Bab 11

214 15 0
                                        

Setelah memastikan keretanya dikunci dengan elok. Naura melangkah dengan ayu kearah pintu masuk bangunan besar itu.

'Rasanya dah betul macam papa cakap'

Masuk sahaja dirinya melintasi pintu utama itu Naura terpukau dengan reka bentuk, warna dan kemewahan yang terdapat didalam bangunan itu.

          "Cantiknya" Syarikat papanya juga tidaklah sebesar ini dan semewah ini. Terasa kecil sahaja dirinya.

Kakinya tetap berjalan melintasi lobi utama syarikat itu, dia menuju ke arah meja penyambut tetamu yang sedang sibuk membuat kerjanya.

Semakin yakin dirinya setelah melihat tulisan 'The Hadid' tertera dengan begitu besar didinding belakang penyambut tetamu itu.

Ya dia disitu kerana papanya juga. Tengah sibuk dia mengemas barang barangnya untuk pulang semula ke rumahnya petang nanti, dia mendapat panggilan dari papa katanya dia tertinggal fail penting untuk meeting pkul 10.

Hanya dia yang berada dirumah.
Ameena ke pejabat dan mama keluar ada urusan dengan persatuan.

Kesian, syarikat papa dengan rumah bukannya dekat, jadi dia harus berbaktilah untuk papa sekali sekala kebetulan dia tidak ada kerja.

"Excuse me, dekat mana meeting room?" Jam dinding dikerling sekilas. Ngam pkul 9.50, pasti papà dah sampai dan tunggu di bilik mesyuarat memandangkan mesyuarat sudah hendak bermula.

"Oh boleh saya tahu kenapa?" Tanya Wanita itu setelah mendengar pertanyaan Naura. Rania namanya setelah dilihat di nametag nya.

Kring ~
Kring ~

Telefon Naura berbunyi nyaring.

"Sekejap ya" Naura mengangkat skrin telefon nya kearah  wanita bernama Rania itu meminta izin untuk menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum papa..." Sapa Naura.

"Papa dah sampai?..." Tanyanya lagi.

"Dah Naura dah sampai, tapi Naura tak tahu dekat mana meeting room..."

"Dah, tanya penyambut tetamu dekat bawah, 2 minit Naura sampai... ok bye..." Telefon itu dimatikan, dia perlu cepat.

"Okay kita dekat mana tadi?Sebab apakan?" Tanya Naura sambil memasukkan telefonnya kedalam handbag. Hanya anggukan dari Rania membalas pertanyaan itu.

"Dato Ibrahim, i datang nak bagi fail ni dekat Dato Ibrahim.
Dia ada meeting projek shopping complex di Asia dengan owner syarikat ni pukul 10." Kata Naura kepadanya sambil menunjukkan fail yang berada di tangan kirinya.

Dijelaskan satu satu, kan tertukar dengan Dato Ibrahim lain masak lah dia.

"Oh , cik boleh pergi tingkat 6 dekat situ mesyuarat tu. Keluar dari lift cik ke kanan dekat situ ada pengurus mesyuarat tu. Cik boleh cakap dekat dia." Tunjuk Rania kearah lift yang berada tidak jauh dari tempat mereka sedang berbual.

"Oh terima kasih" Kata Naura.

"Sama sama" balas Rania.

Kakinya melangkah kearah yang ditunjukkan oleh Rania untuk mendapatkan lift.

Naura masuk kedalam lift dan beberapa saat lift berhenti tepat di lantai 6 bangunan itu. Naura keluar dan ke arah kanan untuk mendapatkan pengurus mesyuarat.

"Boleh saya bantu cik?" Tanya seseorang yang kebetulan berjalan dari arah berlawanan dengannya.

"Saya nak hantar fail Dato Ibrahim, boleh tolong panggilkan?" Lagi sekali fail ditangannya diangkat untuk ditunjukkkan.

Te amo Mr. MafiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang