Kereta yang di pandu Aryan berhenti di hadapan 7eleven berdekatan butik Naura itu, gadis itu meminta aryan meninggalkan dirinya disitu setelah menelefon sepupunya. Puas dipujuk hendak dihantar pulang, tetap jawapannya tidak. Bukan selalu Aryan baik dengan orang tak kenal ni.
"Cik" dipegang lengan Naura menghalang dari gadis itu turun dari keretanya.
"Auchhhh ". Naura mengaduh sakit apabila tangan kasar Aryan menyentuh lengannya. Mungkin terkena pada cengkaman peragut tadi."Maaf, sakit kenapa?" Laju tangan Aryan melepaskan lengan Naura yang di pegang.
"Tak tangan saya sakit mungkin kene cengkam kuat sangat dengan peragut tadi" Digosok perlahan tempat cengkaman tadi menghilangkan rasa sakit.
"Kalau macam tu jom lah ke klinik". Ajak Aryan lagi, tidak berputus asa. Tapi entah kenapa baik sahaja hatinya untuk menolong gadis itu.
"Tak apa, sikit je. Awak nak cakap apa tadi?" Ditukarnya topik. Segan dengan kebaikan lelaki bernama Aryan ini, lambat lagi ke boleh keluar dari kereta ni?
"Betul ker cik nak tunggu dekat sini?" Aryan merasakan ada benda yang tak kena. Tayar kereta Naura pancit lepas itu datang lelaki 2 orang penyangak itu. Seperti memang sudah dirancang dari awal.
Mungkin gadis itu sudah lama menjadi target tapi hari ini baru terlaksana kerja mereka. Jadi tidak hairan kalau nanti lelaki-lelaki tadi datang lagi.
"Tak apa, saya tunggu dalam tu. Pekerja 7e tu saya kenal. Jangan risau" Disedapkan sedikit hati Aryan, dia malas berlama berada didalam kereta itu.
Aroma kereta mewah Aryan sangat wangi. Sesak dadanya tambahan pula berada disisi lelaki itu, bau maskulin nya menambahkan lagi sesak dadanya. Lagi menjadi dalam keadaan hujan ini, semakin seram sejuk tubuh badannya.
"Okay kalau macam tu" Mengalah Aryan sambil melihat Naura yang sudah berpaling untuk keluar dari perut keretanya.
Setelah keluar dari kereta mewah itu, Naura berpaling lagi.
"Aryan.." Aryan mengangkat kening untuk bertanya apa.
"Terima kasih" sebuah senyuman manis diberikan sebelum ditutup perlahan pintu kereta itu.
Aryan terpegun seketika. "Cantik" Laju tangan menukar gear dan meninggalkan perkarangan 7eleven itu setelah kelibat tubuh Naura masuk kedalam.
Hachummm!
Hachummm!!
Hachummm !!!Ameena melangkah perlahan kearah katil Naura sambil membawa dulang. Ini bilik Naura kalau dia tak pindah. Tapi 8bulan lepas dia dah keluar dari rumah mama dengan papa, hendak berdikari katanya.
"Ni mama sruh makan nasi lepastu makan ubat ni sekali" diletak dulang yang terdapat nasi, air dan ubat diatas meja sisi katil.
"Okay"
"Kan dah demam, kau kenapa main hujan tadi?" Tanya Ameena, punggung dilabuhkan dihadapan Naura yang berselubung didalam selimut. Tak payah sentuh dahi dah tahu dia demam.
Alangkah terkejutnya Ameena ketika menjemput Naura di 7eleven tadi dalam keadaan basah kuyup.
Dia sedang memanaskan enjin kereta diperkarangan office nya untuk pulang tiba-tiba mendapat panggilan dari Naura untuk mengambilnya di 7eleven berdekatan butik. Tayar kereta pancit katanya.
Nasib baik Ameena belum bertolak pulang kerumah, kalau tidak terpaksa berpatah balik untuk mengambil Naura. Nanti lambat sampai kerumah terpaksalah mendengar bebelan dari mama. Lepas isyak ada tahlil dirumah dan dia berjanji untuk menolong mama sedikit.

ANDA SEDANG MEMBACA
Te amo Mr. Mafia
Action[SLOW UPDATE] Aryan Hayder Hadid ~ seorang ketua kumpulan Mafia dan pewaris pertama The Hadid's. Sangat handal dalam menggunakan senjata dan dalam seni mempertahankan diri. Walaupun mempunyai rupa paras, harta yang melimpah seperti yang di impikan...