Peperangan berlaku di sebuah daerah yang tidak diketahui namanya. Akahana berdiri di tengah medan peperangan antara manusia dan Shadow. Dia dapat melihat dengan jelas suasana yang tragis bagi penduduk di daerah ini.
Ketika Akahana berpaling ke kanan, dia terlihat seorang gadis berusia 15 tahun sedang memegang selaras senapang berserta sederetan peluru yang dibawa bersamanya. Akahana mengecam wajah gadis yang lengkap beruniform hijau gelap dan berjalur kuning keemasan pada setiap hujung pakaiannya.
“Aku?” Akahana terkejut apabila melihat dirinya yang berusia 15 tahun sedang berhadapan dengan berpuluh-puluh Shadow di kawasan ini.
“Akahana! Hati-hati!” Kedengaran suara seorang jejaka dari arah jam dua dari tempat Akahana yang berusia 15 tahun sedang berdiri.
Shadow mengepung dan menyerang Akahana dari setiap sudut. Namun, dia tidak gementar walaupun dalam situasi yang kritikal. Satu das tembakan telah dilepaskan oleh Akahana. Peluru tersebut berpecah kepada beberapa bahagian sebelum terkena tepat pada semua sasaran. Shadow terus lenyap apabila terkena peluru tersebut.
“Akahana!” Panggil jejaka yang sama lalu Akahana berpaling ke arah jejaka tersebut.
Alangkah terkejutnya apabila dia melihat parut Shun telah ditusuk oleh pedang milik Shadow. Darah mengalir keluar dari tempat kecederaan. Situasi ini sama seperti situasi yang berlaku di dalam bilik latihan C7 sebantar tadi.
“Lari!” Jerit Shun kepada Akahana yang masih berdiri di tempatnya.
“Aku tak akan tinggalkan kau,” Akahana melepaskan tembakan kepada Shadow yang telah menusuk perut Shun tadi tetapi tembakan tersebut tersasar kerana Shadow tersebut sempat mengelak.
Shun telah rebah ke tanah sambil memegang erat senapang yang digunanya tadi. Manakala, Akahana masih berhadapan dengan Shadow yang datang mengepungnya.
Satu demi satu ahli Knight Sniper terkorban ketika berhadapan dengan Shadow di kawasan ini. Shadow bukan sahaja lembaga yang mampu terbang dan menyerang malah dia mampu mengambil Brave Soul dan Life Soul orang lain untuk menggandakan kekuatannya.
Hanya sekelip mata, Akahana telah rebah di atas tanah. Hal ini demikian kerana Shadow telah mengambil Brave Soul milik Akahana.
Satu das tembakan kedengaran dari arah jam tujuh. Seorang lelaki berusia 35 tahun sedang berlari menghampiri kawasan tersebut dengan baju hijau gelap dan berjalur kuning keemasan yang berlumuran darah.
“Ayah,” Akahana terlihat ayahnya sedang berlari menuju ke arahnya sambil membawa selaras senapang yang sama seperti senapang miliknya. Pada masa yang sama, Shadow tersebut lenyap kerana terkena peluru yang telah dilepaskan oleh ayah Akahana.
“Akahana tak apa-apa?” Tanya ayah Akahana ketika membantu Akahana berdiri.
“Mana Ibu?” Soal Akahana kerana ibunya tidak bersama-sama ayahnya.
“Maafkan Ayah sebab tak dapat selamatkan ibu,” jelas ayah Akahana. Akahana terkedu apabila mendengarnya lalu dia menangis di hadapan ayahnya.
“Kapten Katsutoshi, Shadow dah ambil Brave Soul Akahana. Bawa dia pergi dari sini cepat,” beritahu Shun yang cuba untuk berdiri.
“Aku tak akan biarkan kau mati dekat sini,” ujar Akahana yang berada disamping ayahnya.
“Jangan risau. Aku tak mungkin akan mati macam tu sahaja tanpa sempat kau menjadi milik aku,” Shun gagah berdiri walaupun telah mengalami cedera parah.
Beberapa minit kemudian, Shadow datang menyerang mereka di kawasan ini. Kapten Katsutoshi menarik tangan kiri anak tunggalnya sambil menembak ke arah Shadow yang mengejar mereka. Mereka berlari menuju ke tempat yang lebih selamat. Sementara itu, Haruto bergegas menuju ke arah Shun yang tidak berdaya untuk berlawan lagi.
“Shun bertahanlah. Abang akan selamatkan kamu,” Haruto mendukung Shun dan berlari jauh dari kawasan peperangan.
Sementara itu, Akahana dan Kapten Katsutoshi tiba di sebuah hutan. Manakala, Shadow masih mengekori mereka berdua. Langkah mereka terhenti tatkala Kapten Katsutoshi tidak berdaya untuk berlari jauh lagi. Disebabkan kecederaan yang dialaminya, dia telah kehilangan banyak darah.
“Akahana, terus berlari. Jangan biarkan Shadow menyentuh kamu lagi. Kalau mereka dapat Life Soul, kamu akan mati,” ujar Kapten Katsutoshi.
“Macam mana dengan ayah?” Soal Akahana ketika menatap wajah ayah kesayangannya sebelum meninggalkan tempat tersebut.
“Ayah akan berada di sini sementara kamu selamatkan diri. Ayah akan lindungi kamu,” Kapten Katsutoshi menepuk bahu kanan Akahana tanda semangat.
Shadow semakin menghampiri mereka ketika mereka sedang berbual.
“Cepat pergi selagi sempat. Ayah harap anak kesayangan ayah dapat hidup lebih lama daripada ayah sebab Knight Sniper tidak sempurana tanpa kamu,” kata-kata terakhir daripada Kapten Katsutoshi sebelum Akahana melarikan diri seperti yang disuruh oleh ayahnya.
Akahana berlari sepantas yang boleh sambil membawa selaras senapang bersamanya. Manakala, Kapten Katsutoshi sedang berhadapan dengan berpuluh-puluh Shadow di kawasan tersebut.
Ketakutan, kesedihan dan kesunyian dapat dirasai oleh Akahana yang berusia 15 tahun ini. Tidak kira sepantas mana dia berlari tetapi Shadow boleh mengejarnya. Lariannya semakin perlahan kerana keletihan.
Tiba-tiba, Akahana tergelincir ketika berlari di kawasan yang berbukit. Dia jatuh dari bukit yang tinggi itu dan menyebabkan dia pengsan apabila dia tiba di kaki bukit. Badannya berlumuran darah dan senjatanya telah hilang.
Sebuah kereta Toyota merah lalu di kawasan kaki bukit tersebut dan ternampak Akahana yang terbaring di tepi kaki bukit itu. Kemudian, sepasang suami isteri keluar dari kereta tersebut dan membawa Akahana pergi dari kawasan itu untuk dibawa ke hospital.
“Mimpi apakah ini?” Tanya Akahana yang masih berada dalam mimpi kisah silamnya.
YOU ARE READING
Siapakah Aku Sebenarnya?
VampireSiapakah Aku Sebenarnya? Menceritakan dua kisah dua orang gadis yang berada dalam masalah masing-masing. Mereka merupakan rakan seperjuangan dalam Knight Sniper pada suatu masa dahulu. Adakah Akahana dan Akira mampu berhadapan dengan kenyataan yang...