2 hari kemudian...Dua orang jejaka kacak berjalan dengan penuh gaya melintasi orang ramai dilapangan terbang sambil menarik bagasi masing masing.
Seluar slack hitam bersama tshirt hitam didalam, seorang berkemeja kulit berwarna hitam dan seorang lagi berwarna coklat. Dengan pemakaian cermin mata hitam menyerlahkan lagi kekacakan mereka.
"Kenapa orang tua tu bagi kita naik kapal terbang je? Kenapa tak PJ?" Tanya lelaki yang memakai kemeja kulit berwarna coklat sambil menarik cermin mata hitamnya.
"Banyak songgeh lah kau" Sinis lelaki di sebelahnya.
"Kalau naik PJ kan senang tak susah bersesak macam sekarang. Turun turun dah boleh naik kereta terus." Luke merunggut sambil melilau matanya memandang sekeliling.
"Mana diorang ni?" Kata Luke lagi. Abangnya masih sama tidak menjawab pertanyaannya.
"Kau dah call dia ke Levi?" Tanya Luke untuk kali ketiga sambil menghentak kakinya perlahan seperti mengikuti irama lagu.
"Dah, kau sabar boleh tak" Tegur Levi sambil membelek jam tangan berjenama rolex nya.
"Aku lapar" Luke berkata sambil membuat muka muram. Perut digosok perlahan.
Dia tidak sempat bersarapan ketika di Melbourne, masuk sahaja didalam flight Luke terus menutup mata sampai penerbangan itu tamat. Dan sampai sekarang perutnya belum diisi dengan apa apa makanan abangnya pula tidak memberi peluang kepadanya untuk makan. Katanya nanti singgah di restoran sahaja. Memandangkan sekarang sudah menjelang waktu makan tengahari.
"Nanti boleh lah makan" Levi memujuk adiknya, suara diperlahankan. Kasihan melihat adiknya lapar tetapi siapa suruh bangun lambat dah tahu nak balik hari ini.
"Sí" patuh Luke sambil duduk di kerusi yang tersedia.
30 minit berlalu Luke dan Levi duduk dikerusi yang disediakan sambil membelek belek telefon bimbit mereka.
"Sayanggggggg !"
"Abang datang sayangggg!" Bunyi teriakan dari arah pintu masuk lapangan terbang itu menyentakkan dua jejaka yang sedang membelek belek telefon itu.
Luke dan Levi berpaling kearah datangnya suara itu. Luke menarik senyum panjang sambil bangun dari kerusi yang diduduki.
Levi hanya mengelengkan kepala melihat beruk yang berupa manusia itu.
"Sayangggggg" kata Luke sambil mengeletis berlari kearah Aisy .
"Kenapa sayang lambat? Dah lama i tunggu" Luke berkata lagi dengan suara yang dikepit dan dibuat buat merajuk.
"Alaaa kan sayang dah datang dah ni" sambung Aisy bersama suara yang dibuat seperti hendak memujuk si kekasih hati.
"Adoi" hilang terus dialog nya setelah tangan kasar Aryan hinggap dikepalanya. Tepat dan berbisa.
Dari tadi Aryan hanya diam tanpa kata, tetapi semakin dibiarkan adiknya itu semakin melarat sahaja perangainya. Semua orang yang lalu lalang sudah memandang pelik kearah mereka.
Pasti orang ramai mengira dua makhluk ini gay, handsome handsome tapi bodoh!
"Orang tengoklah" kata Aryan setelah menghempuk kepala batu adiknya.
"Biarlah, diorang dengki baby" sambungnya sambil melirik kearah luke. Dan tangan ditunjuk kearah orang yang lalu disekitarnya.
"Haah kan" sokong luke dengan pernyataan bodoh Aisy.

ANDA SEDANG MEMBACA
Te amo Mr. Mafia
Action[SLOW UPDATE] Aryan Hayder Hadid ~ seorang ketua kumpulan Mafia dan pewaris pertama The Hadid's. Sangat handal dalam menggunakan senjata dan dalam seni mempertahankan diri. Walaupun mempunyai rupa paras, harta yang melimpah seperti yang di impikan...