[Tahun 2016]
Air kotak itu disedut beberapa kali. Lega. Lycia memerhati sekeliling. Tak sangka sekolah ini begitu besar. kawasannya juga amat bersih. Tatarias sekolah itu juga cantik dan menarik. Yang paling menarik perhatiannya, satu-satunya air pancut Alcea Rosea. Cantik.
Indah. Menawan. Di dalam kolamnya terdapat bunga-bunga Gardenia putih yang menjadi lambang sekolah ini.
Air kotak itu disedut sekali lagi. Rasanya amat sedap sekali. Rugi jika dibenci hanya kerana Noira, puteri sombong itu. Dia melilau sekeliling. Mencari Norrix. Boring juga kalau rehat sorang-sorang. Katanya sekejap je. tetapi ni dah habis separuh masa rehat.
Tiba-tiba bahu kanannya tertolak ke belakang. Lycia yang sedang menikmati air soda itu, tersedak. Kedengaran suara-suara perempuan gelak terkekeh-kekeh. Dia menoleh ke arah punca suara puntianak itu.
Terlihat Noira dan konco-konconya. ' Apa lagi yang dia tak puas dengan aku?' marah hatinya.
"Well-well-well...... cuba korang tengok perempuan. Masih berani nak tunjuk muka kat sini. Cuba kau sedar diri kau tu sikit. Kau tak layak ada kat sekolah ni" kata Noira sambil menunjal-nunjal kepala Lycia. Hatinya pedih diperlakukan seperti itu tetapi kata-kata Arief semalam memberi semangat padanya
' Awak kena kuat. Lantaklah dia nak kata apa. Kalau boleh awak lawan balik. Jangan jadi lemah. Saya tak suka tengok awak sedih'
Lycia mengambil keputusan untuk mengendahkan Noira dan beredar dari situ. Tetapi kaki kanannya tersadung sebaik sahaja dia melangkah. Dia tersadung ke hadapan. Air kotaknya tercampak, tepat di bawah kaki Noira. Noira memijak air kotak itu. Terkeluar isi air kotak itu.
"Good Job, Tatayla. Nanti I belanja you" ujar Noira pada gadis yang berjaya menyadung kaki Lycia. Tatayla tersenyum mendengar kata-kata Noira. Lycia cuba bangun perlahan-lahan. Kakinya terasa amat sakit. Tak tahu kenapa.
Setelah berjaya berdiri, Lycia terlihat darah yang mengalir di lutut kanannya. Patutlah rasa sakit.
Noira dan rakan-rakannya yang lain menepuk tangan dengan gembira. Gembira melihat Lycia terluka. " Jom.....biar je dia mati kat situ" kemudian berlalu pergi dari situ bersama rakan-rakannya sambil tertawa.
Sakit benar hatinya melihat Noira, sama sakit lututnya yang berdarah.
Perlahan-lahan dia cuba berjalan. Darah masih mengalir . Ahh......dia perlu segera ke kelas sebelum loceng berbunyi. Dia tidak mahu rakan-rakan sekelasnya melihat lutunya yang luka itu. Dia berjalan terhincut-hincut ke arah kelasnya. Mujur tiada sesiapa yang berada di situ.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
Pintu rumah No.19 diketuk beberapa kali.
Tiada respon dari tuan milik rumah.' Betul ke ni?' tanya hati Lycia. Dia melihat nombor rumah itu sekali lagi. Nombor itu benar. Seperti yang dikatakan Abang Azwan. Dia memandang lututnya. Masih kelihatan lukanya. Sakit tu memang ada.
"Agak-agaknya dia nampak tak luka ni?" soalnya. Mestilah dia nampak. Kau pakai skirt paras atas lutut, Lycia.
Sekian agak lama dia menunggu di luar, dia mengambil keputusan untuk mencuba membuka pintu itu. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu itu. Ia tidak berkunci. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada sesiapa. Kemudian dia menolak pintu itu.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah pangsa itu. "Hmm.... agaknya dia kat mana ye?" tanya Lycia apabila melihat tiada sesiapa di ruang tamu. televisyen terpasang. Keadaan rumah tidak terurus . Sepah sana. Sepah sini.
" Ish....rumah apa ni? Sepah gila", ujar Lycia. kemudian dia mengatur langkah ke bilik tidur. Sesuka hati dia je, macam rumah ni rumah dia. Sebaik sahaja dia menolak pintu kamar itu, dia terlihat Arief yang sedang nyenyak tidur.
YOU ARE READING
The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)
Fantasy[COMPLETED] [This is the raw version of TRP] Alya Natasha, gadis biasa yang terjebak dengan dunia Andalusia. Tepat pada hari jadinya yang ke-16, dia diculik oleh nendanya. Alih-alih rupanya dia seorang puteri raja Delarose yang bakal ditabalkan. H...