ini bukan bilik tidurnya. Tidak pernah dalam hidupku memasuki apatah lagi tidur di dalam bilik sebegini dekorasinya.

Krekkk!

Kedengaran pintu dikuak oleh luar.

Siapa tu?

Terjengul wajah seorang wanita yang cantik rupa parasnya. Kelihatan sangat anggun dan jelita walaupun wanita itu hanya mengenakan baju kebaya bersama sehelai selendang tipis berwarna putih.

" Anak dah bangun? "

Aku tidak menjawab sebaliknya hanya memerhatikan gerak- geri wanita itu yang menghampiri. Siapa ni?

" Sakit lagi? "

Apa yang sakit?

Tanganku dinaikkan meraba dahi sendiri. Jariku menyentuh permukaan yang kasar, membuatkan aku mengaduh kecil.

Oh luka semalam!

" Sakit sikit sahaja. Humm boleh saya tahu saya kat mana? "

Wanita itu tersenyum. " Anak dekat rumah bonda. "

" Nama bonda Mawar. Suami bonda namanya Megat Aris. Anakanda bonda yang bawa anak ke sini semalam. "

" Anakanda? "

" Megat Aris. Nama anak siapa? "

Megat Aris? Bagaimana lelaki itu boleh membawanya ke sini?

Dalam kekeliruan itu, aku tetap menjawab. " Melissa. Melissa Puteri. "

" Melissa mahu makan? Bonda sudah siapkan makan tengah hari. Marilah makan sekali. "

" Tak perlu susah- susah bonda. Melissa nak balik rumah Mel. Boleh Mel tahu jalan keluarnya? "

Bonda tidak membalas. Tanganku yang duduk di atas katil ditarik agar mengikuti langkahnya yang menuju ke luar bilik.

Ini-

Ini bukan rumah.

Membulat mataku memandang seisi rumah bonda.

Ini seperti istana!

Ruang dapur yang luas dituju oleh bonda. Tangannya menyentuh bahuku, mempelawa diriku untuk duduk di meja makan kayu besar di situ. Bonda mengambil tempat di hadapan aku. Dia tersenyum manis.

" Makanlah nak, " pelawa bonda lagi.

Tidak sampai hati untuk aku menolak. Melihatkan hidangan pelbagai di atas meja, membuatkan aku sedikit terliur. Mesti memakan masa yang lama untuk memasak lauk sebanyak ini. Aku kira seperti ada lima jenis hidangan di situ. Ayam bakar, sup ikan merah, sambal goreng, mi goreng dan ulam- ulaman.

Tanganku naik mencapai mangkuk kaca berisi nasi putih. Pinggan kaca kosong di hadapan bonda aku isi dengan nasi terlebih dahulu sebelum mengisi pinggan sendiri.

" Bonda nak lauk apa? "

" Tak apa, bonda boleh ambil sendiri. Melissa makanlah ya. "

Aku hanya mengangguk. Lauk ayam bakar dan sambal goreng aku cedok sedikit ke dalam pinggan. Ulam kacang botol aku ambil 2 batang.

Cukuplah ni, desisku perlahan.

Aku dan bonda makan dengan senyap, kami seperti sama, tidak suka bercakap ketika makan. Aku sudah terbiasa makan bersendirian di rumah jadi memanglah tidak bercakap.

MELISSA : TWO WORLDSWhere stories live. Discover now