Chapter 17

3.7K 191 11
                                    

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata Delarose telah tiba. Dan juga mendebarkan Pemaisuri Heiera. Hari yang amat penting bagi kerajaan Delarose. Iaitu hari pertabalan raja dan permaisuri Delarose Kingdom. 

Ramai juga rakyat kerajaan itu membanjir kawasan hadapan istana itu. Maklumlah. Hanya para tetamu terhormat sahaja yang boleh memasuki ballroom istana Delarose.

Lycia yang berada di kamarnya gelisah. Fikirannnya sudah pun menerawang. Dayang-dayang pula mengendahkan puteri itu. Mereka sibuk untuk mentata rias gadis itu supaya cantik di mata tetamu-tetamu terhormat nanti. Lycia baru tahu agenda majlis itu pagi tadi. Terkejut beruk dibuatnya. 

Dia? Permaisuri? Lawak apa kah???!!

Hampir dua jam dia terperuk dalam kamarnya bersama-sama dayang-dayang yang tak diundang. Sungguh membosankan. Terfikir juga dia apa yang dilakukan oleh Louis. Apa lah yang dia tengah buat sekarang ni. 

Make up? Hahaha.... maybe. Kata hatinya.

Namun tepukan kasar di bahunya membuatnya tersedar dari lamunan yang panjang. Woi...sakitlah. Siapa yang kasar sangat ni? Lycia menoleh ke belakang terlihat dayang-dayang tersenyum palsu kepadanya. 

"Sudah siap. Kami beredar dulu ye" kemudian berlalu pergi tanpa sebarang kata-kata dari Lycia. Kurang ajar betul diorang ni.

Kemudian dia membelek-belek dirinya semula di hadapan cermin itu. Baju gown labuh biru langit itu ditiliknya juga. Cantik. Dia sendiri tak sangka. Alya minah tak bergaya dari dunia manusia boleh berubah menjadi Puteri Lycia dari Delarose Kingdom. Wah...sungguh mengagumkan. Kemudian matanya melirik ke arah rambut blondenya yang disanggul kemas. 

Hm...ni kena tunjuk Louis ni. Mesti dia terkejut. Puji hatinya. Sekali sekala angkat bakul. Apa salahnya.

Dia beredar ke kamar sebelah. Hampa. Tiada langsung kelibat Louis. Hanya ada dayang-dayang sahaja di dalam bilik itu. Hm...duduk bergosiplah tu. Dah masak sangat dengan perangai dayang kat istana ni. 

Adakah Louis masih memarahinya? Aduh....susahlah macam ni. Egonya menghalang dia untuk meminta maaf walaupun dia benar-benar rasa bersalah.

Kemudian kedengaran dari suara bergema dari tingkat bawah. Di mana terletaknya ballroom itu. "Lycia Nyllora Quintessa". Eh...pengacara dah sebut nama akulah. Ni mesti Louis dah blah turun bawah dulu. Bukan nak panggil aku. Kata hatinya. 

Sambil berlari-lari anak menuruni anak tangga itu. Mentang-metang dia memakai kasut tumit tinggi. Kalau dia pakai kasut sukan, sudah lama dia berlari turun ke bawah.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Nenda sedang sibuk melayan tetamu terhormat dari kerajaan Frinchia dan Irviane. Ada sesekali nenda berkerut dahinya tanda memikirkan sesuatu. Seperti perkara yang penting. Tapi tidak bagi Lycia. Permaisuri baru Delarose yang baru sahaja ditabalkan beberapa minit yang lepas.

Lycia melangkah ke taman istana itu. Rasa panas pula sekiranya berlama di dalam ballroom itu. Nak nak lagi dengan baju gown labuh biru langit yang dipakainya itu. Amat lah menyukarkannya untuk bergetak pantas. Dah macam perempuan melayu terakhir dalam dunia ni.

Dia melabuhkan punggungnya di atas batu-batuan itu. Hedge hijau yang tumbuh tinggi itu dapat menyorokkannya dari pandangan orang ramai. Dapatlah dia meluangkan masanya sendiri di taman itu buat sementara waktu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi siulan nakal dari belakang. Lycia hanya mengendahkannya. Dia tahu itu siapa. "Eh....sorang je ke?"ujar lelaki yang tak diundang itu. Ish....menyemaklah dia ni. 

Aku nak hidup aman pun tak boleh. Ada je yang nak mengacau. Marah hati kecilnya.

Lycia mengendahkan kata-kata itu. Baginya tak penting. Namun lelaki itu bersuara lagi. "Kau cantik lah malam ni. Sangat cantik"pujinya. Masih tak mengalah untuk mengambil hati Lycia. Ai bang. 

The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now