Aisy berjalan menuju ke pintu lift sambil mulut bersiul siul. Tangan sebelah kiri memegang kotak pizza yang baru dirembat dari pekerja bangunan tingkat 8 itu.
Tengah sibuk berpusing didalam bangunan 10 tingkat itu dia terjumpa abang food panda sedang menghantar pizza. Dah tahu siapa empunya, dirembatnya satu kotak.
Banyak mata yang memandang kerana bunyi siulan itu. Tapi si kepala konkrit ini seekor mana faham bahasa orang nak buat kerja atau tidak. Syarikat abang dia, ada orang kesah. Tangan menekan lift Vvip itu. Kaki melangkah masuk dan pintu lift tertutup.
"Sabar ya pizza, nanti aku aumm kau. rawrr" keluarlah ayat bodohnya sambil mengintai sedikit dalam kotak pizza itu.
Setelah lift terbuka laju kaki panjang nya menuju kebilik abangnya, nak makan kena ada geng. tak best kalau sorang sorang. Si kembar pulak belum pulang dari australia. Nasib lah dia tiada kawan.
Pintu besar gedabak bilik Aryan dikuak kasar, tanpa diketuk.
"Bro! Pizzaaa !!!" Senyap.
Dipandang figura abangnya sedang termenung sambil memutarkan batang pen di meja kerjanya. "Aku punyalah excited, Boleh dia bermenung memikirkan kenangan kita bersama" Eh tu lagu!
Kaki melangkah ke meja yang berada disebelah sofa. pizza diletakkan diatas meja tersebut. 'Sabar sayang, nanti papa datang'. siap di gosok-gosok kotak pizza tersebut.
Mulutnya tersenyum jahat melihat abangnya yang sudah dimelayang ke negeri china itu. Nafas ditarik dalam dan ....
" Woii rumah terbakar tolong tolong, arghhhhhh tolongg aku taknak matiii !!" Dikuatkan lagi dan lagi suaranya sambil berlari lari berputar dan mengangkat tangan keatas. Gaya meminta tolong.
Terhinjut bahu Aryan mendengar bunyi kuat itu. "Kau kenapa bodoh, nak mati?!!" Aisy didepan dijeling. Bodoh punya adik, nasib tak tercabut jantung!
Terkejut punya pasal laju sahaja kaki bangun dari kedudukannya tadi, takut juga kalau betul terbakar. Yang bodohnya percaya cakap si bahenol sekor tu.
"Kau lah nak mati, termenung jauh nampak?" Kaki laju melangkah ke arah pizza tadi. Baik aku makan pizza huh!
"Merde!" carut Aryan, Berdenyut kepalanya terkejut sebentar tadi. Bodoh lah, sejak semalam dia tak boleh tidur nyenyak. Datang pejabat, dari pagi hingga sekarang dia tidak boleh berhenti memikirkan peristiwa 13 tahun dahulu.
"Gigi..." Tutur Aryan dalam berbisik.
Ya itulah yang difikirkannya dari semalam. Gadis itu, matanya yang redup meminta maaf. Sama macam Giginya yang dicari sejak 13 tahun yang lalu. Tapi dia tak tahu betul atau tidak.
"Apa bro?". Dia ter dengar abangnya bercakap tapi tidak jelas. Sambil membelek pizza mana yang harus dimakan dulu.
"Apa, apa?" Tanya Aryan.
"Kgauf tug afaf?" Sambung Aisy dengan mulut yang penuh. Sekeping pizza selamat dalam mulut.
"Kau Tu yang apa apa?" Aryan provok lagi. Dalam hati Saja ingin menyakitkan hati Aisy. Sambil lari dari topik mungkin.
"Dahlah bodoh penat lah macam ni." Ditelan pizza yang berada didalam mulut.
Sakit bethol hati, nak makan pizza pun tak senang! Aryan hanya membuat muka bodoh sambil menyambung kerja yang tergendala.
YOU ARE READING
Te amo Mr. Mafia
Action[SLOW UPDATE] Aryan Hayder Hadid ~ seorang ketua kumpulan Mafia dan pewaris pertama The Hadid's. Sangat handal dalam menggunakan senjata dan dalam seni mempertahankan diri. Walaupun mempunyai rupa paras, harta yang melimpah seperti yang di impikan...