HARAPAN

780 63 0
                                    

Ryosuke berlari menuju ke arah Akahana apabila melihat Akahana sedang berjalan menuju ke arah Arashi.

“Akahana! Tunggu dulu!” Ryosuke menarik lengan kiri Akahana apabila dia berada di bekalang Akahana.

Akahana terkejut apabila tangannya ditarik lalu dia melihat ke belakang di mana Ryosuke berada.

“Lepaskan tangan saya. Awak nak apa lagi lepas awak dah sakitkan hati saya?” Bengang Akahana sambil menarik tangan kanan Ryosuke yang memegang lengan kirinya untuk melepaskan pegangan tersebut.

“Dengar dulu penjelasan saya,” tegas Ryosuke ketika tangan kanannya direntap oleh Akahana.

“Tak payah nak jelaskan apa-apa lagi. Saya nampak dan dengar perbualan awak dengan perempuan tu masa tu,” hati Akahana membara apabila bertemu dengan Ryosuke kerana dia teringat tentang peristiwa yang berlaku di lapangan terbang Tokyo pada tiga minggu lepas.

“Perempuan tu sepupu saya, Kak Shizuko. Dia baru balik dari US. Saya jemput dia di lapangan terbang tu pun sebab Aunty Hiyori suruh saya ambil Kak Shizuko. Masa tu saya tak tahu pun awak baru balik dari daerah Aichi sebab Arashi cakap kalian balik lambat lagi. Kalau saya tahu awak pun balik ke Tokyo hari tu mesti saya dah cari awak dulu sebelum berjumpa dengan Kak Shizuko,” jelas Ryosuke.

“Kenapa awak tak cakap dari awal lagi?” Soal Akahana selepas mendengar penjelasan Ryosuke.

“Awak yang larikan diri lepas terjumpa kami masa tu. Tambahan pula, sejak hari itu awak selalu mengelak daripada berjumpa dengan saya,” Ryosuke memegang tangan kanan Akahana dan letakkannya pada dada dia.

“Saya tak boleh hidup tanpa awak sebab saya terlalu cintakan awak. Sudikah awak kembali semula kepada saya?” Ryosuke menatap wajah Akahana ketika berbicara.

Suasana pilu menyelubungi mereka berdua tatkala Ryosuke sedang memegang erat tangan kanan Akahana yang diletakkan pada dadanya.

“Lain kali jangan buat saya marah lagi. Kalau berlaku lagi perkara yang sama, saya akan belasah awak cukup-cukup,” tegas Akahana sambil menunding jari telunjuk tangan kirinya tepat pada dahi Ryosuke. Perkara ini memecahkan suasana pilu tersebut.

Akahana berlalu pergi selepas tangan kanannya dilepaskan secara paksa oleh dia. Manakala, Ryosuke mengekori Akahana dari belakang. Mereka menuju ke arah Arashi yang membantu ahli Knight Sky membawa mangsa yang tercedera ke hospital yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.

Ketika ini, Shun berada di dalam bilik Dr.Haruto di tingkat dua bangunan hospital. Dia sedang berdiri di tepi tingkap yang terdapat di dalam bilik tersebut sambil memerhati Akahana dan ahli Knight Sky membawa mangsa ke hospital tersebut. Manakala, Dr.Haruto pula sedang duduk di atas kerusi yang terletak di meja kerjanya.

“Abang, macam mana keadaan dia? Kecederaan tu dah sembuh ke?” Tanya Shun yang masih melihat ke luar tingkap.

“Kecederaan dalaman dah sembuh cuma kecederaan pada lapisan kulit luar je yang belum sembuh sepenuhnya,” jelas Dr.Haruto kepada adiknya ketika dia sedang berdiri dari kerusinya dan berjalan menghampiri Shun.

“Kau cuma ahli baru Knight Sky dalam kehidupan Akahana sekarang ni. Mustahil dia akan ingat kisah silam tu. Lagi pun dah tujuh tahun berlalu selepas kejadian serangan Shadow di Miyagi,” ujar Dr.Haruto.

“Saya akan lindungi dia walaupun dia tak ingat siapa saya,” Shun mengatur langkah menuju ke pintu bilik tersebut lalu keluar meninggalkan Dr.Haruto sendirian.

“Kau tetap cintakan dia walaupun kau tahu dia dah bersama orang lain. Cinta memang perlukan pengorbanan,” Dr.Haturo kembali semula ke tempat duduknya lalu mencapai sekeping gambar di dalam laci meja tersebut. Gambar itu merupakan gambar terakhir Dr.Haruto, Shun dan Akahana di Miyagi ketika tujuh tahun yang lalu sebelum Miyagi diserang oleh Shadow.

Siapakah Aku Sebenarnya?Where stories live. Discover now