Chapter 9

5.1K 228 18
                                    

Hai ......korang. Sorry sebab dah lama tak update. Sorry sesangat. Sumimasen......Jangan marah ye. Idea susah sangat nak keluar. And korang pun tahukan.....hari raya. Banyak preparation kena buat. So....sekali lagi Fira nak mintak maaf dari hujung rambut ke kaki sebab lambat update and sebab

Selamat Hari Raya......

Selamat membaca. Harap korang suka.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

[Tahun 2016]

Bunyi loceng sekolah berdering menandakan waktu persekolahan telah tamat."Terima kasih, cikgu" sebaik sahaja kata-kata itu ditutur oleh ketua kelas 4 Gardenia, cikgu Felipe melangkah keluar dari kelas itu. 

Para pelajar 4 Gardenia mengemas barang masing-masing ke dalam beg. Tak sabar hendak balik ke rumah.

"Wei...."

Loius menoleh. Tangannya berhenti memasukkan buku-buku ke dalam beg. Memandang Lycia disebelahnya. "Yang tadi tu awek kau ke?". Loius memandang hairan pada Lycia. Keningnya terangkat. "Oh....Noira. Kenapa kau tanya?".

 "Saja" ujarnya. 

"Kalau dia girlfriend aku, kenapa? Tak suka ke?"soal Loius pula.

Loius pelik dengan Lycia. Pekak ke? Punya lah kuat dia tengking Noira tadi. Noira bukan girlfriend dia. Takkan kembarnya tak dengar. Yang seekor tu pun sama. Berapa kali nak kena cakap. Orang tak suka.....tak suka lah. 

'Huh....jadi boyfriend kau? Tak ingin aku'kata hatinya.

"Eh....taklah. Aku kesah apa kalau dia girlfriend kau" kata Lycia. "Kalau kau tak kesah, kenapa tanya?"tanya Loius. Hatinya tertawa puas kerana dapat kantoikan kembarnya itu. Itulah.....lain kali fikir dulu sebelum cakap. Kan dah kantoi.

Lycia menoleh ke arah lain. Segera dia mengemas barangnya. Hanya tinggal beberapa sahaja pelajar di dalam kelas itu. "Eh...jawablah", ujar Loius apabila melihat Lycia mengendahkannya. Malu lah tu. Lycia tidak menjawab. Dia menggalas beg ungunya dan terus mengatur langkah keluar dari bilik darjah itu.

"Pelik betullah dia tu" ujarnya pada diri sendiri. 

"Woi.....tunggulah aku" jeritnya lalu terus dia menggalas begnya dan melangkah keluar dari kelas itu, mengejar Lycia yang sudah jauh melangkah meninggalkannya. Para pelajar yang lain cuma memerhati sahaja romeo kelas mereka itu terjerit-jerit.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

"Wei...cakap ah" ujarnya. Lycia memaling ke arah luar tingkap kereta itu. Dia sendiri tak tahu kenapa dia menanyakan soalan itu pada Loius. Cemburukah dia? Kalau ye kenapa? Takkan dia jatuh suka pada kembarnya itu. 

Mustahil. Mungkin tak mustahil kerana Loius mempunyai rupa paras yang kacak. Ah......serabutnya.

AHHAHHAHA takkanla suka kembar sendiri weyy!

"Hei......termenung pulak dia"ujar Loius. 

Kata-kata kembarnya itu menyedarkannya dari lamunannya yang panjang. "Ish.....kau ni kan. Boleh tak jangan kacau aku. Duduk situ diam-diam. Dan....jauh sikit dari aku " katanya apabila melihat Loius berada begitu dekat dengannya.

"Aku cuma nak tahu je. Ok....biar aku teka. Kau benci Noira? Sebab tu kau tak suka kalau dia tu girlfriend aku?". Lycia berfikir sebentar. Dia taklah begitu benci pada gadis berambut hijau muda itu. Cuma meluat dengan sikapnya. 

"Taklah" jawabnya ringkas. "Hmm....dah tu kau jeles sebab kau tak ada boyfriend?"tekanya.

Lycia menggeleng. Apa dia kesah kalau tak ada boyfriend. Bukan mati pun. Lagipun siapalah nak kat dia.

The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now