Matanya tercelik akibat biasan pancaran matahari dari beranda kamar itu. Dia dapat merasakan selimut tebal yang menyelubungi tubuhnya. Entah bila pula selimut itu muncul.
Kemudian matanya terarah ke Loius yang tidur disampingnya. Denguran halus kedengaran.
Lycia dapat rasakan sesuatu yang aneh di dahinya. Seperti benda yang basah. "Tuala rupanya". Dia mencapai tuala kecil yang berada di atas dahinya lalu diletakkan di atas dahi Loius. Riak wajah Loius berubah sedikit.
Saja Lycia hendak mengacau Loius. Dia juga nampak raut keletihan di wajah kembarnya itu. Pasti dia penat menjaga puteri itu.
Sweet seh kembar aku. Sape nak Louis!
Dia mengalihkan pandangannya ke beranda. Langit sudah membiru. Agaknya sudah pukul berapa sekarang ni. Kemudian dia mengerling ke arah jam loceng yang berada di meja kecil. Dah pagi.
Lycia menongkat badannya perlahan-lahan untuk duduk berlunjur. Takut Loius terjaga pula.
"Kau dah bangun ke?"
Tiba-tiba Loius bersuara.
Loius pula duduk berlunjur di samping Lycia. Jari jemarinya mengosok matanya yang mengantuk itu. Kemudian Loius meramas-ramas rambut blonde miliknya. "Aku kacau tidur kau ke? Sorry hehehe"ujar Lycia.
"Tak adalah. Aku memang nak bangun pun"kemudian mengalihkan tuala kecil yang berada di atas dahinya.
Loius meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi Lycia. Tak panas. "Aku dah sihat lah"ujar Lycia. "Aku tahu kau dah sihat. Tapi kau tetap kena makan ubat tau" Loius memperingatkan Lycia tentang janjinya semalam. "Alah...dah sihat dah kan. Tak payahlah makan ubat. Membazir je"kata Lycia.
"Kalau macam tu..... bila nye nak sihat, Lycia"
Lycia hanya mengangkat bahu kemudian bangkit dari katil itu.
Sebaik sahaja Lycia berada di hadapan pintu kamar itu, Loius bersuara. "Jangan lupa janji kita dengan Armedia pukul 10. Kat pekan. Jangan buat-buat lupa pula"
"Ye...aku tahu. Aku belum nyanyuk lagilah"kemudian bergegas keluar dari kamar Loius. Sakit pula hatinya bila Loius menyebut nama gadis itu.
Sebab dia cipta lebih banyak kenangan dengan kembar aku. Berbanding aku yang menghilang untuk 4 tahun di dunia manusia.
Tapi siapa kata aku benci dunia tu?
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
Lycia memakai baju blouse merah dan jeans putih. Dan juga topi putih sebagai penyamaran. Louis pula mengenakan t-shirt biru, jeans kelabu dan topi hitam.
Mereka mengatur langkah keluar dari istana selepas mendapat kebenaran nenda. Namun tepat jam 2 mereka harus pulang ke istana semula untuk mengukur baju untuk majlis yang akan diadakan lusa. Entah majlis apa. Nendanya merahsiakan hal itu dari mereka.
Lycia berjalan lambat mengekori dua pasangan sahabat itu. Malas mahu berjalan beriringan. Bukan apa. Dari tadi asyik berkepit sahaja. Tu tangan Loius tu. Dah mula lah nak merayap. Berpeluk-pelukan bagai.
Bermesra-mesra bagai. Meluat pula rasanya. Daripada tidak berbuat apa-apa, dia mendengar lagu di Ipod kecilnya.
Akhirnya mereka berhenti seketika di sebuah cafe kecil di pekan Delarose itu. Lycia masih dengan halnya. Malas hendak mendengar Loius dan Armedia berbual tentang masa lalu mereka yang langsung tiada kaitan dengannya.
Sekali sekala air jusnya dihirup sedikit untuk menghilangkan rasa dahaga. Kadang-kadang terfikir juga motif dia berada di situ selain menemankan kembarnya berdating dengan Armedia.
YOU ARE READING
The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)
Fantasy[COMPLETED] [This is the raw version of TRP] Alya Natasha, gadis biasa yang terjebak dengan dunia Andalusia. Tepat pada hari jadinya yang ke-16, dia diculik oleh nendanya. Alih-alih rupanya dia seorang puteri raja Delarose yang bakal ditabalkan. H...