PERTEMPURAN DUA SAHABAT

600 46 0
                                    

“Tak guna. Siapa yang menembak?” Abang Ken berpaling melihat ke arah barat. Manakala, Pakcik Hazuki menjauhkan dirinya daripada Abang Ken.

“Kapten Katsutoshi, maaf kerana saya terlambat. Saya ada banyak kerja di hospital tadi,” ujar seorang jejaka yang lengkap bersenjata. Senior Haruto merupakan orang kepercayaan Kapten Katsutoshi.

“Tak terlambat. Kamu datang tepat pada masanya. Terima kasih,” ujar Pakcik Hazuki dengan mesra.

“Kau ni siapa pula?” Tanya Abang Ken sambil melihat Senior Haruto yang berjalan menuju ke arah aku.

“Mudah betul kau lupakan sahabat sendiri selepas kau dah hisap hampir semua darahnya,” ujar Senior Haruto yang berwajah serius ketika melihat Abang Ken.

“Shiro Haruto? Tak sangka kau masih hidup lagi walaupun dah kehilangan banyak darah waktu itu,” luka pada kecederaan yang dialami semakin menghilang.

“Waktu belajar bersama-masa dengan kau memang seronok tapi aku juga tak sangka kau jenis yang macam ini. Sanggup korbankan kawan sendiri demi kepuasan diri,” Senior Haruto geram dengan sikap Abang Ken.

“Sebab aku perlukan darah untuk terus hidup. Manusia pun sama juga, betul tak? Berperang sesama manusia demi merebut kemewahan tanpa rasa belas kasihan kepada insan yang tidak bersalah. Mereka melakukan semua itu untuk kepuasan dan masih boleh tersenyum apabila melihat banyak nyawa yang terkorban sia-sia,” Abang Ken berjalan menuju ke arah Senior Haruto.

Senior Haruto terdiam kerana tidak mampu membalas hujahan Abang Ken tadi kerana perkara tersebut memang benar-benar berlaku sejak dahulu sehingga kini.

Shadow lancarkan serangan menggunakan pedang mereka apabila kami leka mendengar kata-kata Abang Ken.

Pakcik Hazuki dan aku bertindak segera apabila berada dalam situasi tersebut. Kami lepaskan tembakan Hundred Bullets kepada semua Shadow yang berada di situ. Manakala, Senior Haruto menentang Abang Ken di kawasan ini.

“Aku rasa macam tak percaya kau masih hidup lagi,” Abang Ken telah lancarkan serangan Flame terhadap Senior Haruto. Namun, serang tersebut dapat dielaknya.

“Aku masih hidup disebabkan oleh seseorang yang sanggup berkorban untuk aku. Aku tak akan sia-siakan usaha dia selama ini sebab aku dah berjanji akan hapuskan kau dengan tangan aku sendiri,” Senior Haruto keluarkan sebilah pedang yang dibawanya pada sisi kanannya tadi.

Dia berlawan menggunakan pedang tersebut dan senapangnya di galas di belakangnya. Perlawanan jarak dekat dengan Abang Ken sangat merbahaya tetapi bukankah aku yang sepatutnya tewaskan Abang Ken.

Libasan pedang Senior Haruto terkena pada topeng Abang Ken lalu topeng tersebut tertanggal dan menampakkan wajahnya yang kacak.

Flame Abang Ken semakin marak dan dia menggunakannya untuk menyerang Senior Haruto yang bersenjatakan pedang. Tanpa dijangka, serangan tersebut terkena pada perut Senior Haruto walaupun seketika tetapi kelihatan sangat perit rasanya.

Aku tidak boleh bersabar apabila melihat keadaan Senior Haruto yang teruk seperti itu. Walaupun aku tahu keadaan ini bahaya tetapi aku tetap nekad untuk menentangnya dari jarak dekat menggunakan kemahiran aku dalam pertempuran.

“Jangan datang dekat. Dia terlalu bahaya,” langkah aku terhenti apabila Senior Haruto menghalang aku untuk mendekati Abang Ken.

“Saya tetap akan menentang Abang Ken walau apa pun yang berlaku sebab saya tak akan benarkan dia korbankan sesiapa lagi selepas ini,” tegas aku kepada Senior Haruto.

“Saya tahu sebab itu saya tak nak kamu datang dekat nanti kamu yang menjadi korban dia. Usia kamu masih muda. Perjalanan kamu masih panjang. Kamu tak perlu berhadapan dengan semua ini sendirian selagi ada orang yang boleh membantu kamu,” ujar Senior Haruto.

“Kenapa Senior Haruto cakap macam itu? Seolah-oleh senior dah tak nak hidup lama,” aku berdiri di sini memerhati Senior Haruto sedang cuba untuk stabilkan kedudukannya selepas diserang oleh Abang Ken.

“Sebab saya memang dah mati sejak jadi mangsa dia. Kalau tidak disebabkan Shun, saya tak akan berada di sini. Sekarang ni saya tak tahu apa yang dah berlaku kepada Shun di kawasan tu. Saya harap dia masih mampu hidup lebih lama lagi,” jelas Senior Haruto.

“Patutlah kau masih hidup lagi sebab Shun dah bangkitkan kau semula rupanya. Sayang betul adik kau dekat kau. Tak macam adik aku tu. Kalau dia sayang aku mesti dia berikan darah dia kepada aku tanpa menentang aku,” Abang Ken berbicara sedemikian ambil melihat ke arah aku yang berdiri di sebelah kiri Senior Haruto.

“Saya tak akan mengaku lagi Abang Ken ialah abang saya selepas abang dah bunuh keluarga saya. Saya tak akan biarkan abang hidup lagi lepas ini. Demi mama, papa dan manusia yang telah menjadi mangsa Abang Ken. Saya akan menentang abang sehingga kepenamatnya,” tegasku. Kemarahan aku dah membara dan tidak dapat ditahan lagi apabila melihat orang yang pernah menghancurkan keluarga aku sebelum ini.

“Demi keluarga aku, kau akan aku hapuskan,” ujar Senior Haruto.

Siapakah Aku Sebenarnya?Where stories live. Discover now