BAB 5 : PERTEMUAN DI TAMAN

675 58 0
                                    

Akahana pergi ke taman berhampiran rumahnya pada waktu malam untuk menenagkan dirinya. Dia duduk di atas buaian sambil berfikir tentang mimpi yang dialaminya pagi tadi.

"Kenapa aku rasa perkara tu macam betul-betul berlaku dalam hidup aku?"Persoalan yang tidak terjawab sejak dia sedar daripada pengsannya.

Kedengaran bunyi ranting patah tatkala lampu di taman yang terletak berhampiran tempat Akahana berada tiba-tiba terpadam. Bunyi tapak kaki yang menuju ke arah Akahana kedengaran jelas dalam situasi yang sunyi ini. Kemudian, bunyi tapak kaki tersebut berhenti di hadapan Akahan dan lampu kembali menyala.

Akahana melihat ke arah seorang jejaka yang dikenalinya. Shun sedang berdiri di hadapannya dengan membawa empat tin Coca di dalam sebuah beg plastik.

"Shun? Apa kau buat dekat sini?" Soal Akahana apabila melihat Shun berdiri di hadapannya.

"Jalan pintas," jawab Shun ringkas.

"Kau pula? Abang kau tak marah kau keluar malam-malam macam ni?" Soal Shun pula. Langkahnya menuju ke arah Akahana yang berada di atas buaian.

"Abang Arashi tahu aku datang sini. Lagi pun aku selalu datang taman ni untuk tenangkan fikiran," jelas Akahana. Buaiannya dihayun laju ke udara.

Shun meletakkan beg plastik tersebut di tepi tiang buaian lalu dia duduk di atas satu lagi buaian yang terletak di sisi kanan Akahana.

"Aku nak tanya kau sesuatu boleh?" Ayunan buaian yang diduduki oleh Akahana semakin perlahan.

"Apa yang kau nak tanya?" Shun mengambil dua tin Coca di dalam beg plastik tersebut dan memberi setin Coca kepada Akahana.

"Aku pernah jumpa kau sebelum ni ke?" Persoalan pertama telah ditanya oleh Akahana untuk mendapat kepastiannya. Akahana menerima Coca yang diberi oleh Shun.

"Kita memang pernah berjumpa sejak sepuluh tahun yang lepas sebelum kejadian di Miyagi. Kemudian, kita berpisah dalam masa tujuh tahun dan sekarang kita bertemu semula," jelas Shun.

"Jadi perkara itu bukan mimpi semata-mata tapi..."

"Kisah silam yang kau pernah alami sebelum ini," ujar Shun yang telah memotong kata-kata Akahana.

"Waktu itu aku nampak kau dah cedera parah. Sepatutnya dah mati masa tu," ujar Akahana yang kehairanan. Akahana membuka penutup tin tersebut dan meneguk Coca di dalamnya.

"Kalau Abang Haruto tak datang selamatkan aku, mustahil aku boleh berada dekat depan kau sekarang ni. Lagi pun, aku tak akan mati selagi impian aku untuk memiliki kau tak tercapai," Shun membuka penutup tin tersebut lalu diminumnya Coca itu.

"Kau sukakan aku sejak dari dulu lagi ke?"Akahana membelek-belek tin Coca tersebut ketika dia bertanyakan soalan kepada Shun.

Shun tersedak apabila Akahana bertanya sedemikian. Wajah dinginnya mula berona merah. Akahana tidak perasaan tentang perkara tersebut kerana dia asyik membelek tin Coca yang dipegangnya.

"Kalau aku tak cintakan kau, buat apa aku beri cincin tu," jelas Shun. Dia mengelap mulutnya yang terlekat sisa Coca menggunakan hujung lengan bajunya yang panjang.

"Cincin? Maksud kau cincin ini ke?" Akahana mengeluarkan seutas rantai yang dipakainya selama ini. Pada rantai tersebut tergantung sebentuk cincin berwarna silver.

"Ya," Shun menunjukkan sebentuk cincin yang dipakainya pada jari telunjuk tangan kirinya.

"Kenapa kau bagi cincin ini kepada aku?" Soal Akahana lagi. Ketika ini, mereka berdua bertentang mata.

"Sebab aku rancang nak berkahwin dengan kau lepas tamat belajar nanti," jujur Shun yang menatap tepat pada anak mata Akahana.

Akahana kelu seribu bahasa apabila mendengar kata-kata Shun sebentar tadi.Dia rasa macam tidak percaya dengan kata-kata tersebut kerana dia tidak dapat mengingati keseluruhan memori silamnya bersama-sama Shun sebelum ini.

Semenatara itu, Ryosuke sedang memerhati dan mendengar perbualan mereka di sebalik pokok sakura yang terdapat berhampiran kawasan tersebut. Hal ini demikian kerana dia mahu bertemu dengan Akahana di taman tersebut selepas Arashi memberitahu keberadaan Akahana di taman itu.

"Cinta pertama ke?" Soal Ryosuke dalam hatinya.

"Ouch!" Satu cubitan singgah di pipi kiri Shun.

"Jangan main-main bila bercakap dengan aku," tegas Akahana lalu melepaskan cubitan tersebut.

"Aku serius. Perangai kau langsung tak berubah. Masih sama macam dulu, kaki buli," Shun menggosok-gosok pipi kirinya yang kelihatan merah kerana kesakitan.

"Jaga sikit mulut kau tu. Siapa kaki buli?" Satu jentikan singgah di dahi Shun.

"Sakitlah!" Air mata Shun hampir keluar namun ditahannya. Terasa perit sehingga ke otak.

"Harap muka je dingin tapi kau bukan kuat sangat pun," sindir Akahana lalu meneguk Coca yang dipegangnya.

Siapakah Aku Sebenarnya?Where stories live. Discover now