PERASAAN

617 57 0
                                    

Sementara itu, di dalam bilik latihan C7.

“Shun, kenapa kau berhenti? Kau hilang fokus ke?” ujar Satori yang merupakan rakan sepasukan Shun pada hari ini.

“Aku nak pergi jumpa Akahana kejap,” Shun berlari menuju ke arah pintu bilik latihan tersebut.

“Oi, latihan belum habis lagi,” jerit Satori kepada Shun yang telah keluar dari bilik latihan tersebut.

“Perasaan apakah ini?” Shun berlari menuju ke bilik latihan C4 apabila dia berasa ada sesuatu yang sedang berlaku kepada Akahana.

“Senior Arashi, matikan sistem di bilik latihan C4,” arah Shun kepada Arashi yang berada di dalam bilik kawalan latihan.

“Tapi mereka sedang berlatih,” Arashi mengingkarinya.

“Matikan sahaja sebelum terlambat. Ini ialah arahan. Tiada sesiapa yang boleh ingkari arahan saya,” tegas Shun.

“Kau ingat kau siapa nak beri arahan dekat aku,” bengang Arashi.

“Shiro Shun, ahli Knight Sniper Divisyen Ke-3 unit Katsutoshi dan penjaga Akahana. Kalau senior berdegil juga, Ryosuke akan berada dalam bahaya sebab Akahana dalam halusinasi,” jelas Shun ketika melintasi bilik latihan C3.

“Kenapa kau yakin sangat?” Soal Arashi.

“Sebab aku sentiasa perhatikannya dan aku dapat merasai apa yang dia rasai. Aku dapat merasai perasaan takut itu sebab kami sama-sama hilang sesuatu yang sama. Kami kehilangan Brave Soul,” Shun tiba di hadapan bilik latihan C4.

“Sekejap. Kenapa muka Akahana pucat?” Arashi dapat melihat Akahana yang berada dalam bilik latihan C4 melalui monitor di dalam bilik kawalan.

“Tutup sekarang!” Arah Shun kepada Arashi sambil membuka pintu bilik latihan C4 dan masuk ke dalamnya.

Siapakah Aku Sebenarnya?Where stories live. Discover now