AYAH DAN ANAK

601 43 0
                                    

“Apa khabar semua?” Ternyata orang tersebut adalah Kapten Katsutoshi Hazuki, ayah kepada Akahana.

“Ayah?” Akahana terkejut apabila melihat ayahnya sedang berdiri di hadapannya ketika ini.

“Akhirnya, ayah dapat juga berjumpa dengan kamu lagi, Akahana,” ujar Kapten Katsutoshi lalu menghampiri Akahana yang berada di sebelah kiri Shun.

“Ayah! Akahana sangat rindukan ayah,” Akahana memeluk erat tubuh sasa ayahnya ketika Kapten Katsutoshi berdiri dekat dengan dia. Kapten Katsutoshi turut memeluk erat tubuh anak kesayangannya yang telah dijaga oleh Shun selama ini.

“Shun, terima kasih sebab kamu telah menjaga anak tunggal saya selama ini,” ujar Kapten Katsutoshi kepada Shun ketika berpalin ke arah Shun.

“Tak ada masalah sebab itu memang tugas saya,” Shun tersenyum ketika berbicara.

“Kalau kamu nak jadi menantu saya lepas ini pun apa salahnya sebab saya cuma dapat percayakan kamu sahaja untuk menjaga Akahana selepas ini,” ujar Kapten Katsutoshi secara terus terang.

Shun terkejut apabila Kapten Katsutoshi berkata sedemikian. Manakala, Akahana hanya tersenyum melihat wajah Shun yang mula berona merah.

“Saya tak main-main. Saya serius pasal hal ini,” Kapten Katsutoshi menepuk bahu kanan Shun ketika berbicara.

“Eh? Kenapa pula cakap macam tu?” Shun mengelabah.

“Sebab saya tahu kamu suka anak perempuan saya, betul kan?” Bisik Kapten Katsutoshi kepada Shun.

Wajah dingin Shun bertambah merah apabila seorang kapten yang disanjungi selama ini berbicara sedemikian.

Akahana hanya memerhati gelagat mereka berdua yang berdiri di sebelah kanannya.

Siapakah Aku Sebenarnya?Where stories live. Discover now