PENGENALAN WATAK

4.4K 118 0
                                    

Katsutoshi Akahana - Seorang yang tegas dan penyayang. Anak kepada Kapten Katsutoshi Hazuki, ketua Knight Sniper unit Katsutoshi. Dia juga merupakan anak angkat kepada keluarga Hisoka. Akahana telah hilang ingatan tentang masa silamnya sejak peperangan di Miyagi pada tujuh tahun yang lalu.

Katsutoshi Hazuki - Seorang Kapten Knight Sniper yang bertanggungjawab dan hebat. Mempunyai seorang anak perempuan bernama Akahana. Dia telah terpisah dengan anaknya selama tujuh tahun sejak peperangan di Miyagi.

Shiro Shun - Rakan sepermainan dan sepejuangan Akahana sejak dia tinggal di Miyagi. Dia sangat cintakan Akahana dan bercadang untuk berkahwin dengan Akahana selepas tamat belajar. Dia telah terpisah dengan Akahana sejak tujuh tahun lalu.

Shiro Haruto - Abang kepada Shun dan dia juga seorang doktor. Haruto telah mati dan dibangkitkan semula oleh Shun pada hari peperangan di Miyagi.

Hisoka Arashi - Anak tunggal keluarga Hisoka. Abang angkat kepada Akahana. Seorang yang bertanggungjawab dan menjaga Akahana seperti adiknya sendiri. Dia juga merupakan Ketua Knight Sky unit Hisoka.

Fumiya Ryosuke - Teman lelaki Akahana. Dia cemburu apabila Akahana terlalu rapat dengan Shun.

Kazuho Akira - Sepupu Akahana yang paling rapat dengan Akahana. Mereka sering berlatih bersama-sama di pengkalan Knight Sniper ketika berumur 13 tahun.

Arata Ken - Anak angkat keluarga Kazuho. Vampire yang telah kematian keluarganya ketika peperangan menentang Knight Sniper di Miyagi. Dia masuk ke dalam keluarga Kazuho untuk membalas dendam terhadap kematian keluarganya.

Siapakah Aku Sebenarnya?Where stories live. Discover now