Empat hari sahaja masa yang diambil oleh Aryan untuk menyiapkan semua persiapan perkahwinan.Setelah papa dan mama bersetuju, Aryan minta untuk mempercepatkan majlis akad nikah. Dan hari ini, sesaat yang lalu secara sah Naura menjadi isteri kepada Aryan di pejabat agama yang berdekatan rumah papa.
Mimpi yang dirasainya. Masih tertanya tanya adakah betul tindakkan dirinya.
Tanpa menjemput sesiapa, hanya keluarga dan anak-anak buah Aryan sahaja.
"Salam suami Naura sayang" Kata mama sambil mengosok bahu Naura.
Naura mengangkat muka melihat sang suami yang tampan mengenakan baju melayu berwarna putih. Sangat sesuai dengan warna kulitnya yang sememangnya putih melepak itu. Matanya sangat cantik.
"Tak nak salam saya?" Senyum Aryan selepas beberapa saat tiada respon dari sang isteri, matanya tetap menatap Aryan.
"Tangan tangan" Datin Zarafisah menarik tangan anaknya setelah lama berdiam diri.
Tangan Aryan disalam dengan lembut, maka bermulalah kelipan kelipan lampu dari kamera anak anak buah Aryan.
"Saya minta maaf kalau perkahwinan kita buat awak terbeban, saya akan buat terbaik untuk jaga awak" setelah bersalam Aryan menarik Naura kedalam pelukannya dan berbisik perlahan.
"Terima kasih" tergagap gagap Naura menjawab, terkejut dengan tindakan spontan dari Aryan.
"My pleasure sayang" jawab Aryan sambil mengosok lembut kepala Naura yang berbalut tudung.
"Waduh waduh sweet banget ya, weh aku jealous." Kata Ameena yang entah dari mana sambil memegang tangan Naura, pegang tiada masalah sangat yang digoncang itu masalah. Nak tercabut otak oi.
"Kamu kahwin la juga kalau dah jealous. Tunang lama lama tak guna." Perli Naura sambil bangun dari duduk dan buat buat berbisik kearah Ameena, padahal sengaja suruh papa dan mama dengar.
"Aku tengah kumpul duit la, aku nak buat wedding of the year. Nak lawan ria ricis." Bangga Ameena.
"Banyak lah kamu punya ria ricis." Tegur mama.
"Naura tak ada masalah suami dia pun dah jutawan, tapi kenapa kau tak buat majlis erk Naura?" Mulut Ameena memang tak ada insurans.
Memang betul mama dan papa sebenarnya hendak membuat majlis besar besaran tetapi Aryan menolak, Aryan kata masa tidak sesuai. Nanti akan ada, bukan kedekut.
"Tanya Aryan." Jawab Naura bersahaja.
"Saya sibuk buat masa sekarang, nanti adalah. Secepat mungkin kan sayang?" Kata Aryan sambil menarik Naura yang sedang berdiri untuk rapat dengannya yang duduk diatas kerusi, digosok gosok pinggang Naura.
"Hah? Har betul la tu" 2 kali terkejut Naura dibuatnya, ini dah lebih, main gosok gosok pulak!
"Naura kena biasakan diri panggil suami tu abang, takboleh asyik panggil Aryan je." Kata mama dengan lembut untuk menegur.
"Tak apa ma, nanti dia biasalah. Lagipun baru kahwin, saya tak paksa." Belum sempat Naura menjawab Aryan sudah membela isterinya, dipandang Naura sekilas.
"Oh lupa ma, petang ni kami akan balik spain. Ar ada kerja perlu selesai secepat mungkin." Kata Aryan sambil berdiri, tangan masih belum melepaskan pegangan dipinggang Naura. Seronok pula melihat isterinya macam cacing kepanasan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Te amo Mr. Mafia
Action[SLOW UPDATE] Aryan Hayder Hadid ~ seorang ketua kumpulan Mafia dan pewaris pertama The Hadid's. Sangat handal dalam menggunakan senjata dan dalam seni mempertahankan diri. Walaupun mempunyai rupa paras, harta yang melimpah seperti yang di impikan...