“Lepas buka benang jahitan ni, kamu tak boleh terlalu aktif sangat. Nanti kecederaan kamu akan terbuka semula,” nasihat Dr.Haruto selepas dia selesai menanggalkan benang-benang jahitan pada lengan kanan Akahana yang telah tercedera ketika menjalani misinya pada bulan lepas.
“Kalau saya nak menjalani latihan nanti macam mana?” Tanya Akahana yang sedang duduk di atas katil yang terdapat di dalam bilik Dr.Haruto.
“Latihan kamu perlu dikurangkan untuk sementara waktu ini.Nanti saya akan beritahu abang kamu tentang latihan yang sesuai untuk kamu sementara menunggu kecederaan kamu sembuh sepenuhnya,” ujar Dr.Haruto ketika membuang benang-benang yang telah ditanggalkan sebentar tadi ke dalam tong sampah yang berada di sisi kanan katil tersebut.
“Terima kasih kerana telah merawat saya. Kalau Dr.Haruto tak datang selamatkan saya masa tu mesti saya dah mati dekat sana,” kata Akahana sambil mengenang saat kritikalnya ketika terlibat dalam misi menentang Shadow di daerah Aichi pada bulan lepas.
“Saya pun sebahagian daripada Knight Sky. Saya tak mungkin biarkan kamu terkorban di sana,” Dr.Haruto pergi ke meja kerjanya dan mencapai sebuah fail kesihatan milik Akahana. Dia menulis beberapa catatan dalam fail tersebut dan simpannya di rak yang dipenuhi beberapa buah fail kesihatan yang lain.
Tiba-tiba, kedengaran suasana yang bising di luar hospital. Dr.Haruto bergegas menuju ke tingkap bilik tersebut dan melihat keadaan di luar hospital.
“Shadow dah datang,” beritahu Dr.Haruto kepada Akahana apabila dia melihat lembaga-lembaga berselubung hitam sedang membuat onar di kawasan berhampiran hospital miliknya.
“Saya pergi sekarang,”Akahana bergegas keluar dari bilik tersebut dan meninggalkan Dr.Haruto sendirian di dalam bilik itu.
Dr.Haruto mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas meja kerjanya lalu dia menelefon Arashi yang berada di pengkalan Knight Sky.
“Arashi,Shadow ada berhampiran hospital aku. Akahana pula sedang menuju ke tempat kejadian. Aku risau sebab kecederaan dia masih belum sembuh sepenuhnya lagi,” jelas Dr.Haruto yang kelihatan cemas.
“Apa?Aku datang sekarang,” selepas tamat perbualan tersebut, Arashi terdengar pengunguman kecemasan yang dibuat oleh Mirami yang berada di dalam bilik kawalan operasi keselamatan.
Arashi bergegas keluar dari bilik kawalan latihan dan menuju ke bilik persediaan untuk bertolak ke tempat kejadian.Bukan itu sahaja, semua ahli Knight Sky yang terlibat turut menuju ke bilik persediaan tersebut.
Sayap mekanikal dan beberapa jenis senjata telah dipasang sebelum mereka bertolak ke tempat kejadian. Selaku ketua angkatan Knight Sky unit Hisoka, Arashi telah memberi arahan dan bertolak ke tempat kejadian bersama-sama ahli kumpulannya.
Kereta Ryosuke diberhentikan secara tiba-tiba di tepi jalan apabila dia terlihat Shadow sedang menyerang orang-orang awam yang berada berhampiran kawasan hospital milik Dr.Haruto. Ryosuke bergegas turun dari kereta Honda hitamnya lalu mencapai dua pucuk pistol khas milik Knight Sky yang terdapat di dalam laci keretanya. Setelah pintu kereta dikunci, dia berlari sepantasnya menuju ke kawasan tersebut sambil menembak lembaga-lembaga itu.
Akahana tiba di tempat kejadian. Dia mengeluarkan sepucuk pistol khas milik Knight Sky melalui tranfomasi seutas jam tangan khas buatan Prof.Katsuya yang dipakainya pada pergelangan tangan kanannya. Satu das tembakan telah dilepaskannya apabila lembaga yang dikenali sebagai Shadow itu menyerangnya.
Lima minit kemudian, ahli Knight Sky unit Hisoka muncul di kawasan tersebut. Shun sedang memerhatikan agenda pertempuaran antara Knight Sky dan Shadow di kawasan itu dari atas bumbung sebuah hotel yang terletak berhampiran kawasan tersebut.
“Apa gunanya aku berada dalam Knight Sky kalau tak terlibat dalam misi ini,” ujar Shun ketika menyelaraskan senapangnya ke arah Shadow yang berada di belakang Akahana.
Satu das tembakan telah dilepaskan dari kedudukan Shun menuju ke arah sasaran. Peluru senapang tersebut berpecah kepada beberapa bahagian sebelum terkena tepat kepada sasaran. Sasaranya bukan hanya satu tetapi semua Shadow yang berada di situ.
Akahana berpaling ke belakang apabila terdengar tembakan dari jarak jauh dilepaskan. Shadow yang berada di belakang Akahana telah lenyap selepas terkena tembakan. Bukan itu sahaja, Shadow yang berada di sekeliling kawasan tersebut turut lenyap menjadi asap hitam selepas bunyi tembakan tersebut kedengaran.
Semua ahli Knight Sky yang berada di tempat kejadian terkejut terhadap kejadian yang berlaku sekelip mata tadi.
“Siapa yang lepaskan tembakan?” Arashi tertanya-tanya sambil mencari keberadaan si penembak tersebut. Dilihatnya di atas bumbung hotel yang berhampiran tetapi tiada sesiapa pun di atas sana.
“Kejadian ini berulang lagi. Sama macam sebelum ini,” Akahana bermonolong ketika memerhatikan beberapa buah bangunan di sekelilingnya menggunakan cermin mata khas yang dapat melihat menembusi dinding.
Sementara itu, Shun sedang berdiri di dalam lif di hotel tersebut. Senapang yang digunakan tadi disimpan di dalam beg gitar yang digalasnya.
“Perlawanan baru bermula. Akahana, kalau kau terus leka macam ni, macam mana aku nak buat kerja dengan betul,” ujar Shun dalam hati ketika turun dari lif hotel tersebut. Langkahnya menuju ke pintu utama hotel untuk keluar dari situ.
YOU ARE READING
Siapakah Aku Sebenarnya?
VampireSiapakah Aku Sebenarnya? Menceritakan dua kisah dua orang gadis yang berada dalam masalah masing-masing. Mereka merupakan rakan seperjuangan dalam Knight Sniper pada suatu masa dahulu. Adakah Akahana dan Akira mampu berhadapan dengan kenyataan yang...