"APAA ??!!!!!!" Terangkat bahu 3 figura disitu. Terlalu kuat teriakan Naura.Setelah selesai bersarapan, Aryan menyuruh mereka semua berkumpul diruang tamu untuk berbincang satu topik.
"Jangan mengarut lah Aryan, saya kenal awak pun tak."
"But we have to get married. As soon as possible."
Itulah topik yang kurang bernas itu. Kahwin?
'Apa ini miska?' Ingat lawak ke?
"Saya tak nak, kalau awak orang jahat pun saya tak tahu, kita baru kenal lepas tu awak ajak kahwin." Sebesar zarah pun tidak logik.
"Hoii, u jangan berani nak kata Ar macam macam." Tegas Aisy.
"Kenapa u nak marah?" Tanya Naura.
"Bila i marah? U Tu cakap baik sikit" Aisy menyilangkan tangannya kedada dan badan direhatkan disofa.
"U sentap kenapa? Atau memang u semua ni jahat?" Semua mata yang berada disitu secara drastik memandang kearah Naura.
Tidak sangka wanita secantik Naura mulut sepuaka itu.
"U cakap baik sikit" Terus tegak badan Aisy. Hendak saja ditumbuk mulut itu.
"Menyesal i tolong u semalam, kalau i tak tolong u semalam dah mampos berulat dah agaknya." Kalau tiada Aryan mahu sahaja dia menunjal kepala Naura.
"Tak reti bersyukur, pergi mampos lah !!" Marah Aisy lagi.
"Hayden..." Setelah lama berdiam diri sambil melihat dua orang itu bergaduh mulut, Aryan perlu menenangkan salah seorang.
"Dah la Ar, buang masa kau tolong dia. Baik kita cau balik Spain kalau macam ni" Kata Aisy sambil jari ditunjuk kearah Naura. Setelah itu kakinya melangkah kearah pintu rumah.
Tiba tiba ada mood nak berkerja.
"Awak pergilah rehat dekat bilik, saya kena pergi office balik." Kata Aryan kepada Naura.
"Kalau nak apa apa boleh minta dekat Alicia." Dia perlu memberi sedikit ruang untuk Naura berfikir.
"Akak..." Setelah Aryan melangkah keluar Alicia bersuara.
Semasa memasak sarapan pagi tadi Naura sudah berkenalan dengan gadis cantik ini.
"Hmm"
"Akak tak patut cakap macam tu dekat abang Ar." Kata Alicia tiba tiba.
"Semua orang dalam family ni tahu, abang Ar tak pernah buat keputusan tanpa dia pikir panjang." Terang Alicia.
"Dan semua orang tahu keputusan abang Ar yang terbaik untuk semua orang."
Naura hanya mendengar.
"Dari dulu dia dan abang Ai dah banyak susah, dia takkan terima kalau orang ada depan mata dia menderita."
"Abang Ar dan abang Ai tak jahat akak, diorang cuma pertahankan apa yang dia ada."
Naura sedikit tersentuh.
"Siapa dia?" Tanya Naura, masih bermain difikirannya tentang soalan itu.
"Itu bukan hak Alic untuk jawab, akak boleh tanya Abang Ar sendiri." Jawab Alicia sambil tersenyum manis.
"Apa apa pun akak perlu percaya abang Ar, dia buat untuk kebaikan semua orang." Kata Alicia sambil menepuk perlahan paha kiri Naura. Takut Naura terasa.
YOU ARE READING
Te amo Mr. Mafia
Azione[SLOW UPDATE] Aryan Hayder Hadid ~ seorang ketua kumpulan Mafia dan pewaris pertama The Hadid's. Sangat handal dalam menggunakan senjata dan dalam seni mempertahankan diri. Walaupun mempunyai rupa paras, harta yang melimpah seperti yang di impikan...