BAB 6 : CEMBURU

619 52 0
                                    

Latihan Akahana berjalan seperti biasa di bilik latihan C4 tetapi Ryosuke yang menjadi rakan sepasukannya pada hari ini. Berhadapan dengan berpuluh-puluh Shadow di sebuah medan peperangan sangat mencabar walaupun mereka hanya menjalani latihan menggunakan sistem yang telah ditetapkan.

“Akahana, saya nak tanya kamu sesuatu,” ujar Ryosuke sambil menembak Shadow di medan tersebut.

“Tanya sahaja,” jawab Akahana ketika sedang berlari menjauhi Shadow yang ada berhampirannya.

“Apa hubungan awak dengan Shun?” Ryosuke telah bertanya tentang perkara yang dia tidak puas hati sejak malam tadi.

“Kawan,” jawabnya ringkas sambil berlari menuju ke runtuhan bangunan lama.

“Jangan nak tipu saya. Saya dah dengar segalanya malam tadi di taman tu. Awak dan Shun pernah bercinta, kan?” Tanya Ryosuke yang kelihatan cemburu.

Akahana terkedu apabila Ryosuke berkata sedemikian kerana dia tidak menyangka Ryosuke ada di taman tersebut pada malam itu. Fokusnya hilang serta-merta.

Siapakah Aku Sebenarnya?Where stories live. Discover now