Bab 6

250 19 3
                                        


Kereta dipandu Aryan berhenti dihadapan banglo milik Dato ibrahim. Setelah mematikan enjin kereta Aryan dan Aisy keluar dan melangkah dengan tertib kearah pintu masuk rumah itu.

"Assalamualaikum" laung Aryan lembut dihadapan pintu, Aisy hanya berdiri tegak disisi belakang abangnya. Sesekali kepala dijenguk untuk mengintai kedalam rumah melalui pintu yang terbuka luas.

"Waalaikumusalam, ya Allah encik Aryan ingatkan tak datang. Masuk masuk." Dato ibrahim muncul dihadapan pintu itu untuk menyambut kedatangan mereka. Segak mengenakan baju Melayu berkain pelikat, berkopiah lagi. Malu pula rasa diri kerana hanya mengenakan kemeja dan seluar slack dari office tadi.

"Panggil Aryan je Dato tak payah berencik-encik. Maaf saya lambat Dato saya baru balik dari office." Dengan hormat tangan tua itu dicium , Aisy turut bersalam.

Aryan membuka kasut kerjanya yang berkilat lalu diletakkan cantik di penjuru pintu. Aisy hanya mengikut perbuatan abangnya. Suruh behave sangatkan, aku jadi ayu senang.

"Tak apa Aryan datang pun uncle dah bersyukur, ini adik kamu yer ?" Dikalih kearah Aisy yang hanya melihat dan mendengar perbualan mereka berdua.

"Ya dat..."

"Uncle, panggil uncle je Aryan. Kamu dah pangkat anak saya. Saya pun tak ada anak lelaki" Kata Dato ibrahim.

"Erkkk okay uncle, ya ni adik saya Aisy" Jelasnya.

"Eh jom, lupa pula. Jom uncle kenalkan isteri dengan anak uncle. Lepastu uncle boleh suruh isteri uncle hidangkan makanan" Aryan mengerling sejenak jam ditangannya memandangkan sekarang hampir pukul 10:30 malam, orang dirumah Dato ibrahim tidaklah ramai sangat. Mungkin hanya kaum kerabat terdekat sahaja.

Aryan tidak tahu rumah Dato ibrahim boleh dikatakan jauh juga. Dia keluar dari office pkul 8.30, pulang untuk mengambil Aisy hampir 30 minit, perjalanan ke banglo ini hampir 1 jam, tambahan pula susah hendak mencari banglo ini. Jadi lambat begini baru sampai, hendak dipatah balik sudah alang alang on the way ke sini .

"Okay uncle" Aryan mengikut langkah Dato ibrahim dan diikuti oleh Aisy dibelakang.

Sampai sahaja di meja makan terdapat 2 orang wanita. Seorang sedikit berusia, mungkin isteri Dato ibrahim. Dan seorang muda, macam kenal.

"Har Aryan , Aisy ni isteri dengan anak uncle. Isteri uncle, Zarafisah " ditunjukkan kearah duduknya Datin Zarafisah.

"Ni anak uncle, Ameena" sama tingkahnya dengan tadi.

"Assalamualaikum aunty," ditunduk sedikit kepalanya tanda menegur. Pada Ameena hanya diberikan senyuman, kan aku kata aku kenal. Tapi haritu tak pakai tudung.

"Uncle ada sorang lagi anak perempuan, tapi dia tak sihat. Ada dekat atas" kata Dato ibrahim sambil memandang ke arah Ameena yang sejak tadi memandang 2 lelaki muda itu seperti ingin menanyakan sesuatu.

"Bukan you berdua yang i jumpa dekat mall haritu?" Tanya Ameena rasanya tidak silap, tambah dua dua orang yang sama.

"Ya hehe" kata Aryan sambil mengosok tengkuknya segan mungkin. Macam tahu aku tengah cuba ingat dia. Aku dah kata aku pernah jumpa, tiba tiba terlintas di pikirkannya tentang Naura. Betullah kan si Ameena ni dengan cik yang petang tadi.

"Inilah Aryan pemilik syarikat yang syarikat kita nak kerjasama Fisah. Ni pulak adik dia aisy"

"Oh waalaikumusalam, muda lagi orangnya. Syukur muda muda dah berjaya" Kata datin Zarafisah, kepada Aryan dan Aisy. Mereka berdua hanya tersenyum manis madu.

Te amo Mr. MafiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang