When The Moonlight Comes, You and I become ONE."
"Anakanda!" Teriak Megat Aris kuat. Matanya melilau mencari sosok tubuh anaknya di setiap pelosok rumah.
"Mawar!" Kali ini diseru pula nama perempuan yang mendapat gelaran isteri di sisinya.
"Ya kanda?" Jawab Mawar lembut.
Mawar, wanita yang dinikahinya itu sangat cantik orangnya. Baik budi pekertinya, pintar akalnya dan bersuara merdu bak melodi indah yang bermain- main di cuping telinga. Membuatkan Megat Aris sentiasa terpesona dengan wanita itu.
Dunia Megat Aris dan Mawar juga berbeza. Megat Aris merupakan seorang yang menetap di alam bunian, tetapi Mawar merupakan seorang manusia biasa. Mujur sahaja kaum kerabatnya dan keluarga Mawar memahami dan merestui hubungan cinta mereka. Akhirnya mereka dinikahkan dan Mawar mengikutnya untuk menetap di perkampungan bunian ini.
Perkahwinan atas dasar suka sama suka itu membuahkan hasil. Megat Aris dan Mawar dikurniakan cahaya mata setelah genap dua tahun perkahwinan mereka. Anak lelaki mereka, Megat Danial. Cukup sifatnya, kacak dan baik. Selalu sahaja menyenangkan hati mereka berdua.
"Di manakah Megat pada waktu tengah hari rambang ini?"
"Adinda tidak tahu, Megat keluar sejak matahari naik tadi sehingga sekarang masih belum pulang."
"Ke mana saja budak bertuah itu menghilang?" Nada Megat Aris mula bertukar keras.
Mawar yang perasan akan perubahan suaminya yang tercinta itu mendekati Megat Aris. Lengan lelaki itu dipaut mesra kemudian diusap- usap lembut, tanda ingin menyejukkan hatinya yang mula panas.
"Tak usah bimbang, kanda. Megat bukan kanak- kanak lagi perlu dirisaukan. Dia sudah besar panjang, pandailah dia menjaga diri. Pasti sebelum matahari terbenam dia akan pulang." Pujuk Mawar lembut. Dia tahu bahawa Megat Aris risau akan keselamatan anak lelaki mereka. Lebih-lebih lagi puak raja berkala mahu mengisytiharkan peperangan dengan puak raja putih. Pasti Megat Aris tidak mahu sekiranya anak mereka menjadi korban.
Megat Aris diam. Dia dapat rasakan Megat Danial pergi mencari gadis perawan yang telah menambat hatinya.
Sudah ratus kali dipesan, Megat Danial masih ingkar tidak mahu mendengar nasihatnya. Megat Aris mengeluh perlahan
Nak buat macam mana lagi, dah hati anaknya itu telah terpaut pada gadis kecil itu.
***
"Assalamualaikum Melissa." Sapa lelaki itu dengan senyuman. Punggung dilabuhkan di sebelah Melissa yang duduk di atas bangku sambil memakan aiskrim strawberi.
"Waalaikumussalam, Megat Danial."
Megat senyum. Dia hanya memerhati telatah Melissa yang comel ketika memakan aiskrim. Comot, kerana terdapat aiskrim yang tercalit di tepi bibirnya.
Macam budak- budak, getus Megat Danial geram.
Tangan kanan Megat Danial naik menghampiri wajah kekasih hatinya itu. Aiskrim yang comot di pipi Melissa dikesat menggunakan ibu jari. Kemudian ibu jari itu dimasukkan ke dalam mulut. Lidahnya menjilat aiskrim dijarinya. Serta- merta terasa perisa buah strawberi yang manis di lidahnya.
Manis seperti gadis yang telah berjaya menawan hatinya yang sekeras konkrit ini.
"Comotlah awak ni tapi tetap comel. Cantik sangat." Megat Danial tersenyum. Manakala Melissa hanya menunduk malu. Mukanya berona merah seperti udang yang dibakar.
Dia malu apabila lelaki itu duduk di sebelahnya.
Dia malu apabila lelaki itu menegurnya.
Dia malu apabila lelaki itu mengesat aiskrim di pipinya, lelaki itu menjilat aiskrim dijarinya.
Dia malu apabila lelaki itu memujinya.
Ahh, indahnya dunia!
"Megat, saya nak pulangkan rantai tangan pemberian awak. Saya tidak layak untuk mendapat hadiah sebegini." Melissa berura- ura untuk membuka rantai tangan yang diberikan oleh Megat Danial.
Dia berasa bersalah apabila mengetahui bahawa rantai tangan itu mahal harganya. Ayuni memberitahu bahawa rantai tangan itu diperbuat daripada emas putih dan berlian yang terdapat pada rantai tangan itu merupakan berlian tulen yang mahal harganya. Lebih- lebih lagi rantai tangan itu diukir.
"Awak berhak memilikinya Melissa. Saya ikhlas. Cuma saya harap agar awak tidak akan sekali- sekali membuka rantai tangan ini dari pergelangan tangan awak."
Jari Megat Danial mencuit hidung Melissa. Mereka ketawa bahagia. Melissa hanya mengangguk, dia juga sayang akan rantai tangan ini.
"Melissa!" Jerit seseorang kuat.
💋
YOU ARE READING
MELISSA : TWO WORLDS
ParanormalSTATUS : COMPLETED✔️ "Awak ni siapa?" ~ MELISSA PUTERI "Seseorang yang amat meminatimu, gadisku." ~ MEGAT DANIAL "Itu semua fantasi awak je, Melissa. Mana ada senior nama Megat dekat sekolah ni?" ~ ARIF AZIZUN "Ikut saya, Melissa. Tempat awak di sis...