BAB 14 : PENAMAT

1.1K 82 25
                                    

KATSUTOSHI AKAHANA

Aku telah kehilangan Shun. Aku hanya sempat berjumpanya seketika selepas tujuh tahun kami terpisah. Dia seorang yang mengambil berat dan sentiasa ada untuk membantu dan melindungi aku. Walaupun dia nampak dingin, kurang sopan dan degil tetapi dia juga seorang yang setia kepada cinta. Aku tak sangka dia sanggup mencari aku sehingga jumpa hanya disebabkan dia cintakan aku.

Kini kisah itu hanya tinggal memori masa silam. Dia telah tiada lagi bersama-sama abangnya. Hidup aku tanpa dia di sisi terasa sangat sunyi walaupun Ryosuke selalu bersama-sama aku di pengkalan Knight Sky.

Selepas lima bulan berlalu sejak kejadian itu, aku dan Ryosuke telah berkahwin seperti yang dimahukan oleh Shun. Ayah juga tidak membantah sebab Ryosuke pandai menjaga hatinya. Manakala, Knight Sniper dan Knight Sky telah bergabung dibawah satu nama iaitu Knight Speed semperna nama Shun.

Kami dikurniakan seorang anak lelaki selepas setahun berkahwin. Ryosuke bersetuju apabila aku cadangkan nama Fumiya Shun sebagai nama anak sulung kami. Walaupun Shun telah tiada, aku tetap akan mengingatinya kerana dia tak akan lupus dalam ingatan aku walaupun dia hanya kisah silam aku.

Hospital milik Dr.Haruto telah menjadi hospital milik keluarga aku dan hasil kajian yang diperolehi oleh Shun telah membantu ramai manusia yang kehilangan Brave Soul. Walaupun mereka pernah melakukan kesilapan pada masa lalu tetapi usaha mereka selama ini tidak sia-sia. Manusia yang kehilangan Brave Soul kembali pulih selepas menerima rawatan yang telah ditetapkan mengikut hasil kajian Shun selama ini.

Tanpa Shadow pun manusia masih akan kehilangan Brave Soul apabila mereka berhadapan dengan masalah seperti hilang keyakinan diri, kemurungan, dan kejutan yang terlampau tentang sesuatu yang tragis.

Segalanya telah terjawab di sini. Siapakah aku sebenarnya? Aku ialah Katsutoshi Akahana, seseorang yang dicintai oleh dua orang lelaki antara kisah silam dan masa hadapan.

AKHIRNYA TAMAT JUGA CERITA INI. SIAPAKAH AKU SEBENARNYA IALAH HASIL KARYA SAYA DALAM MASA DUA HARI. WALAUPUN CERITA INI AGAK PENING SIKIT TETAPI SAYA HARAP ANDA SERONOK MEMBACANYA. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACANYA SEHINGGA HABIS.

Siapakah Aku Sebenarnya?Where stories live. Discover now