"Aryan" sudah berpuluh kali naura cuba menarik perhatian aryan tapi tetap sahaja tidak diendahkah oleh si suami."Saya nak minta maaf" Naura teruskan lagi selepas dia melihat tiada ciri ciri untuk Aryan membalas sahutannya.
"okay" mata Aryan tetap bertumpu kearah tab yang ditangannya. Tidak memandang kearah Naura yang duduk diatas katil berhadapan dengannya.
Sudah sebati dengan Naura jawapan yang bakal diterima.
Aryan sedang duduk membelek tab ditangannya. Sudah 5hari dia cuba mengelak dari bercakap dengan Naura.
Selama tempoh diam Aryan ini, dia jarang tidur sekatil dengan Naura. Biasanya dia akan sibukkan diri dibilik kerja sampai lewat malam, dan pagi dia akan bangun dan keluar dari rumah mereka sebelum Naura bangun.
Naura perasan akan perubahan itu, dia tahu Aryan masih marahkannya.
Semakin sebak Naura melihat Aryan tidak mengendahkan nya, air matanya mula bertakung. Bantal disisi digenggam erat bagi menghalang tangisan pecah.
Apabila tangisan tidak bisa dibendung esakan keluar juga akhirnya, Naura bangun dari katil untuk menuju kedalam bilik air.
Dia sakit hati dengan Aryan yang mengendahkannya, sudah banyak kali kata maaf keluar dari tapi Aryan tetap seperti batu.
Langkah diatur laju menuju ketandas, sewaktu dia melintasi kerusi sofa yang diduduki Aryan langkah kakinya terhenti apabila lengan kanannya dipegang seseorang.
Aryan.
"Hei kenapa ni?" Aryan menutup tabnya dan disimpan ketepi, fokusnya 100% kearah Naura.
Semakin lebat air mata Naura turun, esakan semakin kuat. Boleh dia tanya soalan itu?
Aryan bangun dari duduknya, kedua belah tangan Naura digenggam erat. Wajah naura dihadap kearahnya.
"What's wrong em?" Tangan naik perlahan lahan menghapus air mata naura. Matanya cantiknya merenung anak mata Naura yang bertakung dengan air mata.
"Awak marah saya?" Tersedu sedu
Naura menuturkannya."Tak, aku tak marah kau." Naura diam, tapi kenapa aryan tidak mahu bercakap dengannya.
"jangan nangis aku tak suka" ditarik kepala Naura rapat kedadanya, tangan dilingkarkan kepinggang dan sebelah lagi bergerak mengosok bahagian belakang naura. Memujuk naura supaya berhenti menangis.
"tapi awak tak bercakap dengan saya" perlahan tetapi dapat didengar oleh Aryan.
Aryan menghela nafas berat, salah dia kah?
Perasaan marahnya terhadap perlakuan Naura membuatkan dia menghindarkan diri dari naura.
"Aku cuba tak nak termarah kau lagi naura, aku takut kau benci aku kalau aku marah"
Ya, itu sebabnya. Kalau orang lain sudah lunyai dikerjakannya, mana mungkin dia melepaskan kemarahannya kepada Naura.
"Tapi saya salah, saya keluar tanpa izin awak, awak patut marah saya" Bukan apa, dia lebih rela dimarah dari Aryan terus diam begitu. Disini hanya Aryan yang dia punya. Kalu sikap Aryan tetap begitu hidupnya rasa kosong.
Naura angkat kepala memandang kearah anak mata suaminya, handsomenya ! Suami sape ni?
Rasa tenang hatinya, tangisannya juga sudah berhenti.

ANDA SEDANG MEMBACA
Te amo Mr. Mafia
Action[SLOW UPDATE] Aryan Hayder Hadid ~ seorang ketua kumpulan Mafia dan pewaris pertama The Hadid's. Sangat handal dalam menggunakan senjata dan dalam seni mempertahankan diri. Walaupun mempunyai rupa paras, harta yang melimpah seperti yang di impikan...