Disclamer: cerita ini terdapat dua timeline masa yang berbeza. Tahun semasa akan diletakkan di awal setiap perenggan yang berkaitan. Harap maklum.
Anyway, enjoy reading!
[Tahun 2025]
"And that's the end of the story........"
" Wait a minute. Apa permulaan cerita ni? " tanya seorang budak lelaki yang tiba-tiba muncul.
" Kan tadi dah cerita" kata seorang budak perempuan itu. Rasanya mereka sebaya. Mungkin dalam lingkungan 10 tahun.
" Bila?" soalnya lagi.
" Tadi..... Kau tu lambat sangat. Cerita dah habis baru nak muncul" kata salah seorang budak yang duduk bersila bersama rakan-rakannya. Mereka membuat sebuah bentuk bulatan mengelilingi seorang perempuan yang lebih tua daripada mereka. Tidaklah terlalu tua seperti nenek atau datuk. Lebih kepada seorang perempuan lepasan universiti.
" Sorrylah, tadi aku kena teman mak aku beli barang dapur" ujarnya.
" Well....too bad. U missed a really great story" kata salah seorang dari mereka.
" Alah" muka budak lelaki itu kelihatan muram. Maybe sebab rasa sedih tak dapat dengar cerita dari Kak Lia yang hanya datang ke kawasan perumahan itu setahun sekali memandangkan rumah ibunya terletak di kawasan tersebut.
Kak Lia seorang yang memang pandai bercerita dan bergaul dengan kanak-kanak di kawasan tersebut. Setiap kali dia mengunjung ke situ, ada sahaja cerita yang dia ceritakan pada mereka. Memang rugilah kalau terlepas.
" Dah tak yahlah sedih sangat. Kakak boleh ceritakan kat Nik kalau Nik nak" ujar Lia. Dia memang kenal sangat kanak-kanak di kawasan perumahan itu.
" Betul ni?" macam tak percaya. Biasanya kalau terlepas, memang dah tak de ulangan dah. Tapi kali nasib baik menyebelahinya.
" Memandangkan kakak ada masa lagi, boleh lah akak rewind balik cerita tadi. Yang lain tu , kalau nak balik, baliklah" ujarnya.
" kalau macam tu kitorang balik dulu ye. Bye kak " ujar mereka. Lia membalas lambaian mereka.
" Eh, Yaya. Kenapa tak balik lagi" ujarnya apabila melihat kelibat seorang perempuan yang masih berada di situ.
" Yaya nak dengar lagi cerita tu boleh"
Lia mengangguk. kemudian dia menyuruh mereka berdua duduk bersila disisi nya. " Best sangat ke cerita tadi tu" soal Lia.
" Best.... Yaya suka watak Alya. Dia awesome gile, kak" ujar Yaya yang amat petah berkata-kata. Lia tergelak mendengar ayat terakhir Yaya. Lucu.
" Ok......now let me tell you the story of The Rejected Princess"
Once Upon A Time.........
YOU ARE READING
The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)
Fantasy[COMPLETED] [This is the raw version of TRP] Alya Natasha, gadis biasa yang terjebak dengan dunia Andalusia. Tepat pada hari jadinya yang ke-16, dia diculik oleh nendanya. Alih-alih rupanya dia seorang puteri raja Delarose yang bakal ditabalkan. H...