"Hey watch out!!!!" Teriak Aryan. Kaki terus laju berlari.Tangan kanannya menyambar baju bahagian belakang gadis itu ditarik supaya tidak terjatuh, tangan kirinya pula memaut erat pinggang gadis itu secara spontan.
"Oh shit, AargHHhhhhh !!!"
Tetapi malang tidak berbau, oleh kerana pergerakan cepat dan stoking dikakinya bertemu tangga berkilat itu.Aryan turut sama tergelincir dari tangga itu tanpa sempat berpegang pada penghadang tangga. Punggungnya terhempap kuat bersama gadis itu berada di atas pahanya kerana dia tertarik gadis itu sekali.
Pegangan pada pinggang gadis tadi turut diperkemaskan risau sampai dibawah nanti dia akan menghempap tubuh kecil ini dan menyakitinya, Aryan pasti gadis kecil itu pengsan. Kerana sedikit pun tidak keluar suara dari mulutnya menjerit ketakutan atau mengaduh sakit.
"Aduh aduh" sesudah mendarat sahaja punggung Aryan di tangga paling bawah laju mulutnya mengaduh sakit. Nasib hanya dalam 10 anak tangga, kalau tidak dah patah tulang punggung dia.
Dato ibrahim dan Aisy yang sedang berbual sambil minum teh di meja tadi terkejut dengan bunyi teriakkan dari arah tangga terus bangun dari kerusi dan berlari keluar dari ruang makan.
Datin Zarafisah yang sibuk menyimpan makanan dan Ameena sedang mencuci pinggan bersama pembantu pembantu rumah juga berlari laju keluar ke ruang hadapan mengikuti langkah Dato ibrahim. Semua tetamu sudahpun pulang memandang sudah larut malam.
Sampai sahaja dihadapan tangga itu, Dato ibrahim dan Aisy terkejut melihat posisi abangnya bersama gadis itu. Kau suruh aku behave ? Kau ? Malu malu.
"Ya Allah Naura, Aryan kenapa ni?" Tanya Dato ibrahim cemas. 1 saat setelah Dato ibrahim tiba datin Zarafisah tiba dengan tergopoh gapah berlari mendapatkan Naura dan Aryan yang terbaring dibawah tangga.
Tubuh Naura berada diatas badan Aryan dan tangan Aryan memegang kuat pinggang Naura. Dah kenapa tidor berpelukan dekat sini?
Ameena dan datin Zarafisah mengangkat tubuh Naura dari tubuh lelaki itu supaya Aryan boleh bangun. Ameena menepuk sedikit pipi Naura tetapi tiada respon dari Naura, Aryan juga tidak memberi respon hanya terbongkok-bongkok sambil mengurut kawasan pinggangnya.
"Aryan kena dengan Naura ni?" Tanya Dato ibrahim risau akan keadaan Naura.
"Dia nak jatuh masa turun tangga tadi Dato, saya cuma nak tolong tapi saya terjatuh sama." Mata dikalih untuk melihat wajah gadis yang pengsan itu, tapi sayang terlindung dengan badan datin Zarafisah. Menyebabkan dia masih tidak boleh tengok wajah gadis yang diselamatkan. Kepalanya diangkat memandang Dato ibrahim.
"Ya Allah Naura." Kata Dato ibrahim dan datin Zarafisah serentak. Tragedi sama berlaku lagi.
"Ya Allah , Tangan kamu berdarah Aryan" kata datin Zarafisah yang memandang ke arah Aryan sambil terduduk memegang tangan Naura. Dia duduk dibawah jelas melihat darah yang hampir menitik dari tangan Aryan.
Mungkin akibat bergesel pada kuat tangga kuat ketika dia sedang menahan badan supaya tidak terhentak kuat.
"Ameena pergi ambil kunci bilik tetamu dekat atas, Naura kita angkat pergi bilik tetamu." Telah mendengar kata kata dari Dato ibrahim, Ameena berjalan laju menaiki tangga.

ANDA SEDANG MEMBACA
Te amo Mr. Mafia
Action[SLOW UPDATE] Aryan Hayder Hadid ~ seorang ketua kumpulan Mafia dan pewaris pertama The Hadid's. Sangat handal dalam menggunakan senjata dan dalam seni mempertahankan diri. Walaupun mempunyai rupa paras, harta yang melimpah seperti yang di impikan...