Sudah hampir 2 jam Naura berada dicafe itu, aplikasi instagram itu diterokai berkali kali, dia sudah selesai menjamu selera tapi masih belum mahu bangun dari kerusi yang diduduki.
Dia sangat malas untuk kembali bangunan gah tadi semula, hatinya masih marah akan Aryan. Siapa suruh main main dengan perempuan lapar. Rasakan.
Dia pasti Aryan sedang mencarinya memandangkan waktu makan tengahari sudah tiba beberapa puluh minit lepas.
"ALong, jom." Kata Aisy apabila dia menolak pintu pejabat abangnya.
Seperti biasa, Aisy tetap Aisy. Tiada adab.
Aryan mengangkat muka sekilas memandang Aisy lalu melihat kearah jam didinding, sudah waktu lunch.
"Levi dengan luke mana?" Tanya Aryan sambil bangun dan mengemas sedikit kertas kertas diatas meja kerjanya.
"Kembar tunggu dekat lift" Kata Aisy sambil mengemas bajunya.
"Mana bini kau?" Aisy menanyakan hal itu sambil menjenguk kedalam bilik pejabat abangnya. Naura tidak kelihatan.
Mendengar pertanyaan itu tangan Aryan serta merta terhenti dari mengemas kertas diatas meja kerjanya.
Naura...
Allah, dia lupa akan isterinya.
Dia terus melangkah menuju pintu bilik tidur, pintu dibuka.
"Naura" panggil Aryan.
Jantungnya sudah berdegup kencang, kaki melangkah masuk kedalam bilik itu, dia menuju kearah tandas yang tersedia didalam bilik itu dan laju sahaja tangannya menolak pintu itu. Tetapi tetap hampa naura tiada disitu.
Dia keluar lagi dan menuju kearah tandas yang berada diluar pintu bilik, pintu dikuak kasar.
Kosong.
Fuck! Bodoh !
"Kenapa?"
"Panggil Luke, sekarang!" Kata aryan tegas tangan kiri diletakkan dipinggang dan tangan kanan naik meraup wajah.
Kenapa naura kenapa? Takboleh ke jangan buat aku risau?
Tanpa banyak kata Aisy terus keluar mencari Luke, kemana Naura pergi?
"Bro". Hanya beberapa saat muncul Luke dimuka pintu pejabatnya diikuti oleh Aisy.
"Detect location Naura" Arah Aryan sambil meraup mukanya, dia serabut.
"Ok" Tanpa banyak tanya Luke keluar dari pejabat Aryan menuju kepejabatnya untuk mengambil laptop.
Apa lagi, naura hilang la. Kalau tidak takde makna Aryan menyuruhnya detect location naura.
Beberapa saat Luke masuk semula kepejabat aryan sambil membawa laptop kesayangannya.
Dijeling sekilas kearah Aryan yang sudah kusut sambil duduk diatas kerusi dimeja kerjanya.
Tie entah kemana, blazernya sudah dicampak diatas sofa, lengan bajunya sudah diselak kesiku. Nampak serabut.
Naura bangun dari duduk, sekarang sudah pasti Aryan dan yang lain keluar untuk mencari makanan.
Itu yang dia tunggu, Aryan dan yang lain keluar dia yang masuk. Kaki melangkah untuk kembali kepejabat Aryan.
Perlahan dan biasa sahaja langkah kakinya, sambil berjalan sambil melilau mata kekiri dan kanan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Te amo Mr. Mafia
Action[SLOW UPDATE] Aryan Hayder Hadid ~ seorang ketua kumpulan Mafia dan pewaris pertama The Hadid's. Sangat handal dalam menggunakan senjata dan dalam seni mempertahankan diri. Walaupun mempunyai rupa paras, harta yang melimpah seperti yang di impikan...